Golongan wanita terutamanya isteri-isteri sebenarnya memang suka bercakap tetapi akan tiba suatu saat mereka jadi kurang bercakap dan lebih rela berdiam diri kerana penat dengan perangai suami.
Bayangkan selama ini isteri banyak menegur dan menasihat itu dan ini tetapi suami tetap berperangai sama. Jika setiap hari sepanjang perkahwinan selama 9, 10 tahun tentu menjadi satu tempoh yang memenatkan apatah lagi suami masih tidak berubah.
Oleh itu, berhati-hatilah, bimbang lama-lama jika tidak dibiarkan isteri tak bercakap dia mulai tawar hati dengan hubungan kalian.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini:
Penat terhadap perangai suami, penat terhadap apa yang selalu dia buat, penat dengan karenah anak-anak, penat dengan kerja-kerja rumah, penat dengan apa yang dia lalui hari demi hari…
Penat ini bukannya penat jenis yang kena rehat selepas itu hilang…
Tapi penat yang hendak ditolong… Penat yang mahukan perhatian… Penat yang hendak didengar luahan… Penat yang ada benda untuk diceritakan… Penat yang hendak belaian… Penat yang hendak bantuan…
Baca ini:
Cepat Marah Kesalahan Kecil Anak, Tanda Isteri Penat Mental Emosi
Isteri Diam, Merajuk, Marah BUKAN Bermakna Suami Perlu Jauhkan Diri
Tolong ubah perangai ke arah yang lebih baik, tolong ringankan bebanan dia, tolong uruskan anak-anak, tolong bantu buat kerja rumah…
Kita anggap dia moody, kita fikir dia terlalu mengikut perasaan… Tetapi sebenarnya, tidak bercakap itu tandanya isteri sudah kehabisan kata-kata yang bersesuaian dengan situasi dan keadaan yang dia alami itu… Sudah bercakap banyak kali benda yang sama, tapi tidak berhasil…
“Abang, tolong jangan asyik mengadap handphone… Abang, tolong ajarkan anak-anak kerja sekolah… Abang, tolong buang sampah… Abang, tolong solat…”
Itu yang kadang-kadang dia memilih untuk tidak bercakap, untuk berdiam diri supaya dia boleh kembali bersabar dan bertabah dengan apa yang dia alami…
Dia tengah pujuk diri sendiri…
Keesokan harinya, dia tetap continue dengan apa yang kebiasaannya dia buat walaupun sebenarnya dia “PENAT”…
Nota Kaki : Badan penat, boleh rehat… Tapi perasaan penat? Tidur seminggu tak bangun pun belum tentu boleh hilang “penat” itu…
Sumber: Firdaus Shakirin
MW: Sayangilah hubungan yang telah terbina, berubahlah demi kepentingan bersama. Sekurang-kurangnya berusaha menjadi seseorang yang lebih baik sudah mampu membuatkan pasangan rasa bahagia.