
Isi Kandungan
ToggleAkhirnya tiba masa yang dinantikan anak-anak dan pastinya mak ayah juga tak sabar nak tahu keputusan SPM anak-anak pada hari ini.
Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, keputusan SPM 2018 akan diumumkan pada hari ini iaitu Khamis, 14 Mac 2019.
Jadi calon tetap boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi sampai 6 petang.
Tetapi kalau keputusan SPM tidak berapa memberangsangkan atau tidak mendapat seperti yang dikehendaki, jagan putus asa dan rasa rendah diri. Sebab kehidupan lepas SPM lagi mencabar.
CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM MELALUI LAMAN WEB & SMS
Bagi Calon SPM 2018 yang tidak dapat hadir atau yang terjejas dengan penutupan sekolah di daerah Pasir Gudang, semakan keputusan SPM tetap boleh dibuat melalui laman web secara online atau SMS.
MySMS 15888
Untuk menghantar teks pesanan mySMS 15888, taipkan SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888
Talian dibuka mulai 10 pagi 14 Mac hingga 20 Mac 2019.
Lihat contoh mesej dalam gambar di bawah.
Layari Laman Web Lembaga Peperiksaan
Semak melalui laman web Lembaga Peperiksaan di sppat.moe.gov.my/semakan.
Isikan butiran yang diminta seperti no kad pengenalan dan nombor angka giliran.
Klik butang ‘semak’.

Macam Mana Dengan Calon SPM Yang Sekolahya Tutup?
Namun statistik 2018 menunjukkan terdapat 111 buah sekolah rendah dan menengah di bawah PPD Pasir Gudang, 43 daripadanya diarah tutup serta merta ekoran pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim pada jam 7 petang oleh menteri bersamaan 38% daripada keseluruhan jumlah sekolah.
Jangan risau, sebab calon spm 2018 boleh dapatkan keputusan peperiksaan di pejabat pendidikan daerah.
Haa… lepas dah semak nanti, jangan pula lupa untuk datang ke sekolah bagi mendapatkan dokumen rasmi peperiksaan SPM.
Tak kira apa pun keputusan yang anak anak perolehi, bagi sokongan pada anak kerana rezeki Allah itu luas. Semoga berjaya adik-adik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Berserah Pada Allah Apa Yang Terbaik.” Jahidah Sudah Lama Bertahan

Isi Kandungan
Toggle“Kami berserah pada Allah apa yang terbaik.” Jahidah sudah lama bertahan. Jelas adik Jahidah di akaun TikToknya. Ternyata buat masa sekarang, keluarga mereka menyerahkan segalanya pada Allah.
Bertahan hingga ke tahap ini iaitu sehingga melahirkan anaknya Nufail, bukan satu tempoh yang singkat. Jika telah tiba masanya dan itu adalah yang terbaik untuk Jahidah, mereka redha.
@ziahzara15 ❤️❤️#mangsaderasuamidayus #braindamage #EshanNufail #kakjahidah #ziahzara #babyajaib ♬ suara asli – 🇮🇩 Ayah Felix
Kami Berserah Pada Allah
Keluarga kepada wanita yang koma akibat dipukul suami, Jahidah Nordin, 43, kini buntu selepas keadaan wanita itu tidak menentu selepas disahkan positif Covid-19 minggu lalu.
Menurut adiknya, Fauziah Nordin, 40, doktor menghubunginya beberapa kali untuk memaklumkan keadaan Jahidah yang memerlukan proses bantuan pernafasan (CPR).
Menurutnya, kakaknya itu selesai menjalani tempoh kuarantin selama sembilan hari pada 6 Mac lalu dan dipindahkan semula ke wad biasa di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan.
Artikel Berkaitan: Wanita Koma DiBelasah Suami Selamat Lahirkan Anak, Keluarga Namakan Bayi Sempena “Perjuangan” Jahidah
Apa Yang Terbaik
“Kali ke berapa doktor panggil lagi nak explain (terangkan) mengenai kakak. Dengan keadaan kakak macam tu, badan makin lemah. Risiko jantung berhenti.
“Kalau terjadi keadaan lagi teruk, kami pun tak mengharapkan macam tu. Perlukan persetujuan waris untuk buat CPR. Tapi keadaan itu akan menyeksakan dia. Dia memang terlantar, banyak kesakitan yang dia lalui selama hampir setahun,” katanya yang berkongsi luahan perasaannya mengenai keadaan Jahidah di Facebook (FB).
Baca Di Sini: Jahidah Positif Covid-19. “Adik Risau Tahap Kesihatan Kakak, Sebab Belum DiVaksin.”
Jahidah Sudah Lama Bertahan
Fauziah yang menjaga anak kakaknya, J Eshan Nufail melahirkan rasa sebak dan risau memikirkan keadaan Jahidah memandangkan wanita itu tidak boleh meluahkan kesakitannya akibat berada dalam keadaan koma.
“Ya Allah, memang saya tak nak lagi seksa kakak tapi bila fikir Nufail, sebak rasa. Tak henti mengalir air mata.
“Saya selalu fikir positif sebab mahu sedapkan hati yang kakak akan sembuh. Tapi bila fikirkan keadaan dia, sampai bila dia macam itu, hidup hanya di katil, otak rosak kekal, mungkin kalau saya di tempat kak Jahidah pun saya akan minta redakan untuk pergi. Apa yang harus aku buat ya Allah,” luahnya.
Di Sini: “Masih Tidak Boleh Bergerak, Bercakap.” Setiap Kali Menyentuh Anak, Pasti Air Mata Mengalir
Doa Netizen:
Mingguan Wanita : Semoga keajaiban berlaku buat Jahidah. Amin.

Sumber : Tik Tok ziahzara15, Facebook Fauziah Nordin & myMetro
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dalam Belukar Ini Ada Masjid Yang Dah Mati, Kita Akan Bermalam Di Situ

Isi Kandungan
ToggleIni kisah benar yang dilalui, pemuda bernama Iffat Salleh ketika usia mudanya. Dikisahkan semula tentang sekumpulan jemaah tabligh.
Biarpun terpaksa bermalam di sebuah masjid yang dah mati di dalam belukar, hal itu tak menghalang mereka dekat ke jalan Allah.
Permintaan Ustaz Syam, Buat Jemaah Makin Pelik
“Pagi esok kita gerak awal, lepas subuh terus pergi ke masjid lain,” kata Ustaz Syam kepada jemaah.
Selalunya jemaah tabligh akan gerak sebelum zohor. Tetapi kali ni Ustaz Syam nak gerak awal. Jemaah lain pun pelik.
“Bakponya?” tanya Cikgu Karim, salah seorang jemaah.
Jemaah ni datang dari seluruh pelosok negara. Ada dari Kelantan, ada dari Pahang, ada dari Johor. Mereka datang dari pelbagai negeri, berkumpul bersama dalam satu jemaah untuk syiarkan islam.
Ustaz Syam ialah ketua jemaah. Dia hebat sangat hebat. Banyak ilmunya, setiap masanya banyak membaca buku dan kitab lama.
Selalunya jemaah tabligh akan gerak ke masjid lain dengan mengikut penduduk lokal sebagai tukang tunjuk jalan.
Tapi kali ini ustaz Syam berkeras nak ikut haluannya sendiri. Jemaah makin pelik.
Tiba-tiba Kereta Dibrek Mengejut
Keesokannya lepas subuh, semua jemaah bersiap dan bergerak. Aku? Aku masuk kereta, terus tertidur.
Perjalanan hampir sejam, akhirnya aku terjaga kerana kereta tiba-tiba brek mengejut dan membelok ke satu simpang yang sangat kecil.
5 buah kereta jemaah menyusuri jalan kecil tu selama beberapa minit. Sepanjang perjalanan, ada beberapa rumah penduduk kampung.
Ayah aku bertanya kepada cikgu Karim yang duduk di kerusi penumpang
“Mana kita nak pergi ni? Tak pernah lalu kawasan ni”
“Dok kawe tahu, kita ikut ja la,” balasnya ringkas.
Ada Masjid Yang Dah Mati Dalam Belukar
Akhirnya kami sampai ke destinasi.
Bila kami turun, tak nampak masjid.
“Ahhh, mungkin nak berhenti berbincang. Salah jalan kot,” getus hatiku.
Kemudian Ustaz Syam pun ke hadapan dan mencari sesuatu di dalam belukar tebal di hadapan kami.
Serius, apa yang aku nampak hanyalah belukar tebal. Sangat tebal, sangat tinggi. Memang hutan belukar.
Tiba-tiba Ustaz Syam bersuara
“Tuan-tuan, kita dah sampai. Dalam belukar ni ada masjid yang dah mati. Kita akan bermalam di sini.”
Aku terkejut. Aku sekali lagi memandang ke arah belukar, kali ni aku lebih teliti dan benar bagai dikata, ada kubah masjid di dalam hutan tu.
Semua jemaah lain pun mula tukar baju, keluarkan apa sahaja alatan yang sesuai untuk membersihkan masjid.
Kemudian semuanya mula meredah belukar untuk sampai ke masjid.
Bila sampai di hadapan masjid, sangat menyeramkan. Masjid dah ditinggalkan terlalu lama, penuh dengan akar menjalar.
Nak buka pintu dan tingkap pun susah. Bila dah berjaya buka, aku memang terkejut dengan keadaan di dalam masjid.
Masih tersergam indah, tidak banyak kerosakan di bahagian dalam. Bekalan air dan letrik semuanya masih bagus.
“Allah menjaga masjid ni,” fikirku.
Ini Janji Orang Kampung
Semua jemaah bergotong royong bersihkan masjid dan mula menunaikan solat zohor di dalam masjid tu.
Pada waktu maghrib dah mula ada orang kampung yang datang ke masjid. Selepas isyak, Ustaz Syam membawa orang kampung untuk berbual-bual di luar masjid.
“Tuan-tuan, boleh ka berjanji dengan saya untuk jaga masjid ni? Buat la jawatankuasa untuk masjid ni.”
Penduduk kampung mengangguk setuju.
Kemudian salah seorang bertanya kepada Ustaz Syam
“Macam mana ustaz tahu ada masjid kat sini? Masjid ni dah bertahun tak ada orang datang.”
“Saya bermimpi semalam, masjid ni menangis-nangis meminta saya dan jemaah datang ke sini,” balas Ustaz Syam ringkas.
Aku terkedu. Sampai dapat mimpi, fuhhh.
Tanggungjawab Jemaah Tabligh Itu Berat, Anda Mudahkan Mereka
Jemaah Tabligh ni membawa tanggungjawab berat. Mereka tidak dibayar oleh kerajaan, semuanya guna duit sendiri untuk survive.
Usaha mereka ialah untuk meneruskan kerja nabi, buat ziarah dan dakwah.
Jika dulu Nabi Muhammad saw dihina dan dikeji oleh penduduk jahil bukan islam, hari ini jemaah yang meneruskan kerja nabi dihina dan dikeji oleh orang islam sendiri.
Jangan begitu.
Jika anda tak dapat nak sertai jemaah tabligh ni, anda boleh la ikram mereka. Berikan khidmat kepada mereka, bantu mereka melalui cara lain.
Berikut ialah beberapa perkara yang anda boleh buat untuk ikram jemaah tabligh di kawasan anda :
1. Hantarkan bekalan bahan mentah kepada mereka seperti telur, beras, sayur. Kalau nak bagi seafood lagi bagus, gembirakan jemaah.
2. Bantu mereka dengan memberikan khidmat cucian kain. Baju mereka tak kotor, hanya perlu dibasuh untuk elak berbau. Gunalah sabun yang wangi untuk baju mereka. Khidmat ni banyak pahalanya.

3. Bantu mereka dengan menjadi penunjuk jalan selepas asar. Mereka akan pergi ziarah orang kampung, anda bawa mereka. Anda lebih tahu jalan di kawasan itu. Debu yang melekat di badan anda semasa aktiviti ziarah ni diharamkan dibakar oleh api neraka.
4. Join program taklim pada jam 9-11 pagi. Mendengar taklim boleh melembutkan hati.
5. Dengar bayan di masjid selepas maghrib & subuh. Bayan ni penyampaian kebesaran Allah. Bukan ceramah agama, ianya untuk keluarkan kebesaran manusia dalam hati, dan masukkan kebesaran Allah ke dalam hati.
6. kalau tak boleh buat semua di atas, berikan masa anda selepas zohor untuk berbual-bual hal agama.
7. Jika nampak jemaah tabligh sedang ziarah, tegurlah dengan baik. Mereka ziarah bukan nak ajak jadi alim, mereka cuma bertanya khabar sahaja.
** Mereka tak minta semua ni dari anda, tetapi ini ialah cara untuk anda ikram & berikan khidmat.
Jemaah Tabligh Ni Bukan Golongan Biasa-biasa
Aku pernah kenal ahli jemaah yang sangat kaya, jutawan bisnes, jutawan hartanah, jusa C dan sebagainya.
Semuanya berjaya.
Tetapi mereka memilih gaya kerja nabi untuk diteruskan.
Sumber/Foto : Iffat Salleh, follow akaun ni ye
Saja tulis kisah ni sempena minggu Israj Mikraj yang lalu, islamik sket.
Ps: Buatkan orang lain juga tahu apa yang mereka perlu buat jika berjumpa dengan jemaah tabligh ni.
At least jika anda tak dapat nak berikan khidmat anda, buatkan supaya orang lain dapat berikan khidmat mereka.
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Assalamualaikum Arabella Mia” Seminggu Bersalin, Dr Amalina Perkenalkan Puteri Sulung

Isi Kandungan
Toggle“Assalamualaikum Arabella Mia” seminggu bersalin, Dr Amalina perkenalkan puteri sulung. Tahniah diucapkan pada Pakar Bedah, Dr. Nur Amalina Che Bakri yang selamat melahirkan puteri sulungnya, Arabella Mia pada minggu lalu.
Dr Amalina yang sedang berkhidmat dan menyambung pelajaran di United Kingdom (UK) telah berkongsi wajah anaknya di Instagram.
Untuk rekod, Dr. Amalina dan suami telah berkahwin pada 31 Mac 2021 di London, United Kingdom (UK) dan turut berkongsi pengumuman tentang dirinya berbadan dua pada 4 Jun tahun sama.
“Assalamualaikum Arabella Mia”
Menurut wanita yang berusia 35 tahun itu, dirinya dan suami, Alexander Charles menzahirkan rasa syukur dengan kehadiran cahaya mata mereka itu.
Jelasnyanya lagi, Arabella dilahirkan di Hospital St. Thomas.
“Kami menyayanginya dan menghargai setiap saat bersamanya.
“Kami teruja dengan apa akan berlaku di masa depan. Alhamdulillah,” kongsinya.
Pengikut Dr Amalina rata-rata teruja dengan perkembangan terbaru Dr Amalina dan menitipkan ucapan tahniah atas kelahiran cahaya mata sulungnya.
Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
“Alhamdulillah Tahniah Dr Amalina & Alex” Komen Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang mengucapkan tahniah buat Dr Amalina dan pasangan.
Baca Disini : Jangan Obses Ambil Jalan Mudah, Ini 3 Cara Yang Dr Amalina Amalkan Untuk Kekal Aktif & Sihat!
“Arang Tidak Memutihkan Gigi, Boleh Membuatkan Lapisan Gigi Nipis”, Dr Amalina

Mingguan Wanita : Tahniah Dr Amalina, comelnya Baby Arabella.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Dr Amalina Bakri
RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ
Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!
Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI