Isi Kandungan
ToggleTak Balik Rumah 2 Hari, Isteri Ketiga Rosakkan Cermin Kereta & Motor Suami! Menjalani kehidupan berpoligami, suami haruslah berlaku adil pada semua isteri-isteri demi keharmonian rumahtangga. Ia bagi mengelakkan sikap tidak puas hati diantara isteri-isteri terutamanya giliran balik ke rumah.
Rosakkan Cermin Kereta & Motor
Seorang peniaga kedai emas yang juga isteri ketiga seorang peniaga mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan cermin kereta dan motosikal berkuasa tinggi milik suaminya pada Ahad lalu.
Pengakuan itu dibuat tertuduh, Siti Fazira Mohd Sofian, 28, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja melakukan khianat dengan mengetuk cermin hadapan dan belakang kereta jenis Mercedes-Benz dan merosakkan bahagian belakang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda Gold Wing menggunakan bakul mengisi buah.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 2.15 petang, di kediaman madunya yang merupakan isteri kedua suaminya, di Taman Gong Pauh, Chukai.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.
Tak Puas Hati Dengan Suami
Selain itu mahkamah turut menetapkan 15 Mac ini untuk fakta dan hukuman.
Media sebelum ini melaporkan gara-gara tidak berpuas hati setelah suaminya tidak pulang rumah selama dua hari, seorang wanita yang juga isteri ketiga, bertindak menceroboh masuk ke rumah madunya sebelum merosakkan motosikal serta kereta milik suaminya.
Mesti Baca:Adibah Pernah Buat Laporan Polis, Suami Tipu & Beri Alamat Palsu Di Terengganu Ketika Mahu Poligami
Baca Lagi Di Sini:“Nak Poligami Kekuatan Bukan Letak Di Poket Semata Tapi Terletak Pada Iman Di Dada”
Mingguan Wanita:Semoga dipermudahkan segala urusan. Bukan mudah untuk hidup berpoligami, suami memainkan peranan penting dalam bersikap adil pada semua isteri-isteri bagi menjamin rumahtangga harmoni.
Sumber: Astro Awani
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Sekuali Besar Sambal Tempoyak Daun Kayu, Ada Lebih Beri Ke Jiran
Isi Kandungan
ToggleAmalan berkongsi makanan dengan jiran sebelah ini tak ramai dah yang praktikkan. Mungkin disebabkan, masing-masing sibuk bekerja atau tak kenal jiran. Apa pun alasannya, cara Abdul Muiez Ruslee dan isteri menghidupkan semangat kejiranan melalui masakan sambal tempoyak daun kayu bagus untuk dicontohi.
Sebenarnya bukan semata sambal tempoyak daun kayu, dengan apa jenis masakan lain pun boleh. Memandangkan Abdul Muiez anak jati Negeri Sembilan, maka resepi Negeri Sembilan inilah yang dikongsikan dengan jiran.
Haa.. nak tahu macam mana nak buat sambal tempoyak daun kayu dalam jumlah yang banyak dan sedap, ini caranya.
“Kalau Pahang ada patin masak tempoyak, Perak ada sambal tempoyak, Negeri Sembilan pula ada sambal masak daun kayu. Semuanya berasaskan tempoyak.”
“Lain orang lain cara masaknya. Inilah cara kami. Pusinglah macam mana pun, matlamat utama ialah SEDAP.”
Resepi Sekuali Besar Sambal Tempoyak Daun Kayu
Perkara Yang Perlu Ada
1. Daun pucuk ubi
2. Daun kunyit
3. Kunyit hidup
4. Kunyit serbuk
5. Petai
6. Serai
7. Santan
Kalau ikutkan ada beberapa daun lagi yang perlu dimasukkan. Antaranya pucuk labu dan daun kadok. Tapi hari ini tak ada pula yang menjual daun-daun itu. Jadi, kita guna apa yang ada sajalah. Asalkan jangan daun ketum sudah.
Berapa banyak nak guna? Ikut pandailah. Bergantung kepada berapa banyak yang kalian nak buat. Macam kami, kalau tak cukup sekuali besar memang tak sah. Besar perut, besarlah kualinya. Ehhh. Macam pepatah baru pulak.
Oh ya. Hero kepada masakan ini ialah daun kunyit. Jadi daun kunyit perlu lebih sedikit. Cuma yang jangan lebih ialah jadi kunyit. Tak rela i.
Bahan Ini Pun Wajib Ada
Bapak segala hero dalam masakan ini ialah tempoyak. Kalau tempoyak kalian tinggal sesudu saja, tak payah. Kalian sudukan sajalah dalam mulut tu.
Tempoyak kena banyak tau. Berapa banyak? Pun terpulang kepada kalian. Rasa masam tempoyak tu yang buat sedap.
Tambahan yang perlu ada ialah cili api atau cili api yang panjang tu dan ikan bilis. Ada juga yang bubuh udang.
Ikan bilis dan udang ni penyedap saja. Tak ada pun tak apa. Macam kami ni masak sekuali besar, kalau bubuh udang nanti tak tahan lama pula.
Bersihkan segala mak nenek daun dan serai, kemudian ikat cantik-cantik. Sebab apa?
Ini Sebabnya Daun Kena Ikat Cantik-cantik
Nah. Kita akan racik semua daun ni halus-halus. Alah. Macam kalian buat bunga rampai tu. Cuma, jangan pula disembur minyak wangi dalam daun tu.
Inilah rupa kejadiannya.
1. Pucuk ubi
2. Daun kunyit
3. Serai
Hati-hati ya. Kalau terhiris jari, luka di hati siapa yang tahu. Ewahhh.
Blender tempoyak, kunyit hidup dan cili api.
Kemudian, dah siap blender, campakkan dalam kuali non stick. Gunakan api perlahan.
Kalau kuali yang biasa boleh? Dah lah biasa, bontotnya hitam pula tu.
Boleh. Asalkan bukan kuali masak-masak anak kalian. Mengamuk dia nanti.
Masukkan ikan bilis dan petai. Biarkan mereka berenang-renang ke tepian.
Bila sudah agak ok, masukkan santan. Ikutlah sama ada santak kotak atau santan parut. Asalkan santan.
Lepas itu, masukkan daun kunyit. Kalau tak cukup kuning, tambah sedikit serbuk kunyit.
Last sekali, masukkan pucuk ubi. Nampak? Sampai melimpah kau. Hambik.
Rahsia Sedapnya ‘Masa’ Inilah
Oklah. Bab ini kalian perlu pandai mainkan perasaan. Eh, pandai mainkan ramuan.
Kalau rasa macam kering, tambahkan tempoyak, santan, sedikit air dan kunyit. Main -main macam tulah.
Tapi jangan sampai berkuah ya. Jangan sampai kering juga. Agak-agaklah.
Kemudian mainkan garam dan gula. Kalau rasa kurang masam, tambahkan asam keping. Begitulah pusingannya sampai jadi sedap.
Nah. Akhirnya, beginilah rupanya.
Kuali ni besar tau. Masak mi 5 kilo pun steady. Punyalah banyak kami buat.
Sebenarnya buat banyak ni nak bagi jiran-jiran sebelah. Itu je.
Selamat memasak ya.
Yang Ini Boleh Makan Anak Beranak, Buat Lebih Beri Jiran
Sebab itulah guru muda dan isteri ini bergandingan mengerjakan masakan kebanggaan Negeri Sembilan ini. Buat sekali banyak kata mereka. Nanti boleh dikongsi rasa dengan jiran-jiran sebelah rumah mereka.
Baguskan cara suami isteri ini hidupkan semangat kejiranan di kawasan tempat tinggal mereka.
* Resepi sambal tempoyak daun kayu yang dikongsikan Abdul Muiez Ruslee ini boleh disimpan lama.
Sumber/Foto : Abdul Muiez Ruslee
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Orang Asli PERTAMA Cemerlang Di Universiti Terkemuka Dunia, Genggam Ijazah Kelas Pertama!
Isi Kandungan
ToggleBukan mudah untuk melakar kejayaan cemerlang, melainkan dengan kerja keras dan rajin berusaha. Orang asli di negara kita kini boleh tersenyum bangga dengan kejayaan suku kaum mereka, yang hebat dan cemerlang melakar kejayaan di universiti terkemuka dunia, sekaligus mengharumkan nama negara.
Menerusi Persatuan Mahasiswa Orang Asli Malaysia (PMOA), Susherrie Suki mencipta sejarah dari suku kaum Semai berjaya menamatkan pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dari Bartlett School of Planning di University College London (UCL), United Kingdom (UK) dalam bidang Perancangan Bandar & Hartanah (Bachelor of Science Urban Planning & Real Estate with First Class Honours).
Program Young Talent Programme (YTP)
Sherrie merupakan pelajar Orang Asli yang mendapat tajaan Biasiswa MARA di bawah Program Young Talent Programme (YTP) untuk melanjutkan Ijazah Sarjana Mudanya di mana sebelum ini juga mendapat keputusan SPM yang sangat cemerlang iaitu 10 A’s.
Sherrie juga merupakan Graduan Orang Asli yang pertama dari Semenanjung Malaysia yang dianugerahkan Ijazah Kelas Pertama dari University College London (UCL).
UCL merupakan sebuah universiti terkemuka di dunia di mana ranking atau kedudukan semasa Universiti ini adalah di tangga yang ke-8 dunia (QS World University Ranking 2023) & juga di tangga yg ke-4 bagi universiti di UK.
Orang Asli Suku Kaum Semai
Sherrie juga berasal dari negeri Perak di mana ibu dan bapanya merupakan Orang Asli suku kaum Semai yang berasal dari Kampung Orang Asli Chinggung, Behrang Ulu, Tanjung Malim, Perak & Kampung Orang Asli Ulu Geruntum, Gopeng, Perak.
Gadis cemerlang ini juga kini telah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajiannya bagi peringkat Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Rekabentuk Bandar & Perancangan Bandar (Urban Design & City Planning) di Universiti yang sama.
Fasih 4 Bahasa
Bukan itu sahaja, Sherrie juga fasih berbahasa Orang Asli Semai, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina-Mandarin dan Bahasa Melayu di mana dia merupakan seorang yang sangat aktif dalam pelbagai aktiviti di peringkat universiti dan di luar universiti.
Antaranya sebagai Ahli dalam Pertubuhan Diraja Perancangan Bandar (Royal Town Planning Institute – RTPI), Ketua Biro Publisiti di Bartlett Urban Planning Society, Ketua Biro Perhubungan & Korporat di UCL Malaysia Society, Ahli Persatuan Orang Asli Perak (POAP) dan Ahli Persatuan Mahasiswa Orang Asli Malaysia (PMOA).
Tahniah di atas kejayaan gadis muda ini yang merupakan anak orang asli pertama berjaya meraih keputusan cemerlang menggengam ijazah kelas pertama di universiti terkemuka dunia. Semoga menjadi inspirasi buat kita dan suku kaum orang asli yang lain juga dalam melakar kejayaan, sekaligus mengharumkan nama negara.
Mesti Baca: Mata Kanan Buta Gigih Guna Kanta Pembesar, Ibu 7 Anak Berjaya Habiskan Phd!
Baca Lagi Di Sini: 51 Tahun Menetap Di Terengganu, Wanita Perancis Gigih Siapkan Kajian PhD Kebudayaan Masyarakat!
Artikel Menarik: Sarat Hamil 8 Bulan, Ustazah Dr Oki Setiana Dewi Berjaya Raih PhD
Sumber: persatuanmahasiswaorangaslimys
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Beranak Berhimpit Tidur Dalam Kereta Beratapkan Langit, Ditipu Tuan Rumah
Isi Kandungan
Toggle7 Beranak Berhimpit Tidur Dalam Kereta Beratapkan Langit
Jelas Steven Sim, keluarga Hilmi berasal dari Kelantan dan kemudian berhijrah ke Pulau Pinang bersama lima anak kecilnya. Sudah dapat kerja di sebuah syarikat lori dan mampu membayar deposit rumah namun akhirnya ditipu memaksa mereka sekeluarga tinggal di dalam kereta sahaja. Manakala pekerjaan sebagai pemandu lori pula terpaksa dilepaskan kerana kereta yang menjadi “rumah” mereka agak uzur dan dibimbangi dari aspek keselamatan.
“Mereka 7 sekeluarga tinggal dalam kereta usangnya. Bumbung ada, cermin tingkap tak ada, malah cermin belakang pun dah pecah. Nak baiki tak mampu jadi tutup dengan plastik putih dililit pelekat.
“Oleh sebab hidup berkelana dalam kereta usang, Hilmi akhirnya terpaksa melepaskan kerja sebagai driver lori. Takkan nak biarkan isteri dan anak tinggal dalam kereta tak bercermin ketika dia bawa lori berjauhan.
Selepas saya dapat aduan tentang keadaan Hilmi sekeluarga, saya terus turun ke lokasi mereka berada,” katanya memaklumkan anak pasangan ini paling tua berusia 9 tahun dan bongsu dua tahun.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Ibu Baru Bersalin 4 Hari Terpaksa Tidur Dalam Kereta, Tiada Tempat Tinggal
Sebak Terima Bantuan
“Di rumah baru, saya rasa begitu gembira melihat anak-anak tersenyum riang. Sofa, katil, dapur, peti ais semua saya belikan. Beli yang simple simple je tapi tak sangka anak-anak begitu gembira bila nampak ada peta ais. Isteri Hilmi kata rumah lama mereka pun tak ada peti ais.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI