Kebelakangan ini pasti ramai yang mengalami masalah sukar untuk tidur yang sekaligus menyebabkan mengalami masalah tidur tak nyenyak.
Apa yang boleh kita buat untuk mendapatkan tidur nyenyak setiap malam?
Perkongsian Tip Tidur Berkualiti Oleh Dr Ahmad Samhan ini boleh dijadikan sebagai panduan.
Tidur berkualiti adalah tidur yang nyenyak tanpa gangguan selama 7 jam.
Hasil tidur yang berkualiti:
Membolehkan anda segar keesokan hari, mampu berfikir dengan lebih rasional, fokus dan berfungsi dengan baik
Artikel Berkaitan:
Perempuan Yang Tak Boleh Lelap Mata, Kerap Bangun Waktu Tidur Mungkin Alami Insomnia
Kalau Badan Letih Susah Nak Tidur Malam Apa Kata Mak-Mak Minum Teh Chamomile
Tip yang boleh membantu untuk mereka yang sukar untuk tidur malam (insomnia) atau berasa tidak cukup tidur sewaktu bangun pagi.
Mandi dengan air suam (bersuhu 40 darjah Celcius). Sejam atau dua jam sebelum tidur. Air suam itu akan membantu membetulkan ritma sirkadian atau kitaran tidur (sleep cycle).
Meningkatkan pengaliran darah ke hujung anggota badan dan seterusnya menyejukkan suhu badan.
Hasilnya:
Meningkatkan kualiti tidur
Lebih mudah untuk tertidur
Lebih selesa dan bau wangi
Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di https://t.me/drsamhan saya banyak kongsikan tips menarik di sini
Sumber: Dr Ahmad Samhan