Memang menarik kisah pasangan pengantin baru dari Raub, Pahang ini. Masa kan tidak, pengantin lelakinya sanggup mengambil masa selama empat jam pada sebelah pagi hari majlis persandingannya untuk memasak sendiri 10 jenis nasi untuk disajikan kepada 2,000 tetamu. Hebat! bukan calang-calang pengantin boleh sediakan pelbagai hidangan dalam kuantiti yang banyak, lebih-lebih lagi pada hari bahagia mereka.
Memetik laporan Harian Metro,seorang pengantin lelaki bernama Muhammad Syukri Addnan, 28, sanggup memasak sendiri 10 jenis nasi selama empat jam pada sebelah pagi pada hari persandingannya. Kesemua masakan itu ingin disediakan kepada 2,000 tetamu. Bukan itu sahaja, bajet dikeluarkan oleh lelaki ini untuk makanan lagi banyak dari pakaian yang dikenakan di hari persandingan.
Syukri berkata dia hanya memakai pakaian berharga RM150, manakala isterinya, RM250, tetapi membelanjakan RM9,000 untuk makanan kepada tetamu.
Ads
Mengusahakan Syarikat Katering
Dia yang mengusahakan syarikat katering bersama keluarganya, ANAC Katering Enterprise sangat berpuas hati kerana tetamu yang hadir pada 13 Januari lalu gembira dengan makanan yang dihidangkan.
“Saya tidak kisah memakai pakaian yang murah, asalkan makanan yang disediakan terbaik dan sedap serta menggembirakan tetamu.”
“Idea itu sebenarnya untuk saya menghargai pelanggan di sekitar Raub (Pahang) selain untuk mereka mencuba keenakan pelbagai jenis nasi yang kami boleh sediakan.
“Sebelum itu, saya umum dalam Facebook (FB) untuk menjemput semua orang datang ke majlis persandingan kami di Kampung Melayu Sungai Lui 2, Raub,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Belajar Memasak Daripada Ibu
Dari segi persiapan, Muhammad Syukri berkata, dia mula mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak kesemua jenis nasi empat hari sebelum majlis. Dia menggunakan 97 kilogram (kg) beras untuk memasak Nasi Hujan Panas, Nasi Jagung, Nasi Serai, Nasi Beriani, Nasi Arab, Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Keduli, Nasi Lobak dan Nasi Putih.
Ads
“Saya belajar memasak daripada ibu saya, Norazizah Ahad, 60, yang memang suka dan pandai memasak serta kebolehan ini mungkin diwarisi daripadanya.”
“Lagi satu, saya juga ikut gaya ayah saya, Addnan Md Amin, 63, yang akan sediakan makanan yang agak ‘mewah’ untuk tetamu dalam apa saja majlis,” katanya yang menikahi isteri, Nazirah Mokhtar, 22, pada 30 Disember 2017.
Anak keenam daripada sembilan beradik itu tidak kisah belanja banyak untuk makanan serta menganggap ia antara salah satu cara bersedekah. Syukri juga bersyukur kerana makanan yang disediakan mencukupi dan habis sebaik majlis berakhir pada 3.30 petang.
Ads
“Selain daripada 10 jenis nasi, saya menyediakan tujuh jenis lauk dan enam jenis air berperisa untuk tetamu dan Alhamdulillah, tiada pembaziran berlaku kerana semuanya habis dan cukup.
“Saya tidak kisah keluarkan belanja banyak untuk penyediaan makanan majlis kedua-dua pihak ini kerana kalau makan, kita akan kenyang dan ini juga adalah satu daripada cara untuk bersedekah,” katanya.
Dalam masa saya, Muhammad Syukri juga gembira kerana menerima banyak komen yang positif daripada tetamu selain ada yang mendoakan mereka murah rezeki dan bahagia dalam perkahwinan.
Mingguan Wanita mengucapkan selamat pengantin baru buat pasangan ini & selamat melayari bahtera rumahtangga.Semoga bahagia hingga ke syurga!
Perjalanan kehamilan setiap ibu tentunya berbeza-beza. Ibu pengacara terkenal, Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed meluahkan perasaan yang pernah dilalui ketika 9 bulan mengandungkan anak ketiganya itu.
Maklum Kartini, perjalanan 9 bulan penuh indah itu memberikan satu perasaan yang luar biasa yang dapat dirasainya ketika itu. Biarpun Noor Neelofa Mohd Noor sudah mencecah usia 31 tahun, anaknya itu tetap bagaikan anak kecil di matanya.
Ibu Luah Perasaan Luar Biasa Hamilkan Neelofa
“Wahai anakku..
Ketika aku mengandungkan mu, aku dapat rasakan yang sesuatu luar biasa.. perjalanan 9 bulan itu amat indah untukku, lahir mu membahagiakanku, memelukmu memberi kepuasan padaku, melihat keletah mu membuat aku sentiasa rindu pada mu.. wahai anak ku..
Kau tetap anak kecil di mata ku yang tak jemu aku membelai dan mencium mu.. kau lah cinta hati ku @neelofa” tulisnya disertai dengan emoji hati.
Bidadari Terindah Untukku – Ibu
Pertengahan Oktober lalu, ibu ini juga pernah mengungkapkan kata-kata kesyukuran yang tidak terhingga apabila anak perempuannya itu mengambil keputusan berniqab.
Bak kata Neelofa, keputusannya itu membuatkan dia (Neelofa) melepaskan sesuatu yang paling disukainya. Demi penghijrahannya itu.
Malah, Kartini begitu bersyukur kerana tuhan menghadirkan Neelofa yang diibaratkan bidadari terindah untuknya.
“MashaAllah mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku.
Yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.. Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurnia kan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untuk ku , seluruh keluarga ku dan seluruh umat manusia.. amiiinnn Love you bidadariku @neelofa #anakluarbiasa “
Semalam juga merupakan hari berbahagia buat bidadari hati Kartini ini. Apabila difahamkan Neelofa sudahpun dirisik pelakon dan pendakwah Hariz Ismail atau PU Riz, 25. Acara berlangsung dalam satu majlis sederhana di kediaman keluarga Neelofa sendiri.
Tular anak tidur kesejukan bapa gian mancing, anak memang tiada pilihan pilih siapa ibu bapa mereka. Anak adalah amanah buat ibu bapa dan perlu menjawab di hadapan Allah jika gagal mendidik dengan sempurna.
Jika akhirat perlu menjawab di hadapan Rabbuljalil, di dunia mahkamah dan undang-undang digubal bagi melindungi kanak-kanak.
Tular Anak Tidur Kesejukan Bapa Gian Mancing
Di media sosial tular satu video dikongsi oleh @abbehae di mana seorang anak kecil dibiarkan tidur di atas kotak dalam kedinginan malam. Penjaganya tidak kelihatan dan bila ditanya kepada golongan gelandangan lain kenapa kanak-kanak itu dibiarkan tidur seorang diri, jawab mereka bapanya pergi memancing di tempat lain.
Dari suaranya jelas Abbe Hae geram dengan situasi itu kerana mengabaikan keselamatan anaknya. Dan katanya, ikutkan hatinya mahu saja dia membawanya balik dan kalau sudah dibawa balik takkan apa diberi lagi.
Anak Memang Tiada Pilihan PILIH SIAPA Ibu Bapa Mereka
Difahamkan ibu kanak-kanak ini menerima rawatan di hospital. Bahkan kata Abbe Hae, inilah akibat bila tak bersedia menjadi bapa sedangkan anak-anak itu amanah Allah.
Sekadar pembacaan ibu bapa, mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mendedahkan kanak-kanak kepada sebarang cara yang mungkin menyebabkan mereka mengalami kecederaan fizikal atau emosi boleh didakwa.
Di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 menggariskan kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian dan pembuangan atau pendedahan kanak-kanak yang mana hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya jika melakukan pengabaikan terhadap kanak-kanak.
JANGAN TAKUT UGUTAN AH LONG. INI KADAR BAYARAN SEPATUTNYA. Hanya perlu bayar Ahlong 1.25% daripada jumlah pinjaman! Jangan tertipu dan terpedaya disebabkan rasa takut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lelaki bangla simpan RM800,000 bukan cakap kosong, gaji sebulan cecah RM5500. Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial perihal warga Bangla yang hanya makan berlaukkan bawang, cili dan garam selain menambah air putih untuk dijadikan makanan hariannya.
Konsep asal kenyang yang diamalkannya membuatkan ramai yang bersimpati betapa kerasnya kehidupan yang dilalui tatkala merantau ke negara orang.
Tatkala dirinya memaklumkan mampu menyimpan RM800,000 di kampung di Bangladesh, mampu membeli tanah dan membuat rumah ramai mempersendakan dirinya kerana angka itu tidak logik pada perkiraan mereka.
Susulan video memaparkan cara makannya itu yang menjadi viral di media sosial, sekali lagi warga tempatan yang menviralkan kisahnya ini berkongsi lebih lanjut tentang jumlah simpanannya itu.
Kelihatan dalam video, lelaki bangla berkenaan hanya makan timun sebagai malamnya selain memaklumkan dirinya hanya makan sekali sehari sahaja untuk mencukupkan keperluan hidupnya sementara menunggu hari gaji.
Kata lelaki bangla ini, makan sekali sehari sudah cukup. Setiap bulan hasil kerja kerasnya termasuk kerja lebih masa, gajinya mampu mencecah RM5500 setiap bulan.
Dia hanya mengambil RM300 untuk kegunaan sebulan dan baki RM5200 dihantar balik ke kampung. Dia menyerahkan hampir 95 peratus gajinya ke kampung kerana mak ayahnya sudah tua dan mereka lebih memerluan wang berbanding dirinya.
Dan sesuatu yang tak mengejutkan, dia sudah 19 tahun bekerja. Jika mengikut perkiraan RM5200 jika dikalikan dengan 19 tahun bekerja, angka simpanannya sudah mencecah RM1 juta lebih. Jadi logiklah jika dirinya ada simpanan RM800,000 di kampungnya.
Apa pun, sudah tertulis rezekinya begini hasil kerja kerasnya dan tidak mengamalkan life style reward diri seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah kita bila dapat gaji. Ya dengan tempat tinggal disediakan, api air tidak dibayar, RM300 itu mencukupi untuknya sebulan.
Abby dedah perkahwinan dengan Norman terbina dek kerana lelaki itu kecewa dengan wanita lain.Konflik keluarga Abby Abadi belum berkesudahan, terbaru pelakon itu mendedahkan perkahwinannya...