Tak Guna KAYA Kalau TAK MAMPU Bantu Adik Beradik Sendiri, Dahulukan Ahli Keluarga

Share

Ditakdirkan dalam keluarga, kitalah orang yang dikatakan agak senang atau kaya berbanding yang lain. Mampu atau tak mampu bantu adik beradik yang tidak bernasib baik daripada kita. Dalam hal ini, kita kena dahulukan ahli keluarga sendiri sebelum bantu orang lain.

Memang betul, dalam adik beradik, kita sudah kenal dan faham dengan perangai masing-masing. Tak perlu nak bergaduh, bertengkar sebab akhirnya kepada mereka kita rujuk kembali.

Begitu juga kalau salah seorang daripada kita mempunyai kelebihan dan kaya. Bantulah mereka dan dahulukan ahli keluarga. Jangan sebab ingin nama disebut-sebut, keluarga sendiri pun tak mampu untuk bantu adik beradik.

Perkongsian daripada Abe Naz ini, cukup menarik dan bermanfaat. Kisah keluarganya yang saling membantu, walaupun ada masanya bergaduh. Tapi itulah yang dikatakan air dicincang tidak akan putus.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan BERKIRA Untuk Membantu Adik Beradik, Sebab Rezeki Kita Berkat Doa Persaudaraan

Harta Pusaka HAK Mak Ayah, Adik Beradik Tak Perlu Nak BEREBUT

Info

Kaya Tapi Tak Mampu Bantu Adik Beradik

Apa Gunanya Kita Kaya Kalau Kita Tak Mampu Bantu Adik-Beradik Kita?

Hampir 20 tahun Abe tinggalkan Kota Bharu Kelantan dan berhijrah ke Shah Alam Selangor. Pada tahun 1995, selepas menerima keputusan SPM, Abe terus terbang ke California USA untuk melanjutkan pelajaran. Ini bermakna dah lebih suku abad Abe tinggalkan keluarga Abe yang besar ni.

BAB 2
Tiba-tiba pagi ini Abe terkenangkan zaman kecil-kecil dulu bila Abe bergurau senda, bermain dan bergaduh dengan adik-beradik Abe yang besar ini. Abe teringatkan zaman Abe tengok Abah dan Che Abe bergolok gadai demi pelajaran kami. Susah betul Abah dan Che dulu

Abe teringat masa kami beramai-ramai sumbat dalam kereta Fiat 123. Itu sajalah kereta yang mampu Abah beli. Teringat pagi-pagi Che buat sarapan sebab kami semua nak ke sekolah. Teringat makan roti dan scramble egg Che buat.

Selepas itu, Abe teringat zaman susah masa Abah ditukarkan ke hulu Jeli untuk mengajar di sana akibat sengketa politik. Masih Abe teringat tahun 1985 selepas sekolah Abe akan selalu pergi tangkap dragon flies yang berwarna-warni. Itulah hobi Abe zaman kecik dulu.

BAB 3
#KeluarDariKepompongMiddleClass

Masa itu, kami tak terfikir pun pasal duit. Apa yang kami tau ialah kami nak perbaiki nasib keluarga kami dengan berjaya di dalam peperiksaan. Hanya pendidikan yang mampu mengubah nasib keluarga kami. Itulah pesan Che setiap masa.

Alhamdulillah, nasib keluarga kami dah banyak berubah. Bila Abe kenang kembali, Abe agak amazed dengan transformasi keluarga Abe ini. Ada doktor pakar, ada yang ada klinik medic sendiri, ada geologist, ada perunding unit amanah ngetop di Malaysia, ada successful baker, ada geophysist dan jurutera Petronas, ada pharmacist, ada jutawan produk sarang burung, dan ada konsultan takaful.

Namun, ada juga yang tiada rezeki dalam bidang professional tapi Allah takdirkan merekalah yang menjaga Abah, Che, dan Mek (nenek) Abe. Itulah keindahan takdir Allah. Setiap orang ada kepentingan anda tugas masing-masing. Cantik Allah dah atur.

BAB 4
#MasaUntukTerusBerbakti

Abang ipar Abe, deputy CEO salah satu bank tersohor di Malaysia pernah berpesan pada Abe bila Abe pulang semula ke Malaysia pada 2001. Katanya, kalau Ayat nak berjaya dalam hidup, jangan berkira-kira dengan Che dan Abah.

Selagi mampu bantulah mereka. Insya Allah Allah akan lipat gandakan rezeki Ayat.
Bila teringatkan nasihat ini, Abe nak berazam kerja lagi keras lagi agar Abe dapat bantu adik-beradik Abe lagi.

Dua tahun sejak Abe berhenti kerja Abe tak mampu nak bantu banyak sangat selain bayar ansuran Honda BRV tu. Alhamdulillah rezeki Abe sangatlah murah dan Abe nak ada agensi sendiri. Abe yakin ini hasil doa dari Abah dan Che tak putus-putus.

Abah dan Che pernah tengok Abe terduduk dan menangis sebab Abe hampir tak ada duit dua tahun lepas. Habis rizab Abe sebab nak harungi dua tahun terawal buat unit amanah ni full time.

Bayangkan, dulu pendapatan makan gaji Abe hampir 23 ribu sebulan. Komitmen tinggi. Abe berhenti kerja pulak buat benda tak makan gaji ini.Tapi Abah dan Che tak putus-putus berdoa agar Abe jangan putus asa dan murah rezeki. Mereka tahu Abe dah banyak kali jatuh dan bangkit balik dalam hidup ini.

Kini Abe dah stabil dan nak jadi GAM dah. Sebab itulah Abe nak belikan Toyota Alphard untuk Abah dan Che. Abe pun dah ada BMW X3 M Sport. Rasa janggal pula Abe pakai kereta mewah tapi Abah dan Che pakai kereta biasa sahaja. Lagi pun memang Abelah yang selalu belikan ibu bapa Abe kereta sejak Abe usia 24 tahun lagi.

BAB AKHIR
#MoralOfTheStory

Abah Abe selalu berpesan, sebelum bantu orang lain, bantulah ahli keluarga dahulu.

Itulah resipi keluarga Ustaz Zain Ahmad. Kami bukanlah berasal dari keluarga yang kaya, tapi kami telah berjaya keluar dari kepompong middle class.

Anda pun boleh juga. Tapi anda perlu bersatu dan bantu-membantu antara adik-beradik anda.

Memang ada orang yang tak rapat antara adik beradik. Maybe it’s time to think why this is happening.

Abe pun ada kalanya bergaduh dengan Dr. Afif Zain aka Dr. Bo tapi air yang dicincang tak akan putus.

Ingatlah duit kita boleh cari. So is it worth it for us to fight each other for money? Money is not everything.

#mahming
#AbeNazzZillionaire
#YayasanBaniZain12

MW: Dalam setiap adik beradik, mesti ada satu yang lain. Tapi itulah yang melengkapkan kebahagiaan kita sebagai adik beradik.

Sumber: Abe Nazz Zain(Abe Nazz Zillionaire)

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora