Tak Lalu Nak Makan Mentah, Buat Sendiri Jeruk BAWANG PUTIH Sedap!

Share

Bawang putih sememangnya mempunyai banyak manfaatnya yang tersendiri. Antara khasiatnya ia mampu menjadi antibiotik semulajadi bagi meningkatkan imunisasi dan sistem ketahanan dalam tubuh serta menurunkan paras kolestrol. Seeloknya ia dimakan mentah. Namun jika ‘tak tertelan’ rasanya boleh juga cuba buat jeruk bawang putih, rasanya lebih sedap.

Cuba buat jeruk bawang putih mudah seperti yang dikongsikan oleh Puan Rasidah Shidah ini.

Banyak khasiat bawang putih. Tapi nak makan mentah begitu saja, tak lalu rasanya. So kita buat jeruk bawang putih. Rasanya sedap macam jeruk buah-buahan. Orang yang kolestrol tinggi elok makan bawang putih. Boleh merendahkan paras kolestrol.

Bahan-Bahan:

1/2 kg Bawang putih dibuang kulit
Air secukupnya untuk merebus

*Rebus bawang putih hingga mendidih dan tutup api. Toskan.

Bahan-Bahan (Air gula):

1/2 cawan Gula
2 cawan Air
1 cawan Cuka
3 sudu Garam

Cara Membuat:

1.Masak semua bahan-bahan hingga mendidih dan sejukkan.
2.Masukkan bawang putih yang di tos tadi dalam bekas, kemudian tuangkan air gula yang telah di sejukkan.

Simpan dalam peti ais.Esok baru makan.

Siap! Semoga bermanfaat, Selamat Mencuba

Mesti Baca:Makan BAWANG PUTIH Berdas-Das Angin Keluar, Legakan Perut Badan Rasa Ringan!

Baca Lagi Di Sini:Amalkan Minum Air Daun Sup & Bawang Putih, PETUA Ikhtiar Rawat Darah Tinggi

Artikel Menarik:Antibiotik Semulajadi, Amalkan Masak Nasi Letak BAWANG PUTIH Cukup 2-3 Ulas Sehari

Mingguan Wanita:Jadi jika tak lalu nak makan bawang putih mentah, boleh cuba buat jeruk pula. Rasanya memang sedap!

Sumber: Rasidah Shidah

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab