Dalam ramai-ramai friendlist media sosial anda, mesti ada yang jenis suka tayang betapa bahagia hidupnya dengan pasangan dan anak-anak. Dapat macam-macam tepek dan pendek kata, asyik-asyik gambar dia dan apa yang ditulis pun jelas yang mereka dipuncak bahagia.
Mungkin ada yang niatnya nak simpan moment itu di media sosial miliknya tetapi tahu juga memang wujud segelintir orang yang suka tayang gambarnya sebab nak tunjuk betapa bahagianya kehidupan yang dilalui.
Namun realitinya hidup beumah tangga ni tidaklah bahagia setiap hari, ada masa dia akan telan fasa-fasa perkahwinan yang mungkin sedikit pahit. Itu namanya UJIAN dalam perkahwinan.
Nak tak nak kena terima dan pandai jaga emosi masing-masing, kalau tidak kelaut lah jadinya. Kalau tidak perang dingin, mungkin gaduh besar sampai orang luar pun tahu!
Ini bahaya, jadi paling penting baik suami atau isteri anda kena hadap fasa-fasa perkahwinan dengan penuh penuh kesabaran.
Ini Antara fasa Perkahwinan
Masa awal-awal semunya manis dan wangi. Bak kata pepatah, bau kentut pun wangi. Tambah pula pengantin baru, cinta sedang ‘mekar’ berbunga-bunga membuatkan anda dan pasangan akan bersikap romantik. Tahap ini, nak berjauhan pun tak sanggup! Dan lebih romantik, cawan guna satu dan berus gigi berkongsi pun boleh.
Selepas beberapa bulan menjalani kehidupan sebagai suami isteri, anda akan nampak kesalahan pasangan. Suami isteri mula merasakan hakikat sebenar perkahwinan dan perlahan-lahan telan rasa pahit.
Masing-masing mula menunjukkan sikap sebenar mereka malah menonjolkan perasaan. Ketika inilah anda akan mula mempersoalkan sikap pasangan yang mula berubah. Timbul keadaan saling menyalahkan, rasa marah dan kecewa terhadap pasangan, mahu menang dan merasakan diri mereka lebih betul daripada pasangan.
Anda perlu bekerja lebih keras untuk kembali menyuburkan rasa cinta dan sikap saling menghargai. Luangkan waktu bersama pasangan dan penuhi hasrat mereka.
Kadangkala perasaan kecewa ini menyebabkan pasangan mula beralih pada sesuatu perkara yang boleh menenangkan mereka misalnya memberi tumpuan pada kerjaya, anak malah kekasih. Bagi pasangan suami isteri yang tidak mampu berhadapan dalam fasa ini, mereka akan mengambil jalan perpisahan.
Bagi pasangan yang mampu melepasi tahap ini bermakna mereka bukan sekadar mencari cinta semata-mata. Perkahwinan yang dibina semakin utuh dan kuat malah mampu mewujudkan sebuah perkahwinan yang lebih baik. Pada tahap ini pasangan mula meningkatkan kualiti dalam perhubungan mereka.
Pasangan mula mencari maklumat malah pandangan baru berkaitan hubungan perkahwinan mereka agar masing-masing mampu melaluinya dengan mudah. Mereka juga saling berusaha untuk memahami diri sendiri dan juga pasangan. Suami isteri yang berada di tahap ini mampu hidup bahagia lebih dari 30 tahun.
Pada fasa ini pasangan suami isteri mampu hidup harmoni walaupun mereka berbeza karakter. Anda akan membuktikan mampu menjadi pasangan yang ideal untuk pasangan anda.
Pemikiran anda seiring dengan fasa perkahwinan, inilah yang dinamakan harmoni menghadapi perbezaan pasangan, melalui proses perbincangan dan komunikasi yang jelas dan mampu menyelesaikan masalah perkahwinan dengan lebih baik lagi.
Anda berdua saling menunjukkan perhatian, saling memerlukan dan menunjukkan penghargaan atas dasar saling ercaya, tenteram dan lebih aman.
Pada tahap ini anda berdua mampu mengembalikan keceriaan, kemesraan, keintiman dan kebahagiaan anda dan pasangan. Waktu yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk anda saling memberi perhatian.
Setelah memahami lima fasa dalam perkahwinan ini seharusnya anda lebih tahu bagaimana berhadapan dengan permasalahan yang dihadapi dalam rumah tangga. Banyakkan bersabar menjalani dan mengulangi setiap fasa perkahwinan yang anda alami.
3 Istilah Bahagia Sebenar Dalam Rumah Tangga
Orang bahagia sentiasa ringkas di dalam kehidupan seharian. Rumahnya tidak terlalu padat dengan perabot dan aksesori yang merimaskan yang akhirnya akan memeningkan kepala mereka. Kajian menunjukkan orang yang tinggal di rumah kecil, dengan perabot yang ringkas, berkereta sederhana dan tidak mempunyai banyak harta adalah lebih bahagia.
Setiap orang ada rezeki masing-masing dan ada kekurangan dalam kelebihan yang dia miliki. Kalau anda boleh terima yang hidup ini tak akan sama dengan orang lain, anda akan merasa lebih tenang dan aman. Janganlah dibandingkan hidup anda dengan orang lain dari sudut betapa cantiknya orang itu dan anda tidak, betapa tingginya dia dan anda rendah dan sebagainya lagi. Baik suami atau isteri, anda perlu fokus kepada perkara yang di dalam kawalan anda dari memikirkan ciptaan tuhan yang tidak boleh diubah.
Kalau tak suka pun kena buat-buat suka. Anda yang baru naik status jadi suami isteri, kenalah melayan orang lain dengan penuh hormat dan kasih sayang. Tak boleh berkira dan suka cari buruk orang dalam hubungan. Terutama ipar duai dan mentua, anda kena hormat dulu kalau nak orang hormat dan layan anda baik-baik.
Pasangan yang bahagia selalunya tidak mempunyai apa-apa yang mahu dibuktikan kepada orang lain di luar sana. Mereka happy dengan terlalu sibuk dengan life mereka.