Teringat ayat Datuk Prof Dr. Muhaya satu masa dulu. “Semua wanita adalah superwoman. Kita semua manusia yang hebat tak kiralah walau jadi surirumah sekali pun!” Ya dan semalam, Mingguan Wanita berkesempatan menyaksikan malam temasya Nona Superwoman Award 2018 yang cukup gilang-gemilang.

Akhirnya kempen #nonasuperwoman yang dibawakan oleh majalah Nona tiba ke kemuncaknya. Malam anugerah yang berlangsung dari Sime Darby Convention Centre ini dianjurkan untuk mengiktiraf pencapaian wanita Malaysia melalui 36 kategori anugerah berprestij.

Dalam temasya yang dihadiri 250 tetamu ini, anugerah utama iaitu Nona Superwoman of The Year 2018 telah diberikan kepada bekas Menteri, Tan Sri Datin Paduka Sri Rafidah Aziz. Sewaktu video Tan Sri dimainkan di layar skrin utama, banyak nasihat beliau yang disampaikan secara bersahaja menjadi tumpuan tetamu.

“Tak Guna Jadi CEO Kalau Anak Bersepah Di Rumah” Ayat Tan Sri Rafidah Paling Win Semalam!Umum mengetahui Tan Sri Rafidah Aziz merupakan seorang bekas Menteri yang lantang membicarakan dasar-dasar. Tapi tokoh wanita ini sebenarnya seorang yang kelakar dan menyenangkan. Antara ucapan yang paling ‘win’ malam tadi adalah “Tak guna jadi CEO kalau anak kita bersepah di rumah.”

Bila ayat spontan tu terhambur daripada mulutnya, dewan ballroom yang dihias indah terus gamat dengan derai tawa. Hakikatnya memang tepat kena pada batang hidung kita!

IKLAN

Beliau juga menegur sikap workaholic wanita berkerjaya, lebih-lebih lagi yang sudah bergelar ibu. Tanggungjawab kita terhadap anak-anak dan keluarga sepatutnya diutamakan dan belajarlah pulang on time demi rumah tangga.

Selain itu, antara anugerah lain yang ditunggu-tunggu adalah Nona Celebrity Business Award (Mila Jirin), Nona Motivator Award (Datuk Prof Dr Muhaya), Nona Active Award (Datuk Nicol Ann David) dan Nona Entrepreneurs Award (Datin Vivy Yusof).

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa turut tersenarai dalam penerima anugerah dengan masing-masing membawa pulang dua anugerah iaitu Nona Legend Award & Nona Influencer Award (Siti Nurhaliza), Nona InstaFamous Award & Nona Hijab Award (Neelofa).

IKLAN
“Tak Guna Jadi CEO Kalau Anak Bersepah Di Rumah” Ayat Tan Sri Rafidah Paling Win Semalam!
Nona Legend Award & Nona Influencer Award 2018 – Datuk Seri Siti Nurhaliza
“Tak Guna Jadi CEO Kalau Anak Bersepah Di Rumah” Ayat Tan Sri Rafidah Paling Win Semalam!
Nona Motivator Award 2018 – Datuk Prof Dr. Che Muhaya Mohamad
“Tak Guna Jadi CEO Kalau Anak Bersepah Di Rumah” Ayat Tan Sri Rafidah Paling Win Semalam!
Nona Professional Award 2018 – Tan Sri Siti Sa’diah Sheikh Bakhir

Kisah inspirasi para penerima anugerah turut dikongsi dalam naskhah istimewa majalah Nona Disember 2018 selain perkongsian artikel dan video mereka melalui platform digital.

“Tak Guna Jadi CEO Kalau Anak Bersepah Di Rumah” Ayat Tan Sri Rafidah Paling Win Semalam!Pada malam Nona Superwoman Award 2018 ini juga, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, Ella dan Syamel turut membuat persembahan istimewa bagi meraikan tetamu.

IKLAN

Turut hadir bagi meraikan penerima-penerima anugerah adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun; isteri Menteri Besar Selangor, Puan Masdiana Muhamad; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Encik Kamarul Ariffin Mohd Jamil; serta Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Encik Syamil Fahim.

Penganjuran Nona Superwoman Award 2018 ini turut mendapat sokongan daripada jenama perbankan, Affin Bank Berhad selaku penaja utama. Selain itu, malam anugerah ini juga turut dikilaukan oleh Swarovski dan diserikan oleh Max Factor X selaku penaja bersama.

Banyak lagi gambar dan video menarik yang mak mak kena tengok tentang kisah pahit, manis, suka dan duka di sebalik penganjuran anugerah berprestij ni. Tunggu ya!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI