Hari ini memasuki hari kedua, seluruh rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Macam-macam cerita terjadi di sebalik perintah duduk rumah ini selama 14 hari ini.
Kedua isteri ini juga terkesan, kerana madu wanita ini, Hannan Alias merupakan seorang doktor yang bertugas menjaga ibu-ibu hamil di hospital. Dalam keadaan pandemik Covid-19 ini tugasannya lebih mencabar.
Sehinggakan ada ketikanya tak pulang ke rumah. Apabila taska ditutup, madunya juga terkesan. Malah, sebahagian besar kakitangan hospital juga terkesan. Dan inilah yang dilakukan oleh madu doktor ini apabila arahan Perintah Kawalan Pergerakan di keluarkan.
“Awak..taska pun ditutup juga la kan?” Tanya cik puan madu selepas mendengar perutusan khas semalam.
“Haah. Semua la. Tutup. Kenapa?”
“Tak, kesian la kat staff kesihatan. Lebih-lebih lagi frontliners. Mana depa nak campak anak-anak depa tu? Misi-misi saya pun dah bising di group. Tak tau nak letak mana anak diorang. Kalau salah seorang je kerja hospital tak pe. Bagaimana kalau yang dua-dua staf hospital?” Dia mula meluahkan rasanya.
“Erm.. tu la kan. Tak pe..”
Tetiba dia memandang saya. Matanya dibesarkan. Mukanya terkejut.
“Awak jangan nak tak pe sangat. Tak yah nak buat baik sangat gi ofer kat diorang untuk diorang hantar anak diorang kat awak pula. Nanti saya tak de siapa nak bagi sokongan emosi. 2 minggu tu bukan sekejap.”
Pap! Tepuk dahi!
“Jauhnya awak fikir. Saya dok dang nak fikir pun ke situ..adoi. Laju je kan saraf otak awak ni berhubung.”
“Awak tu bukan boleh kira sangat. You unexpected person ok. Elok nak gi KL tetiba dah sampai Mekah!”
Kahkahkahkahkah! Hahahahhahahahahahahaha!!!!
Itu lah dia. Madu saya. Isteri kedua suami saya. Salah seorang kakitangan kesihatan. Antara yang berada di barisan hadapan. Walaupun bukan dibahagian saringan, namun di bahunya terpikul beban untuk memastikan ibu-ibu mengandung berada dalam keadaan selamat dan bebas dari wabak yang sedang tular sekarang.
“Hari ini tak tahu la saya balik rumah ke tak. Tapi saya dah bawa baju standby. Hari ini pesan kat kawan-kawan awak, kalau sakit sikit-sikit tu tak yah datang hospital. Sebab hari ni,ada rombongan dari dua buah kawasan akan datang buat saringan. Malam tadi dah ada kes positif di sini.”
“Ok. Baiklah.”
“Awak pun, jangan duk aktif sangat ke sana kemari. Duk rumah je. Jaga suami saya. Pastikan dia pun tak ke mana-mana.” Titipnya lagi.
‘Nasib awak la.. dapat suami dan madu yang aktif. Selagi kaki kami boleh bergerak, awak boleh simpan dulu harapan untuk lihat kami stay di rumah tanpa buat apa-apa. Huhu’
Kata-kata ini sekadar dalam hati.. huhu
Apa pun, marilah sama-sama kita doakan agar apa yang berlaku ini kembali pulih seperti sedia kala.
Kita tak mampu ubah keadaan sekarang, tapi kita boleh ubah diri kita agar kurangkan risiko jangkitan. Dengan cara tetap berada ditempat yang sepatutnya. Iaitu rumah kita.
Jelas??
Klik butang share jika anda dapat sesuatu dari coretan ini.
MW : Dalam keadaan pandemik Covid-19 sebegini, belajarlah untuk berkorban. Dan paling penting, bagi anda semua ketika ini adalah berkorban untuk DUDUK SAJA DI RUMAH. Keluar cuma bila perlu.
Baca sini : Kerana Covid-19, ke tandas pun tiada masa, apa lagi makan dan rehat.
Sumber/Foto : Hannan Alias