Tak dapat terima hakikat hidap tumor otak. Setiap insan di dunia ini pasti melalui pelbagai cabaran dalam hidup mereka. Ada yang berhadapan dengan cabaran kewangan, kerja dan juga kesihatan.
Wanita cantik yang juga pengasas produk Be CALM, Puan Maisarah berkongsi tentang dirinya yang sebelum ini pernah alami tekanan akibat didiagnos mempunyai tumor dalam bahagian otak pada tahun 2007.
Ketika itu Maisarah tidak dapat menerima hakikat dirinya yang sihat dan aktif disahkan mempunyai tumor. Dirinya terduduk dan dunia dirasakan sekelip mata menjadi gelap.
“Saya ingat hanya tekanan darah rendah atau penat sahaja, tetapi ujian darah menunjukkan jumlah hormon yang di luar kebiasaan, yang dipanggil prolaktinoma iaitu hormon yang dirembeskan di bawah otak.
“Selepas menjalani beberapa siri ujian kesihatan, doktor mengesahkan saya mempunyai tumor,” katanya lagi.
Ketika disahkan menghidap penyakit tersebut Maisarah merupakan juru ukur bahan di sebuah syarikat pembinaan di London, United Kingdom (UK). Pada awalnya Maisarah menyangka tubuhnya hanya mengalami kesan akibat terlalu sibuk dan penat dengan tugas hakikinya.
Susulan daripada penyakitnya itu, Maisarah mula mengambil ubat bagi mengecilkan tumor tersebut. Bagaimanapun, kesan sampingan yang perlu dihadapinya akibat ubat tersebut menyebabkan tubuh badan, rutin harian termasuk perjalanan kariernya mula berubah dan semakin merosot.
“Makin lama saya makan ubat, makin banyak kesan sampingan hingga selepas dua tahun saya langsung tidak boleh bekerja dengan baik seperti sebelum ini.
“Saya mula mengalami simptom kemurungan seperti susah tidur, berat badan naik mendadak, hilang ingatan, kekeliruan dan adakalanya turut berdepan masalah penglihatan.
“Berat badan saya pernah mencecah sehingga 106 kilogram (kg) disebabkan makan ubat,” ujar ibu jelita ini.
Sambung Maisarah lagi, keadaan fizikalnya yang tidak fit menyebabkan dia pernah berdepan beberapa kekangan termasuk gagal membuat permohonan pinjaman rumah.
Permohonan pinjaman rumahnya pernah ditolak oleh dua bank pada 2018, ekoran keputusan ujian kesihatan yang mengatakan dia berisiko untuk mendapat penyakit di kemudian hari.
“Masa saya nak beli rumah, kena buat pemeriksaan kesihatan dan pada waktu itu (pula) berat badan saya lebih 100kg.
“Degupan jantung saya tidak baik, jadi saya berisiko untuk terkena serangan jantung, kiranya saya tidak sihatlah,” terangnya penuh sebak.
Walau pelbagai rintangan melanda ibu kepada tiga cahaya mata itu tidak pernah menyerah kalah dan terus berjuang mahupun dalam hidup dan juga perniagaannya.
“Semua ini hanyalah pinjaman daripada ALLAH SWT. Apa sahaja yang kita miliki hari ini, mungkin dalam 20 tahun akan datang bakal dimiliki oleh orang lain. Rumah, kereta, anak-anak, semuanya tidak akan menjadi milik kita selama-lamanya.
“Hiduplah dengan tenang dan berdamai dengan keadaan. Penting untuk kita hidup dengan bebas tanpa tekanan,” ujarnya.
Baca Disini : Dato Sarimah Ahmad Pernah Diuji Kanser Usus, PMX Beri Sumbangan Buat Legenda Filem Klasik
Wanita tabah itu kini telah membina empayar perniagaan biskut dan menerajui Be Calm Malaysia. Jelasnya, biskut BeCalm adalah sejenis functional food atau makanan tambahan yang mengetengahkan konsep snek sihat.
“Selain rasanya yang sedap, biskut ini juga membantu untuk keseimbangan hormon dengan kewujudan Ashwagandha KSM66 dan pelbagai bahan sihat lain. Secara umumnya, makanan ini menjadikan kehidupan seharian kita berfungsi dengan lebih baik.
“BeCalm Cookie datang dalam tiga perisa dan fungsi yang berbeza. Kita ada Chocolate Chip Sea Salt (Chillax), Speculoos White Chocolate (Mind Flex) dan Uji Matcha White Chocolate (Vibe On),” kongsi Maisarah yang ditemui ketika majlis pelancaran produk Be Calm.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.