Gigih berniaga dan anak yang baik. Itulah yang mampu dikatakan apabila anak yang masih lagi bersekolah, berusaha mencari duit untuk membayar rawatan ibunya yang sakit. Kadang-kadang sanggup berlapar di sekolah dan tak bawa duit.
Pengorbanan seorang anak demi ibunya yang sakit. Ini saja yang mampu dia dan kakaknya lakukan dengan berniaga makanan untuk mengumpulkan duit bagi pembedahan kaki ibunya.
Dalam perkongsian oleh Zuraini Kamal, selaku aktivis Cancer Survivol Malaysia yang turut membantu dalam mengumpulkan dana pembedahan buat ibu ini.
Ibu mereka mengidap Kanser Kanser Otak Tahap 3 manakala ayahnya mengalami serangan jantung dan selalu dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung
Ads
Pasangan ini mempunyai 6 orang anak. Dugaan bukan saja buat ibu dan ayahnya tapi anak mereka yang sulung turut menghidap kanser payudara. Syukur, segala rawatan, pembedahan, kimoterapi dan radioterapi sudah selesai dilakukan.
Manakala anak ke 2 sedang belajar di UiTM Merbok, Kedah. Anak no 3 pula mempunyai masalah jantung (masalah Rythm Jantung tak stabil).
Kini, pasangan ini mengharapkan pada anaknya, Rahim, berusia 14 tahun dan masih lagi bersekolah di Tingkatan 2 serta kakaknya Farahain yang berusaoa 16 tahun.
.
Demi kelangsungan hidup dan mengumpul wang untuk pembedahan kaki ibunya, mereka gigih berniaga untuk membantu keluarga.
Ads
Masak Sendiri
Setiap hari mereka akan masak bihun sup, nasi ayam, dan pelbagai pencuci mulut untuk dihantar ke vendor-vendor. (Beberapa gerai di persekitaran rumah)
.
Mereka lakukan tanpa mengeluh dengan harapan dapat mengumpul dana yang mencukopi RM25 ribu bagi membiayai kos pembedahan kaki ibu. (Pemasangan Plat dan besi khas serta penyambungan urat saraf).
Sekiranya ada yang sudi menyumbang boleh bank in terus ke akaun si Ibu ini:
maklumat bank
Nama Bank : RHB Bank
No Akaun: 15210300055103
Nama : HANIZA BINTI OMAR
HP: 0108068269
Mingguan Wanita : Sama-samalah kita membantu. Moga keluarga ini dipermudahkan.
Sanggup menjual rumah, mendermakan sebelah buah pinggang dan berkahwin semula dengan bekas isteri. Pengorbanan lelaki ini mungkin hanya satu dalam berjuta kisah manis selepas episod perceraian berlaku. Kebiasaannya, apabila berlakunya perceraian, jarang pasangan yang sanggup berbaik-baik, masih mengambil berat diantara satu sama lain.
Kahwin Semula Bekas Isteri
Seorang lelaki dari wilayah Henan, China sanggup berkahwin semula dengan bekas isterinya walaupun mengetahui wanita itu kini sakit tenat.Lapor World of Buzz, Chen Zhenfeng, 39, juga sanggup menjual rumahnya bagi membiayai kos perubatan untuk merawat Xie Hongxia yang menghidap uremia.
Uremia merupakan salah satu tanda tahap akhir penyakit buah pinggang apabila organ itu sudah berhenti berfungsi.
Menurut 8world, Zhenfeng dan Hongxia bertemu sembilan tahun lalu dan berkahwin beberapa bulan selepas berkenalan. Namun, pasangan itu bercerai 2019 disebabkan masalah rumah tangga.
Isteri Sakit Tenat
Selepas dua tahun perceraian, Zhenfeng menghubungi bekas isterinya untuk bertanya khabar dan mendapat tahu Hongxia menderita uremia. Zhenfeng kemudian melawat Hongxia di hospital dan melamar bekas isterinya untuk berkahwin semula setelah tidak tahan melihat keadaan wanita itu yang terlalu sakit.
Hongxia pada mulanya menolak lamaran Zhenfeng kerana tidak mahu membebankan bekas suaminya dengan perbelanjaan perubatannya.Namun, Zhenfeng bertegas mahu menjaga dan menemani Hongxia sepanjang hayatnya.
Malah, Zhenfeng juga memberitahu sanggup menderma buah pinggangnya untuk bekas isterinya. Hongxia tidak sanggup menolak niat baik Zhenfeng dan akhirnya menerima lamaran perkahwinannya.
Mingguan Wanita: Terharu kisah percintaan seperti ini. Terbaiknya bekas suami begini. Masih menjaga hubungan baik, mengambil berat dan sanggup menjaga bekas isteri yang sakit tenat.
Minum air pun ada caranya bukan main sebarang je. Sebab tu orang tua pesan jangan minum air selepas makan kerana akan menyebabkan perut buncit. Sebenarnya pantang larang ini adalah demi kebaikan kita. Namun paling penting perlu minum air secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari serta pada waktu yang betul.Amalkan secara konsisten, insya-Allah kesihatan akan bertambah baik. Paling seronok, amalan minum air pada waktu yang tepat juga akan membuatkan kita tampak awet muda.
Bangun Tidur
Sebaik sahaja bangun dari tidur, minum air suam 2 gelas. Minum secara perlahan-lahan, jangan tergopoh gapah. Amalan ini membantu mengaktifkan organ dalaman. Air liur basi yang bercampur dengan air juga membantu membersihkan tubuh kita secara semuajadi. Dalam air liur kita ada enzim yang membantu pencernaan.
30 Minit Sebelum Makan
Amalkan minum air suam atau air putih 1 gelas 30 minit sebelum makan. Ia membantu melancarkan proses penghadaman dan mengawal selera makan. Perut akan berasa kenyang dan membuatkan kita mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.
Sebelum Mandi
Anda disarankan minum air 1 gelas sebelum mandi. Ia akan membantu menurunkan tekanan darah dan membuatkan kita berasa lebih relaks.
Sebelum Tidur
Jangan terus tidur sebaliknya amalkan minum air putih 1 gelas. Ia dikatakan dapat membantu mengelakkan serangan angin ahmar dan serangan jantung.
Selamat Mengamalkannya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Cium Batu Nisan Pun Dah Rasa Puas Sangat,” Noorkhiriah Luah Rindu Di Pusara Ayah. Memang perit dan sakit rindu yang tak tertanggung apabila kehilangan orang tersayang. Lebih-lebih lagi jika kehilangan orang yang banyak berjasa pada kita sejak dari kecil. Dapat melihat kubur, meluahkan rasa hati, cukup untuk melepaskan sedikit rindu di dada.
Luah Rindu Di Pusara Ayah
Pelakon kecil molek Noorkhiriah Ahmad Shapie, 43 ada meluahkan rasa rindu di pusara Allahyarham bapanya, Ahmad Shapie baru-baru ini. Disebalik, perwatakan khiriah ini yang sering ceria, pelakon drama NUR ini mengakui dirinya ‘kalah’ menangis merindui arwah ayah tersayang, hinggakan mencium batu nisan pun rasa puas dalam melepaskan rindu. Ternyata ia rindu yang paling sakit.
“Orang selalu nampak akak gelak tapi bila part ni akak kalah..Rindu paling sakit..Ayah adalah lelaki pertama yang tak pernah sakitkan hati anak dia. Sangat betul dik…” ujar nya
Kongsi Khiriah lagi, ziarah ke kubur sempena ulangtahun ke-69 arwah ayahnya pada 3 Disember lepas. Pelakon ini juga mengharapkan supaya arwah ayahnya tenang di sana, malah turut menasihatkan para ‘follower’ yang masih ada kedua mak ayah supaya menjaga mereka dengan baik.
“Masa ni empangan akak pecah..hari lahir arwah ayah 3/12 baru ni. Semua anak-anak balik. Genap 69 tahun kalau ayah akak masih ada. Cium batu nisan pun akak dah rasa puas sangat..sakit rindu ni, sakit sangat.Semoga Pak tenang dekat sana. Al Fatihah..Pada yang masih ada keduanya jagalah elok-elok, sebab semua berbalik pada kita nanti.”
Disamping itu, Khiriah juga berkongsi kegembiraan dan kemeriahan apabila semua adik beradiknya dapat berkumpul bersama ketika pulang ke kampung baru-baru ini.
“Kami berkongsi rahim yang sama, takde apa yang mak nak tengok melainkan ini..anak-anak balik berkumpul yang jarang-jarang berlaku waima raya. Seorang ke hulu sorang ke hilir. Walau tak sampai 32 jam..tapi seronok mengalah ke kenduri,” ujar Noorkhiriah.
Mingguan Wanita: Benar, rindu kehilangan orang tersayang lebih-lebih lagi mak ayah adalah rindu yang ‘paling sakit.’ Selagi mana masih mempunyai mak ayah, berbaktilah kepada mereka.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...