“Tak Boleh Keluar, Jumpa Sesiapa’ Tun Mahathir Kuarantin Di Rumah Akibat CONTACT Covid-19

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kuarantin diri secara sukarela di rumah selama 14 hari. Keputusan itu dibuat, selepas Dr Mahathir mempunyai kontak rapat dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang disahkan positif Covid-19.

Keputusan kuarantin secara sukarela ini dibuat selepas dipercayai ada bergambar dengan Dr Kelvin yang ketika ini dikuarantin di Hospital Umum Sarawak (SGH).

Pada 17 Mac lalu, Dr Kelvin memaklumkan dirinya positif Covid-19 menerusi facebooknya. Yang mana, beliau juga mempunyai kontak rapat dengan Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong Ling Biu yang positif Covid-19 pada 2 Mac.

Berkuarantin sendiri secara sukarela di rumah, Dr Mahathir berkongsi pengalamannya menerusi wawancara dengan sebuah program berita stesen televisyen swasta.

Alhamdulillah, Tak Begitu Berat Bagi Saya – Tun Dr Mahathir

Akuinya, langkah mengasingkan diri atau kuarantin ini amat penting bagi menangani penyebaran virus Covis-19.

IKLAN

Saya patuh (kuarantin) kerana amat penting dalam menangani masalah ini, kita berdisiplin. Kita sanggup menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.”

Kita berbuat demikian, kuranglah kemungkinan penyakit ini merebak kepada orang lain.”

Sekarang saya di rumah, tak boleh keluar, tak boleh jumpa sesiapa pun. Tak boleh bersalam dengan orang, macam-macamlah.” katanya.

IKLAN

Tapi, Alhamdulillah tidak begitu berat bagi saya.”

Pesannya lagi, saranan kuarantin diri selama 14 hari ini adalah demi kebaikan semua orang. Bermakna apabila disarankan kuarantin bermakna duduk saja di rumah.

Bukan balik kampung. Tapi tinggal di tempat di mana sekarang kita tinggal. Kalau balik kampung, seolah-olah bercuti, bermakna kita bawa penyakit ke kampung.”

IKLAN

Tindakan bersalaman juga menyebabkan virus tersebar dengan lebih cepat. Sebab itulah, larangan keluar rumah itu perlu dan mengasingkan diri dari orang lain.

MW : Jika Tun Dr Mahathir yang berusia 95 tahun ini pun secara sukarela kuarantinkan diri di rumah, anda yang masih sihat sepatutnya diam-diam duduk rumah, keluar apabila terlalu perlu.

Baca sini : Lantaklah orang lain sakit, yang penting aku boleh solat di masjid.

Sumber/Foto : Astroawani, Mstar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI