Hubungan jarak jauh bukanlah semudah yang disangka dan sudah tentu membebankan bagi sesetengah pasangan. Selain rasa rindu yang menggunung ekoran berjauhan, perasaan curiga juga sering timbul tatkala berjauhan dengan suami tercinta.

Biar pun bukan mudah tetapi ramai di antara kita yang terpaksa berjauhan dengan suami tercinta kerana kekangan tertentu seperti komitmen terhadap kerjayanya atau berkorban demi negara tercinta.

Menurut Ustazah Nurul Hidayah Kamaruddin, asas sebuah perkahwinan adalah tinggal bersama, namun dari segi hukum ianya tidak berdosa hidup berjauhan ekoran kekangan-kekangan tertentu yang menghalang mereka tinggal bersama.

Manakala bagi selebriti Nur Hidayah Abu Bakar atau lebih dikenali dengan nama Dayah Bakar yang berkahwin dengan seorang pegawai tentera sememangnya menerima suami seadanya dan memahami tugasnya.

“Saya kurang setuju dengan istilah weekend wife atau weekend husband kerana bagi saya everytime is husband and wife. Setelah berkahwin kita memang sah menjadi suami dan isteri, jadi tiada istilah begitu.  

“Walaupun terpaksa berjauhan dengan suami kerana tugas dia tetapi sebenarnya saya rasa bangga menjadi isteri kepada seorang tentera. Bukan sahaja suami saya seorang warrior, saya juga warrior kerana bersuamikan dia.

IKLAN

“Setakat ini saya dan Kapten Hanif berjauhan paling lama selama sebulan. Sekarang dia di pusat latihan, jadi lebih mudah kami berjumpa,” katanya ketika menjadi selebriti jemputan di MingguanWanita Talkshow bagi mengupas tajuk Cinta Jarak Jauh di Astro Prima 105 & Prima HD 121.

“Tak Kisah Berjauhan Kerana Suami Jalankan Tanggungjawab dan Amanah Kepada Negara.”- Dayah Bakar
Sumber: Instagram

Saling Mempercayai

Ternyata hubungan cinta jarak jauh memerlukan pengorbanan dan kesetiaan. Bagi Dayah Bakar, dirinya tidak gusar tentang tugas suaminya. Namun suaminya pula yang bimbang dengan kariernya sebagai seorang selebriti yang kerap bertemu orang ramai.

“Sebagai seorang selebriti saya yang kerap bertemu orang, tetapi kami pernah bincang tentang perkara ini dan pegang prinsip yang sama. Dalam dunia ini  ke mana sahaja kita pergi, kita jumpa ramai orang. Paling penting saya dan dia perlu trust each other.

IKLAN

“Alhamdulillah suami pula jenis tenang dan setiap kali ada masalah pasti dia akan ada plan A,B atau C , sesuai dengan tugasnya sebagai seorang tentera. Saya percayakan dia dan dia juga percayakan saya. Sekiranya berdepan dengan apa-apa masalah, paling penting berkomunikasi,” katanya yang menyerahkan soal anak kepada Allah SWT.

Tip Buat Cinta Jarak Jauh dari Ustazah Nurul Hidayah:

J- Jangan lupa berbincang

IKLAN

A- Aim untuk dapat redha pasangan jika kita tidak mahu pengakhirannya berlaku penceraian. Dalam Islam paling lama tinggalkan pasangan adalah empat bulan tetapi isteri perlu redha kalau suami terpaksa berjauhan kerana tugas.  

U- Untuk melaksanakan tanggungjawab seorang muslim

H- Hubungan yang kerap yakni ambil tahu dan peduli tentang pasangan walaupun berjauhan. Bertanya khabar dan tahu apa yang pasangan lalui setiap hari.  

Bagi yang ketinggalan mengikuti MW Talkshow tengahari tadi, jangan lupa saksikan siaran ulangan pada jam 8 malam nanti di Astro Prima 105 atau Prima HD 121.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI