‘Tak Ingin, Hanya Kawan Kerja’ Ayat Inilah Boleh Jadi Pencetus Skandal Tempat Kerja

Share

Skandal tempat kerja, inilah yang selalu berlaku. Kalau melibatkan lelaki bujang dan anak dara tidak menjadi masalah. Tapi, bila ia melibatkan isteri dan suami orang.

Selalu jugalah kes-kes skandal tempat kerja ini yang hanya bermula dengan usikan manja, makan bersama dan lepas itu berkisar pula pada masalah rumah tangga. Bila sudah rapat, mulalah timbul pula gossip-gossip.

Mengaku hanya sekadar kawan kerja dan masing-masing sudah mempunyai keluarga, tidak mungkin akan berlaku ‘skandal’. Hakikatnya, boleh percayakan dengan kata-kata itu.

Apa yang boleh dikatakan, baik isteri orang mahu pun suami orang, tidak salah untuk berkawan tapi jangan sampai boleh membawa kepada skandal. Akhirnya, boleh membinasakan rumahtangga yang dibina.

Ingat, tidak salah berkawan tapi ada hadnya. Jangan biarkan pasangan hilang percaya dengan apa yang kita lakukan. Niat untuk mencari rezeki dan membantu pasangan. Antara nasihat dan kata-kata dari Salwa Mohd Saleh untuk dijadikan panduan dan ingatan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Berpisah Itu Jalan Terakhir, Suami Jangan Cipta Alasan Anak Untuk Isteri Stay

INGAT, Bukan Semua Orang Di Tempat Kerja Kita Boleh Jadikan KAWAN!

Info Lebih Menarik DI SINI

Tentang Skandal Tempat Kerja

1. Terbaca satu kisah tentang seorang isteri yang suaminya curang. Si isteri surirumah yang berniaga secara online. Perbelanjaan rumah separuh isteri tanggung. Percutian juga isteri sediakan. Selepas kes curang, perbelanjaan semua isteri suruh suami yang tanggung supaya suami tak rasa ‘duit banyak’ dan pasang yang lain.
2. Namun, bukan itu yang saya nak ceritakan. Saya nak kata, kisah skandal di tempat kerja ni berlaku di mana-mana. Malah di tempat saya bekerja dahulu pun ada beberapa yang terbongkar. Ada yang akhirnya jadi isteri kedua, ada juga bercerai berai.
3. Tahu tak, kebanyakannya bukan ada niat original nak menduakan pun. Biasanya bermula dengan ayat “ala, kawan kerja je pun”. Kadang akan keluar ayat biasa “dia tu dah isteri orang pun, beranak pinak dah” atau “eh dia tu suami orang lah. Tak hingin”. Tapi dari ayat-ayat yang beginilah, akhirnya membinasakan. Kenapa?
4. Bermula dengan usik-usik manja. Kemudian mula pula ceritakan masalah rumahtangga masing-masing. Yang suami rasa isteri di rumah tak hot. Sibuk dengan anak-anak sahaja dan dia tak boleh nak bermanja. Rasa isteri dah tak lagi bagi layanan mesra macam mula-mula kahwin dulu. Rasa isteri banyak membebel.
5. Yang perempuan pula pun buka cerita rumah dia juga. Rasa suami sibuk sangat kerja. Balik rumah, suami tak balik lagi. Rasa kesunyian. Rasa penat urus rumah seorang.
6. Macam itu lah mulanya. Bercerita. Kemudian sebab satu pejabat dan satu bidang pulak, akan mula rasa yang kawan ofis tu tadi lebih ‘memahami’. Cakap apa pun dia paham. Kalau engineer cakap bahasa jurutera sambal sulam dengan jenaka mesra. Kalau yang doktor cakap la pasal segala mak neka bahasa Operation theatre sambil rasa mudahnya buat conversation sebab ‘si dia’ terus dapat tangkap apa inti bicara.
7. Inilah yang membunuh sebenarnya. Dalam senyap setan setan bertoncet tu semua cucuk jarum. Rumahtangga yang sah dengan ikatan yang dah ada anak beranak pun bergoncang hebat. Kalau setan pangkat koperal, maybe boleh la ditarik balik dan taubat kembali ke pangkuan keluarga. Kalau setan pangkat sarjan, mungkin dah goyah. Kalau yang buat skandal tu sendiri perangai macam setan, tu yang start terlanjur bagai.
8. Jadi, saya nak ingatkan. Jangan mudah mesra. Berkawan dan bekerja lah seadanya. Tak payah lebih-lebih. Sederhana. Islam dah ajar, jangan hampiri zina.
9. Yang perempuan, jangan terhegeh nak cerita masalah kat jantina lelaki. Tak kisah la awak tu single ke isteri orang ke. Cerita kat group perempuan. Biarlah orang kata bawang sekalipun, asal tak ganggu rumahtangga orang.
10. Bagi yang lelaki, jangan nak melayan sangat orang perempuan yang sendu sendan sedih kononnya semua masalah dunia ni dia ada. Set your border ya. Ingat isteri dan anak-anak di rumah. Isteri tu penat, semua dia handle. Kalau nak isteri cantik, invest lah belikan set spa dan makeup. Kalau nak isteri nampak presentable, beli la baju ke perfume wangi ke. Nak isteri tak membebel, ringankan tulang tu bantu kerja rumah apa yang patut.
11. Kita sendiri sebenarnya bertanggungjawab dengan apa yang kita buat. Jangan bila dah jadi, tunding jari pihak sana pihak sini. Pun begitu, memang tak dinafikan, ini dinamakan UJIAN dalam hidup berumahtangga.
12. Saya ni pun beringat juga. Bukan kata kami ni pasangan perfect atau sempurna. Tidak. Ini purely nak bagi nasihat dan ingatan sahaja sambil menasihati diri sendiri dan suami dan keluarga kesemuanya, supaya beringat-ingat. Jadikan poengajaran.

Sekian

Love,
Wonder Emak

Mingguan Wanita : Kes-kes ini selalu berlaku. Kalau sayang keluarga, jangan mulakan.

Sumber: Salwa Mohd Saleh

Baca Menarik Lagi DI SINI: Suami Mengaku Dirinya Curang, Wajarkah Isteri Memaafkan Dan Beri Peluang Kedua?

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora