Tak Bertuhankan Duit, Doktor Mustapha Pilih Tidur Di Surau. Ada Rumah Tapi Beri Pelajar U Duduk Percuma

Share

Tak bertuhankan duit, dr mustapha pilih tidur di surau. Ada rumah tapi beri pelajar U duduk percuma. Hari ini kalau kita berceritang tentang harta dunia ramai yang berkata, cukuplah ada rumah untuk berteduh. Kereta yang ada dibuat berjalan dan simpanan untuk anak-anak dan hari tua. Tapi ada juga yang membolotnya sebanyak mungkin tanpa mengira hasil itu haram dan subahah dan mengenetepikan cara dicari secara ikhlas dan jujur.

Ramai memandang harta kekayaan mampu membuat kita senang di dunia tetapi lupa Allah akan bertanya setiap sesen wang itu datangnya dari mana

Tapi percayakah kita ada insan yang “membuang dunianya” dan tak bertuhankan duit walau dirinya jauh lebih mampu. Satu perkongsian di Tik Tok atas namanya @mazhir_shahroz-muhasip semalam mengenai kehidupan zuhud seorang pakar pengkajian bintang, Dr Mustapha Nasir pasti membangkitkan inspirasi kepada kita jika memandangnya dengan mata hati.

@mazhair_shahroz_muhasipKisah benar si “Doktor Miskin”.♬ Instrumen Piano Sedih (Patah Hat) – Yuda pratama

 Bahkan sebaik membaca kisah dikongsikan ini, admin terus google untuk mengetahui kisah doktor ini dengan lebih lagi tetapi malangnya tiada carian mengenainya. Ini kerana dirinya memilih hidup sederhana walau miliki harta yang sangat banyak pada zamannya.

Menurutnya  yang juga kenalan mengenali doktor ini, Dr Mustapha Nasir yang juga seorang pakar kaji bintang dan mempunyai pendapatan melebihi 5 angka pada zamannya (mungkin sekitar tahun 80-an berdasarkan gambar dari Ehsan RTM). Pendapatan diperoleh dari pihak yang menyewa servernya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : “Tiada Penduduk Kelaparan…” BERSEDEKAH, Cara Pemerintah Dubai Sediakan Vending Machine Roti Percuma, Boleh Contohi!

Pernah Rasa Hidup Susah, Sebaik Berjaya Wanita Ini Tak Dikaburi Kemewahan

Namun dirinya memilih duduk di surau bersama anak-anak muda belasan tahun. Yang melepak bersamanya adalah anak muda hidup terbiar termasuk pelajar digantung sekolah. Apa diajarkan oleh Dr Mustapha kepada mereka ialah cara memandikan jenazah.

“Setiap kali makan di restoran, siapa yang duduk dengannya akan dibelanjakan semua. Dan hal ini bukan diceritakan oleh saya seorang tapi pada semua yang mengetahui sikap baik budinya.

“Walau tittlenya doktor, tetapi pakaiannya beza sedikit dengan orang miskin.Langsung tak menggambarkan kedoktoran dirinya.Tinggal pula hanya dalam bilik sewa atas shop lot. Dompetnya sebungkus plastik jernih bersama daun kirai dan sireh. Saya tahu dia mampu membelinya tapi dia pilih hidup biasa-biasa saja.

“Keretanya hanyalah sebiji Wira yang boleh dipinjam oleh sesiapa sahaja. Selepas kematiannya baru diketahui ramai bahawa dirinya ada mempunyai beberapa rumah dibelinya tapi diberi tinggal secara percuma kepada pelajar universiti di bandar.

Bahkan dapat dilihat pada ketika jenazahnya hendak disolatkan, lebih tiga trip kerana ramai berebut mahu menyolatkanya.

Dalam pada itu, Mazhair berkata pernah sekali dia bertemu Dr Mustapha yang mengambil mayat pada kenalannya dan orang itu bukan islam tapi dia melakukannya dengan secara sukarela dan tanpa upah pun.

“Dirinya juga kaya, ada pendapatan berpuluh ribu setiap bulan dari sewaan server tak termasuk dari ceramahnya, ada asset ratusan ribu dalam hartanah, belanjanya pula sebulan sangat minima tapi pilih hidup macam orang miskin. Tidak pandai menunjuk-nunjuk. Tinggal pula di surau, katanya senang nak beribadah. Senang mahu kumpulan Jemaah waktu solat dan siap sediakan semuanya untuk anak muda secara percuma.

Moga kisahnya menjadi inspirasi buat kita untuk terus melakukan kebaikan walau sedikit.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

 

Published by
almaswa Haji Che Ros