Tak balik raya. Tiap kali musim raya, isu inilah selalu dikeluarkan oleh pasangan. Nak beraya rumah orang tua dulu atau rumah mak mentua? Baik isteri atau suami, masing-masing tak nak mengaku kalah.
Biasa kalau isteri dah tnetulah nak beraya rumah mak ayah. Bagi suami pula, asalnya tak kisah pun, tapi atas sebab personal, mulalah menggunakan kuasa veto untuk ikut beraya di rumah orang tuanya.
Belum lagi tentang mak mentua minta semua anaknya balik beraya di rumah, kalau tak nak digelar anak derhaka. Nak tak nak, sebagai seorang anak kenalah ikut hinggakan sanggup ugut isteri pula untuk balik beraya bersama di rumah maknya.
Inilah yang paling menyedihkan bila ada suami sanggup ugut dengan menjatuhkan talak pasal isteri jika tidak balik beraya di rumahnya.
Walaupun boleh saja isteri taat tapi kesan dalamannya hanya Allah yang tahu. Sebagai suami pula, jangalah sampai begitu sekali lakukan pada isteri semata-maa nak isteri ikut perintahnya.
Ads
Perkongsian daripada Nur Aqidah Mawardi ini, turut menekankna tentang cara mak mentua supaya bertoleransi pada pasangan anaknya.
Hukum asal… WAJIB SEORANG ISTERI TAAT KEPADA PERINTAH SUAMI SELAGI TIDAK BERCANGGAH DENGAN SYARA’
Cuma…..
Janganlah sampai nak jatuh talak jika isteri membuat permohonan dan keizinan nak balik umah mak dia.
Wahai segelintir suami, anda berkahwin dengan anak orang. Bukan anak buluh betung. Anda sepatutnya kena mainkan peranan bercakap dengan ibu kalian tanpa membabitkan isteri.
Ads
Seperti contoh “mak, abang raya pertama baru balik kampung yer, sebab tahun ni abang teringin nak raya dengan mentua abang” ….
Bila cakap macam ni, mak anda akan lebih faham sebab sebagai ibu pasti nak anak dia bahagia.
Anak Raikan Pasangan
Wahai para ibu yang dah punya menantu. Ketahuilah anak kita dah berkahwin dengan anak orang lain. Jadilah ibu yang support untuk anak-anak meraikan pasangannya.
Andai satu hari, anak perempuan kita diperlakukan sedemikian rupa, apa perasaan kita????? Jika kita perlakukan menantu ”BURUK” , ingat!!!! Kita ade anak perempuan atau adik perempuan atau saudara perempuan. Allah Maha Adil .
Ads
Begitu juga suami, jangan tanya kenapa andai satu hari anak perempuan mu menjadi hamba abdi suaminya kita kamu perlakukan isteri mu lebih teruk dari hamba abdi
Jangan mudah-mudah labelkan anak kita anak derhaka, parah hidup anak tu nanti.
Bertoleransilah , berlapang dadalah, …. kita sama-sama azam, bila jadi menantu atau mentua atau apa sahaja peranan, kita usaha untuk jadi yang baik semampunya tapi jangan sampai “makan diri” … minta agar kita semua dipelihara oleh ALLAHU YA HAFIZ ….
Mingguan Wanita: Sebenarnya, tak akan timbul isu ini kalau masing-masing bertoleransi dan nak mudah buatlah tahun giliran. Senang. Tapi kalau jenis suami yang ‘ketegak’ ni susah juga.
Malangnya nasib bagi seorang pesakit lelaki tua yang berada di ICU apabila di layan kasar oleh jururawat yang bertugas.Sebuah hospital kerajaan di utara wilayah Phitsanulok mengeluarkan permohonan maaf awam malam tadi selepas video menunjukkan salah laku seorang jururawat ketika merawat pesakit warga tua di unit rawatan rapi dengan kasar.
Hospital Buddhachinaraj Phitsanulok mengadakan sidang akhbar berhubung klip video tersebut sekitar 8 malam selepas dikritik hebat kerana kakitangannya yang melayan pesakit dengan kasar.
Permohonan Maaf
Timbalan pengarah hospital, Dr Visith Sathienwantanee mengeluarkan permohonan maaf terbuka kepada pesakit lelaki berusia 90 tahun yang sedang dirawat di hospital kerana menghidap emfisema.
“Buat masa ini, apa yang ingin kami sampaikan kepada orang ramai ialah kami tidak mengabaikan kejadian itu, dan kami ingin memohon maaf. Kami akan menyiasat apa sebenarnya berlaku dan akan mencari langkah yang sesuai untuk mengatasinya,” katanya.
Video tersebut telah dilihat lebih dari 8 juta kali sejak ia disiarkan semalam.
Campak Bantal & Tarik Rambut
Ia menunjukkan seorang jururawat yang tidak dikenali dengan kasar mengendalikan seorang pesakit yang dalam keadaan lemah dan sedang terbaring di katil hospital.Dia melemparkan bantal kepada lelaki tua itu sebelum dengan kasar menarik katilnya dan menarik rambutnya untuk meletakkan bantal di belakang kepalanya.
Wanita yang menyaksikan insiden itu semasa dia berada di hospital, Pawarana Ketpan menyiarkan rakaman tersebut di halaman Facebooknya, menggesa orang ramai melihatnya.
“Adakah ini etika seorang jururawat yang dituntut oleh mereka? Atau hanya dia seorang?” tulis Ketpan.
“Bapa saya pernah sakit teruk, tapi ibu saya sentiasa bersamanya di hospital. Tapi jika ibu tidak bersamanya, adakah dia juga akan diperlakukan seperti ini?.
“Adakah dia betul-betul pasti tak ada siapa yang akan melihatnya?”
Tubuh Lembaga Disiplin
Pihak hospital belum lagi menentukan tindakan yang akan mereka ambil dengan alasan mereka ingin menyelidik perkara itu lebih lanjut untuk menentukan tindakan yang paling sesuai.Visith berkata lembaga disiplin mungkin perlu ditubuhkan.
Sementara itu, jururawat terbabit yang namanya tidak didedahkan telah dipindahkan untuk melaksanakan tugas lain yang tidak memerlukan interaksi dengan pesakit.
Sebagai tindak balas kepada permintaan maaf hospital, sesetengah netizen menuntut jururawat berkenaan dipecat.
Mingguan Wanita mengharapkan kejadian sebegini tidak berlaku di Malaysia. Jururawat adalah tugas yang mulia, bertanggungjawab sepenuhnnya menjaga pesakit dengan penuh kesabaran. Jika tidak mampu mempunyai kesabaran yang tinggi, tukarlah kerja lain yang lebih sesuai.
Soal rezeki, perlu yakin dan serahkan kepada Allah. Kerja biasa, tidak berjawatan besar bukanlah penentu hidup susah. Paling penting kita tidak berputus asa berusaha mencari rezeki. Yakin sahaja dengan Allah kerana dia Pemberi Rezeki.
Tidak salah kerja biasa-biasa, asalkan sentiasa ada niat untuk mencari rezeki yang halal. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami sebaiknya.
“Kau nak bagi anak aku makan apa nanti… Kau sendiri pun cukup-cukup makan”
“Nurul, baik kau cari orang lain yang kerja elok skit dari budak ini, nanti senang dan mewah hidup kau… Susah hidup kau kalau kau nak juga pilih dia ni…”
Sebenarnya Rezeki Siapa Yang Bagi
Sekarang ini sebenarnya, rezeki ini siapa yang bagi? Allah SWT ke, manusia? Kalau kita nampak rezeki ini daripada manusia, maka kita sudah syirik kepada Allah SWT…
Sakit daripada Allah, sihat daripada Allah, miskin daripada Allah. Kaya daripada Allah, susah pun daripada Allah. Senang daripada Allah, derita daripada Allah dan bahagia juga daripada Allah…
Kalau Allah nak bagi sakit, sakit… Kalau Allah nak bagi sihat, sihat… Kalau Allah nak bagi miskin, miskin… Kalau Allah nak bagi kaya, kaya…
Kalau kita letak perkara ini daripada manusia, maka kita sudah pun syirik tanpa sedar…
Kita tak yakin dengan Allah SWT… Bagi kita, jika kerjaya itu biasa-biasa, tak sehebat orang lain, maka hidup nanti akan susah… Hidup nanti akan merana… Sebab kita letak rezeki dia pada jawatan dan pendapatan dia…
Kerja apa pun, kelayakan apa pun, jawatan apa pun, selagi kita berusaha di jalan yang benar, maka selagi itu akan diberikan rezeki ke dalam kehidupan kita… Dan usaha itu pula, kalau boleh, jangan sampai lupa dan jauh dengan Pemberi Rezeki…
Jemput rezeki dengan doa, jemput rezeki dengan solat, jemput rezeki dengan amalan kebaikan…
Selagi Berusaha, Pasti Ada Rezeki
Baik kau despatch, operator kilang, driver lori, buruh kasar, rider makanan, penjual pasar malam, semua akan dapat nikmat dan rezeki dari Allah SWT. Selagi mana dia tidak putus asa berusaha…
Ingat, semua datang dari Allah SWT, bukan manusia…
MW: Jangan sandarkan rezeki pada pangkat dan harta, sebaliknya mak,ayah harus bergantung pada Allah SWT. Paling penting berusaha untuk cari rezeki atas kaki sendiri.
Ibu ini, Rabiatul Adawiyah Samad tiada pertalian darah dengan ‘bayi viral’ ini. Tetapi dia miliki sekeping hati yang tulus.
Sanggup meluangkan masa sejam bersama ‘bayi viral’ disamping anak-anaknya. Malah, menghabiskan masa sehingga sejam untuk bermain dengan anak kecil yang tetap terlihat comel di pandangan matanya.
Ketika itu, dia ke hospital untuk membuat pemeriksaan anaknya yang bernama Zayyan. Direzekikan berjumpa dengan ‘bayi viral’ yang comel ini.
Sebelumnya, kisah anak istimewa ini pernah tular di media sosial kerana memiliki bulu yang sangat lebat dan badannya.
Terjumpa Bayi Viral Yang Comel Ini
Kongsi Rabiatul, “Pergi hospital bawa Zayyan check-up. Terjumpa baby viral yang comel ini.
“Tuhan uji mak bapa nya kerana tuhan sayang, tuhan uji kerana tuhan tau mak bapak dia pasti ikhlas menerima kekurangan nya.
Semoga dia dah besar diberi kekuatan untuk menhadapi dunia mendatang. Faham-faham lah kan zaman sekarang ni MULUT ORANG .. Semoga mental fizikal dia kuat.
Walaupun dia diberi anugerah camni, dia tetap comel bagi saya.
Rata-rata yang membaca perkongsiannya itu memberikan kata-kata semangat dan positif kepada kedua ibu bapa bayi berkenaan ini.
Malah, ramai yang bersependapat dengan Rabiatul dengan menyatakan ‘bayi viral’ ini tetap comel di mata mereka.
Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan sesuatu ciptaanNya itu sebagai sia-sia. Tentunya kehadiran bayi anugerah ini bukan sekadar menguji kedua ibu bapa mereka. Malah, menguji hati anda semua yang sedang membaca dan menyaksikannya.
Mingguan Wanita :Sentiasa mendoakan kedua ibu bapa anak ini diberikan kemudahan dan sentiasa dimurahkan rezeki untuk membesarkan anak tercinta.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...