‘Tak Bayar Hutang, Belanja Berlebihan..’ Itulah Penyebab Hidup Berhutang Berpanjangan

Share

Mahu jadi orang yang kaya dalam hidup, antara syaratnya adalah hidup kenalah bebas daripada hidup berhutang. Lelaki ini, Ahmad Isa berkongsi tentang buku ‘The Richest Man in Babylon’ yang dibacanya.

Menerusi pembacaan itu, lelaki ini memberi 5 kesimpulan penting kepada isterinya yang bertanya. Berapa banyak perlu simpan duit, selesaikan hutang piutang dan kenapa perlu beri duit pada isteri.

Jadi Kaya Walau Gaji Kecil, Hutang Keliling Pinggang

Abang tengah baca buku apa tu?” tanya Adilah bila nampak aku khusyuk membaca.
The richest man in babylon” Jawab aku pendek.

Cerita pasal apa tu?” tanya Adilah lagi.

Kisah orang kaya kat Babylon lah, hahaha” aku cuba bercanda.

Ooo..” Adilah melopongkan mulutnya sambil matanya berkerut. Adilah masih tak dapat jawapan yang sebenar.

Buku ni sangat sesuai untuk orang yang ada masalah duit” kata aku.

Kenapa pulak?” tanya Adilah.

Sebab dia ajar macam mana nak jadi kaya walaupun gaji kecil & hutang keliling pinggang

” kata aku lagi.

Wowowowowow!! Best tu! Cerita lah abang macam mana tu?” Mata Adilah bersinar-sinar menunggu suaminya bercerita.

Banyak juga yang diceritakan, memang kena baca sendiri, baru faham, hahaha” kata aku.

Alaa, abang simpulkan je lah…” pujuk Adilah.

Ok,ok

5 Perkara Ini Urus Gaji Dengan Betul

“Ada 5 Poin Penting yang abang dapat dalam buku ni..”

Pertama, buku ni ajar setiap kali kita dapat duit/gaji walaupun kecil, 1/10 simpan untuk diri kita

“Ramai yang bila dapat gaji, duit hasil titik peluh diri dia, dia bagi pada orang lain kecuali diri sendiri. Dia bagi pada penjual makanan, dia bagi pada penjual baju & sebagainya..”

“Dia lupa nak bagi pada diri sendiri. 1/10 dari gaji kalau disimpan, duit tu akan berganda dan kerja untuk kita.. Nanti abang cerita macam mana di akhir topik”

Yang kedua, kurangkan belanja, naikkan pendapatan, naikkan saving.”

“Nak saving sampai bila bang?” Tanya Adilah.

“Mentor abang cakap, sampai saving cecah RM100,000, sebab nak disiplinkan diri sebelum duit tu bekerja untuk kita”

“Cuba tengok bulan lepas, apa perkara yang kita belanja & tak perlu pun sebenarnya? Masukkan budget tu dalam saving”

“Ooo..” jawab Adilah pendek.

Peluang Cuma Datang Sekali..

Yang ketiga, orang yang bernasib baik adalah orang yang bertindak disaat yang tepat. Peluang hanya datang sekali, biasanya peluang akan disambut cepat oleh mereka yang bersedia (saving).”

“Ramai yang terlepas peluang yang menguntungkan sebab tiada persediaan berbentuk duit”

Yang keempat, kekayaan tak semestinya dari gaji yang besar

“Maksudnya?” Tanya Adilah penuh minat.

“Ada orang gaji besar, ada orang gaji kecil, tapi mereka tetap ada masalah yang sama, duit tak pernah cukup, betul?” tanya aku.

“Betul” Jawab Adilah pendek.

“Masalah sebenar adalah disiplin untuk saving 1/10. Gaji besar macam mana pun, kalau takda saving, melingkup juga!”

Last sekali, yang kelima, jadikan duit sebagai hamba yang bekerja untuk kita 24 jam (pasif)

“Maksudnya?” Tanya Adilah.

“Invest”

“Sebelum invest, kena belajar betul-betul tempat yang kita nak invest, cari mentor yang betul untuk guide kita supaya tak rugi duit & masa”

“Duit ni hamba yang bagus, tak pernah merungut, tak pernah rehat, tak pernah minta cuti, takde emosi down, kerja 24 jam untuk kita..fuhh, best kan?” Tanya aku pada Adilah.

“Best! Patutlah orang kaya beli ‘pasif income’ orang belum kaya beli iphone dengan aktif income..” Adilah dah mula faham.

Baca sini : Selesaikan hutang RM20k, dalam tempoh dua bulan, 3 tip ini betul-betul membantu

Disiplinkan Diri Agar Hidup Berhutang Tak Berpanjangan

“Kalau 1/10 untuk saving, 9/10 lagi buat apa?” tanya Adilah.

“2/10 bayar hutang, 7/10 bagi isteri..” aku menelan air liur.

“7/10 bagi isteri tu best!!!” Adilah excited. haha

“Hahaha, maksudnya 7/10 tu expenses untuk teruskan hidup seperti barang dapur, insuran, bil elektrik semua bagai tu, bukan buat belanja semuaaaa, haha” aku jelaskan supaya Adilah lebih faham.

“Ohhh, ingat buat belanja, heaven betul tu! haha, habistu duit belanja suami takde ke?” Tanya Adilah.

“Hmm, kena tanya isterilah, dari 7/10 tu, berapa portion untuk suami belanja, sebab isteri lebih tahu berapa banyak perbelanjaan rumah diperlukan sebelum berbelanja” menggigil aku cerita ni kat Adilah haha.

Ingat, 2/10 untuk bayar hutang tu penting sangat. Ramai orang tak bayar hutang & berbelanja berlebihan menyebabkan hidupnya dalam hutang berpanjangan. Disiplinkan diri untuk bayar hutang walaupun RM1 sebulan, orang yang beri hutang pun tak marah selagi kita ada effort” kata aku lagi.

“Faham bang, terima kasih” kata Adilah sambil tersenyum puas.

#JiwaKembara
#HidupLuarBiasa

Mingguan Wanita : Sememangnya kita tak dapat lari dari hidup berhutang, tapi macam mana kita urus hutang itulah paling penting sekali.

Sumber/Foto : Ahmad Isa

 

Published by
Netty Ah Hiyer