Ada mak ayah tak bagi anak tengok TV tapi hulur smartphone dekat mereka. Nampak macam simple tak ada apa-apa kan tindakan itu. Tapi bila tahu kesannya, mak ayah takkan semudah ABC menyerahkan handphone dekat anak. Sebabnya lebih banyak buruk dari baiknya. Terutama smartphone. Kalau mereka dah ‘ketagih’ lagilah parah.
Sebab itu pemberian gajet pada anak perlu dipantau. Bab gajet merosakkan anak-anak bersepah boleh ditemui infonya di Internet, tapi kenapa masih tak berkurang. Anak masih dok ralit pegang gajet. Tengok TV pun bukannya satu kesalahan, sebab ada cara yang betul nak bagi anak tengok TV tanpa kita rasa susah hati.
Sebab parenting style yang beliau kongsikan ini akan selamatkan anak-anak daripada terjebak ke arah jenayah siber. Ini yang memang mak ayah takut sangat-sangat!
Bila Anak Patut Diberikan Handphone
Saya pernah ditanya soalan sebegini. Anak-anak juga pernah tanya saya, “Ummi, bila kitaorang nak ada handphone. Kawan-kawan ramai yang dah ada handphone.”
Ummi diam sebentar.
Ads
“Boleh nak ada handphone. Tapi bukan sekarang. Ummi dulu, dah masuk UIA Gombak baru lah ada telefon. You are not ready.”
Sememangnya, bila anak minta begitu memang kasihan. Bagi pengetua dan juga ibu kepada 4 orang anak, prinsipnya mesti TEGAS. Tiada keperluan lagi untuk anak-anak punya telefon sendiri. Mungkin anak akan cakap, senang nak telefon Ummi nanti kalau ada apa-apa.
Setakat kalau ada apa-apa, rasanya masih boleh dikawal. Samada beritahu cikgu sekolah atau Ummi yang akan cari kamu di sekolah. Anak-anak pun tidak pernah lagi keluar tanpa Ummi Abi. Jika pergi rombongan sekolah, cukup dengan hubungi cikgu sahaja.
Cegah Sebelum Terjebak
Baik cegah sebelum terjebak. Tak apa tak ada handphone. Struggle. Biar susah. Kalau mahu telefon kawan, telefon rumah ada, guna telefon Ummi Abi pun tak apa. Tiada halangan.
Persoalan “Tak kongkong anakkah?” tentu akan terbit di hati mak ayah. Lagi-lagi bila anak sudah meningkat remaja dan mula berkawan-kawan. Mak ayah kasihan kan anak. Ini pula kata beliau.
Ads
“Saya sudah banyak menyaksikan betapa ramai anak-anak yang sudah terjebak dan terperangkap dengan handphone. Mula-mula minta handphone. Kemudian minta smartphone. Minta pula dimasukkan data plan.
Mula kenal dunia tanpa sempadan. Lepak-lepak dengan kawan, buat temujanji sana sini. Layar internet. Main games. Kenal orang lain melalui facebook.
Tengok video ntah apa-apa melalui youtube. Semuanya di belakang kita.
Menyendiri, duduk dalam bilik atau di satu sudut. Senyap-senyap buat hal sendiri.
Oh…belum tiba masanya untuk anak-anak saya. InshaAllah akan tiba masa yang sesuai. Tapi bukan sekarang. Cukuplah dengan pelbagai cabaran yang ada kini. Minimakan kesusahan. Tak semua benda kita boleh beri walau kita mampu.
Ads
Style Kami: Layari Tengok TV, Baca Facebook Sama-sama Anak
Kami layari internet bersama, pergi outing bersama, tonton TV bersama, baca FB and we talk about it, boleh buka laptop & wifi. Semuanya bersama kami.
Ada orang yang tak bagi tengok TV sebab katanya TV banyak rancangan entah apa-apa tapi bagi smartphone ke anak. No activities with them. And without supervision they have their very ‘smart’ phone, so what is the different?
The keywords is ‘together’. Bukan tak bagi langsung tapi kami lakukan bersama.
Biar Ummi ‘ikat’ kamu dulu. Tarbiyah sentap cukup-cukup. Masukkan elemen kekeluargaan, buat aktiviti bersama. Tiba masa, Ummi lepaskan kamu. Masa itu kamu sudah cukup matang untuk memilih jalan mana yang terbaik buat kamu.
Lain sekolah lain pelajarannya. Saya sekadar kongsi pengalaman. Tak setuju tak apa. Masing-masing ada parenting style yang tersendiri.
Sumber/Foto : Facebook Ashikin Hashim
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Orang hina mandul, saya tetap sabar.” Syukur disahkan hamil, jadi hadiah anniversary terbesar setelah dua tahun mendirikan rumah tangga.
Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti saja menantikan kehadiran cahaya mata. Tidak semua pasangan yang dikurniakan rezeki menimang cahaya mata dengan cepat.
Ada yang baru berkahwin, terus bunting pelamin. Namun ada juga pasangan yang terpaksa menanti bertahun-tahun barulah dikurniakan cahaya mata. Ini semua ujian dari Allah, sebagai hamba-Nya, kita hanya mampu berserah.
Jadi Hadiah Anniversary Terbesar
Instafamous Bella, yang merupakan isteri kepada Youtuber terkenal Aliff Irfan antara mereka yang diuji dalam penantian cahaya mata.
Ikuti perkongsian Bella di akaun instagramnya,
Happy anniversary yang kedua suami ku ( 14 February ) . Alhamdulillah pejam celik sudah dua tahun and hadiah terbesar untuk tahun ini & anniversary kita adalah baby yang ada dalam perut I.
Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT, dijauhkan dari fitnah, dijauhkan orang ketiga, sentiasa ke jalan Allah SWT, Amin.
I akan sentiasa ada di sebelah you untuk support, terima kasih sudah menjadi seorang suami yang sabar, baik, setia dan jujur. Itu paling penting dan I harap , you akan menjadi seorang “ daddy “ yang bertanggungjawab dan terbaik untuk anak kita.
Semoga Allah lindungi hubungan kita , love u hubby, forever.
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas rezeki yang diberikan.
Penantian tepat dua tahun , akhirnya Allah tiupkan malaikat kecil dalam perut ku .
Dengan berbagai dugaan , hinaan dan kecaman yang dapat selama dua tahun ini. Ada yang cakap saya mandul. Ada yang cakap kami tak bernasib baik . Allahuakbar!
Orang Hina Mandul
Tapi saya tetap sabar dan senyum walau dihina banyak kali. Sebab saya percaya rancangan Allah SWT. Allah Maha Besar , Maha Mendengar Lagi Maha Mengasihani.
Terima kasih lagi sekali untuk family saya, family mertua saya yang tak putus doakan rezeki zuriat untuk saya dan suami.
Saya Tetap Sabar
Cuma nasihat Bella untuk semua orang dekat luar sana. STOP untuk hina orang lain, lagi-lagi korang tak tahu perjuangan mereka yang nak dapatkan anak. Nampak mereka senyum, tapi dalam hati sumpah mereka sedih dan down. Kalau boleh mulut jaga tau. Tak baik mempertikaikan rezeki dari Allah SWT. Allahuakhbar!
Untuk anakku , mommy dan daddy akan jaga awak baik-baik. Insyallah. Semoga Allah SWT lindungi kandungan ini dan semoga membesar dengan sihat walafiat. Amin Ya Allah.
Mingguan Wanita : Soal anak memang sesuatu di luar kuasa kita sebagai manusia. Cepat atau lambat semua aturan daripada Allah SWT. Buat mereka yang masih menanti kehadiran cahaya mata, terus berusaha, jangan berputus asa.
Masa bercinta OK, tetiba dah kahwin ada suami yang saja nak halang urusan isteri dengan keluarganya. Nak balik kampung sesekali pun susah, dah kenapa?
Apa salahnya suami bagi peluang isteri bermanja dengan keluarganya, bukan orang lain pun. Bak kata saudara Firdaus Shakirin…
“Dia boleh terima keluarga kita, kenapa kita susah nak terima keluarga dia…?”
Jangan Dihalang Urusan Isteri Dengan Keluarga
Sebagai suami, ada hal yang kita perlu bertegas, ada hal yang kita perlu bertolak ansur. Semua suami nak isteri hormat dia, nak isteri taat dia… maka jadilah seorang suami yang baik.
Baik yang macam mana?
Bertolak ansur dengan urusan dunia, dan bertegas dengan urusan akhirat.
Bab aurat, bab solat, bab puasa, tatacara pemakaian diluar umah, dengan siapa dia boleh bergaul, keluar, berhubung adalah antara bab yang kita perlu bertegas. Bab hubungan dengan ibu bapa dia, itu bab dunia, maka perlu ada tolak ansur dengan isteri.
Keluarga dia, keluarga kita.
Adil lah dalam membahagikan urusan terutamanya urusan balik kampung antara kedua-duanya. Jangan melebihkan kampung kita dari kampung dia. Dia pun rindu kedua orang tuanya, namun dia terikat dengan status dia sebagai isteri kepada kita.
Tergamak Biarkan Isteri Balik Kampung Sorang?
Jika kita tak dapat teman dia balik ke kampung, maka telefon keluarganya. Cakap kita bekerja, atau balik hantar isteri, bertemu dengan mertua, cakap kat mertua, ada urusan kerja, tak dapat tinggal di sana. Jangan bagi isteri balik kampung seorang diri, nanti keluarga, adik beradiknya dan masyarakat sekeliling akan beranggapan bahawa dia ada masalah dengan suaminya, atau rumah tangga dia sedang bergolak.
Jika ibu atau ayahnya sakit, perlukan seseorang untuk menjaga, maka bagi kebenaran untuk dia jaga atau bawa orang tuanya datang ke rumah kita.
Sebab salah satu cara nak menggembirakan isteri, adalah jangan menghalang urusannya dengan keluarganya.. Bawa dia balik rumah keluarganya, bergaul dengan keluarganya, bawa keluarganya bercuti jika mampu, pandai bawa diri dalam keluarganya dan sebagainya.
Isteri pasti hormat, taat dan bahagia jika kita dapat jadi suami yang boleh bertolak ansur sampai macam tu.
Ramai wanita yang mungkin dengan berat hati terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata. Tindakan itu memang wajar dipuji kerana bukan semua wanita mampu mengambil tindakan yang bakal merubah besar dalam kehidupan mereka selepas itu.
Si isteri membuat pengorbanan itu demi untuk keharmonian rumah tangga. Maka, sebagai suami, anda perlu menghargai isteri dan jangan ambil kesempatan di atas pengorbanan isteri itu.
Berikut perkara yang boleh dilakukan oleh suami sebagai penghargaan buat isteri:
1. Wang Saku
Apabila tidak bekerja, isteri sudah hilang punca pendapatan. Hanya mengharapkan suami untuk menanggung segala perbelanjaan. Setiap bulan anda akan memperuntukkan sejumlah wang untuk perbelanjaan rumah. Jangan lupa untuk ‘selit’kan juga elaun untuk isteri. Sekurang-kurangnya isteri ada duit untuk digunakan di saat kecemasan. Isteri juga pastinya ada keinginan untuk memiliki sesuatu barangan. Wang itu yang akan disimpan dan dikumpul sedikit demi sedikit. Kemudian dia akan beli setelah cukup wang, tanpa perlu meminta wang tambahan daripada anda.
2. Tanda Terima Kasih
Sebagai isteri, tiada apa lagi yang lebih penting selain daripada disayangi dan dihargai oleh suami di atas pengorbanan mereka menjaga keluarga. Apa salahnya, sesekali bila dapat gaji, bawa isteri dan anak-anak makan di luar. Tak perlulah isteri memasak pada hari itu. Itu juga masa untuk isteri rileks setelah setiap hari terkejar-kejar uruskan anak-anak.
3. Beli Hadiah
Bila ada duit lebih, apa salahnya belikan hadiah untuk isteri seperti baju baru dan sebagainya. Walau pun tidak bekerja, tapi mereka boleh memakai pakaian cantik ketika keluar menghantar dan mengambil anak dari sekolah, ke pasar dan sebagainya. Takkan anda sanggup biarkan isteri selekeh saja sedangkan anda mampu? Kalau isteri anda kelihatan menarik, anda juga yang tumpang bangga. Itu bermakna anda pandai jaga isteri.
4. Bantu Kerja Rumah
Suami juga boleh bantu isteri membuat kerja rumah seperti mencuci pinggan atau menyapu sampah. Tentu isteri akan rasa terharu dan ini juga menunjukkan sifat timbang rasa suami pada dirinya. Walau pun penat bekerja, anda masih sanggup membantunya.Bantu menjaga anak-anak jika anda lihat isteri sedang sibuk di dapur dan sebagainya. Pasti dia akan rasa bersyukur memiliki suami yang bertimbang rasa. Ingat, kalau anda rasa anda sudah penat seharian bekerja, apakah anda rasa isteri tidak penat seharian di rumah? Malah, ramai wanita yang mengaku, duduk di rumah lagi memenatkan daripada bekerja di pejabat!
5. Jangan Ego
Ada suami yang bersikap ego dan tidak mahu langsung membantu isteri menjaga anak-anak atau melakukan kerja rumah ketika hari cuti dengan alasan sudah penat bekerja sepanjang minggu. Aduhai suami, anda kena ingat. Isteri bukan orang gaji ye. Apa kata anda beri isteri ‘cuti’ sehari dan benarkan dia keluar bersama rakan-rakan atau memanjakan diri di spa. Anda pula ambil uruskan anak-anak sendirian. Baru anda tahu, betapa ‘mudahnya’ tugas isteri di rumah!
6. Ucapkan Terima kasih
Sesekali apa salahnya anda lahirkan rasa terima kasih anda kepada isteri kerana sudi menjaga anak-anak dan menguruskan rumah tangga dengan baik sepanjang anda keluar mencari rezeki. Pasti isteri akan rasa anda menghargai dirinya.
7. Jangan Pandang Rendah
Ada suami yang anggap peranan sebagai suri rumah itu mudah hingga mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar. Kononnya suami penat keluar bekerja sedangkan tugas isteri mudah saja, hanya duduk di rumah saja jaga anak. Hinggakan sanggup mempelekehkan isteri di depan orang lain. Jangan begitu, anda sepatutnya sentiasa menjaga maruah isteri yang sanggup tidak bekerja demi keluarga. Walau pun isteri seorang suri rumah, tapi mereka juga ‘bekerja’ di rumah malah kerja mereka 24 jam tanpa henti, tanpa gaji.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...