Tak Hina Pun Habiskan Duit Suami, Itu HAK Isteri Sebenarnya

Share

Banyak pula mesej kotak kita terima, antaranya “Semua suami beli, cubalah cari duit sendiri”. Amboi-amboi apa salahnya seorang diri menghabiskan duit suaminya sebab dalam duit atau rezeki suami ada hak isteri.

Apatah lagi tak bekerja dan berkorban semata-mata untuk suami dan anak-anak. Sudah tentu punca pendapatannya hanya pada suaminya seorang. 24 jam dia menghabiskan masa untuk uruskan keluarga tanpa gagal. Jadi tidak salah seorang isteri menggunakan duit suami untuk keperluan diri.

Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin

“Semua suami beli, cubalah cari duit sendiri!”

Jadi trending kan guna kotak untuk sampaikan mesej… Bila saya terbaca mesej di atas ni, terus saya fikir,

“Adakah isteri yang mengharapkan duit suami itu, isteri yang tak guna? Adakah menghabiskan duit suami itu, satu kesalahan? Berdosakah isteri sekiranya dia tidak menyumbang apa-apa dalam bentuk kewangan kepada si suami?”

Biasalah, bila kita di tempat tersebut, kita mampu untuk membeli sesuatu dengan usaha kita sendiri, terus kita “memandang rendah” pada mereka yang mengharapkan dan bergantung kepada DUIT SUAMI…

Mesej tu tak salah, tapi janganlah penyampaiannya seolah-olah MEMPERLEKEHKAN mereka yang tidak ada pendapatan…

Untuk pengetahuan kita semua, dalam duit suami, ada HAK ISTERI…antara 5 hak isteri dalam duit suami ialah,
– Makan minum
– Tempat tinggal
– Pakaian
– Perubatan
– Duit belanja

Mereka Bukan Tin Kosong

Tidaklah menjadi satu kesalahan andai isteri menggunakan duit suami untuk beli barang dapur, beli kelengkapan rumah, beli baju, beli tudung, beli alat mekap, dan sebagainya… Dan tidak juga menjadi satu kesalahan jika setiap kali keluar makan, suami yang bayarkan…

Jangan anggap mereka yang menggunakan duit suami itu TIN KOSONG…

Ada suri rumah sepenuh masa yang ada Master, yang ada Ijazah… Ada suri rumah sepenuh masa yang dahulunya pensyarah, jurutera, arkitek, pegawai dan sebagainya… Ada suri rumah sepenuh masa yang dulunya gaji 6k, 5k, 4k… Ada suri rumah sepenuh masa yang dah travel merata di dalam negara dan di luar negara…

Dia tak kerja atau terpaksa berhenti kerja atas sebab tuntutan keluarga atau permintaan suami…Dia meletakkan perkara itu melebihi hal-hal duniawi… Dia mengutamakan kehendak dan kemahuan orang lain melebihi kehendak dan kemahuan sendiri…

Apa yang suami sediakan, dia pakai… Apa yang suami beli, dia makan…apa yang suami bagi, dia guna… Hidup seadanya ikut kemampuan suami… Tak mengeluh, tak merungut…

Balasan Atas Pengorbanan

Bukan biasa-biasa PENGORBANANNYA itu…

Tak hina jika menjadi seorang isteri yang hanya tahu menghabiskan duit suaminya… Tak rendah martabat dan harga diri seorang isteri yang mengharapkan duit suaminya…
Itu adalah HAK seorang isteri ke atas duit suami dan dia menggunakan apa yg dia BERHAK…

Kalau hari ini awak di luar sana merupakan seorang wanita bekerjaya, yang ada pendapatan tetap, beribu-ribu setiap bulan awak dapat, maka jangan sesekali anggap atau pandang rendah pada mereka yang tidak berada di tempat anda…

Rezeki masing-masing tak sama… Awak lebih pada duit, dia yang tiada duit lebih pada masa dengan keluarga…

In the end, hanya mereka yang menghargai dan bersyukur dengan apa yang mereka ada itulah mereka yang bahagia dan gembira…
Renung-renungkan…

Nota kaki : Selagi dia tak guna duit suami awak, maka biar je la eh…Suami dia ok saja isteri dia guna duit dia, awak jangan lebih sudu dari kuah pulak…️

Sumber: Firdaus Shakirin

MW: Wahai suami bertanggungjawablah kepada isteri anda dan hargailah mereka selagi ada. Jangan terlalu berkira dengan isteri terutamanya dari segi duit kerana dalam rezeki anda terdapat rezeki isteri yang telah banyak berkorban untuk anda selama ini.

Published by
Nur Syazwani Mehat