Bila cakap pasal berat badan naik, terus tersentap dan mulalah tidak makan nasi. Kononnya, sebab makan nasilah berat badan naik. Sanggup berdiet dan tidak ambil nasi langsung.
Walaupun tak ambil nasi tetapi makanan yang lain tetap ‘dibaham’ tanpa memikirkan makanan lain itulah menjadi penyebab berat badan. Pernah tak, anda tidak mengambil nasi tetapi berat badan tetap tidak turun, malah makin bertambah. Macam mana tu?
Dietitian Fizah Sobri menjawab tentang persoalan ini.
Ingat yang menggemukkan adalah kalori berlebihan tak kisah ia datang dari mana sama ada lemak, protein atau pun karbohidrat.
Kita orang Malaysia makanan ruji adalah nasi. Ikut diet orang barat di mana nasi tu sangat jarang.
Orang sana senang nak elak nasi,tapi ni pagi petang siang malam,dekat rumah,dekat tempat kerja,balik kampung,dekat kedai..merata toleh nampak nasi.
Berapa lama nak elak nasi?
Bila elak makanan yang disukai diet jadi tak best. Tak seronok, sebab makan ni kan seronok.
Bila tahan-tahan akan ada masa bila rebound balik..makan balik semula nasi tapi bukan pada kuantiti terkawal dah jadi lebih-lebih sebab dah kempunan.
Diet terlalu extreme bila dah stop berat yang hilang boleh datang balik bawak kawan kawan lagi.
Sebab kita elak 1 jenis makanan, bukan kawal kalori.
Pokoknya kita perlu kawal kalori secara keseluruhan…buka elak 1 jenis atau 1 kelas makanan…
Kalau elak tapi tak kawal kalori masih takkan capai target berat.
Sebab bila elak nasi tapi ganti dengan sumber karbohidrat lain sama saja kalori.
1senduk nasi yang rata (macam dalam gambar) kandungan kalori sama dengan (75kcal sesenduk)
– 1 keping roti (putih/wholemeal)
– 1 senduk meehoon/kuehteow/mee
– 1 biji kentang/ubi saiz penumbuk
– 3 sudu oat/tepung
Maka kalau anda elak nasi tapi tak kawal sumber kalori lain sama ceritanya.
Ikut saja suku suku separuh
Kenyang sambil kawal kalori dan boleh pastikan cukup zat serta puas makan
Kita mesti enjoy life..janganlah strict sangat na..
MW: Lepas ini, tak perlulah sampai tak ambil nasi. Boleh saja dengan ikut suku-suku separuh.
Sumber: Dietitian Fizah Sobri