Pelakon dan penerbit terkenal, Fauziah Ahmad Daud tiada niat untuk mengaibkan sesiapa menerusi teater terbitannya berjudul Di Sebalik Topeng, sebaliknya sekadar ingin mengusik isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.
Fauziah atau mesra disapa Ogy berkata, sekiranya terdapat netizen yang mensensasikan dialog atau jalan cerita yang dilontarkan dia tidak ambil peduli kerana karya yang dihasilkan mencerminkan realiti yang berlaku dalam masyarakat kini.
“Netizen kadang-kadang kita buat sesuatu perkara pun mereka akan kecam. Seperti dialog saya dalam teater ini, mereka suka ‘mengorek’ cerita.
“Apa saja cerita saya yang tidak ‘FYP’ (trending), sampai saya kadang-kadang pun terfikir, cerita apa ni?
“Apa yang dipersembahkan itu adalah cerita benar dan realiti sekarang. Saya tidak rasa sudah buat sesuatu yang salah sebab kami tidak mengaibkan sesiapa. Saya pun tahu Akta Media Sosial,” katanya pada majlis pra-tonton teater Di Sebalik Topeng yang berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka, di sini, semalam.
Menurut Ogy, dia berharap mesej yang disampaikan melalui teater itu dapat membuka mata segelintir pihak mengenai kesan negatif komen atau kritikan yang dilemparkan di media sosial.
“Saya cuma harap melalui teater ini dapat menyedarkan mereka mengenai kesan komen yang ditinggalkan di media sosial. Ia boleh menyebabkan semangat atau jiwa seseorang itu hilang.
Ads
“Teater ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu wadah untuk kita merenung diri dan memahami erti kekuatan dalam menghadapi ujian hidup.
“Setiap watak yang dipersembahkan dalam teater ini melambangkan topeng-topeng yang kita pakai untuk menyembunyikan perasaan dan luka yang kita alami,” katanya.
Teater Di Sebalik Topeng yang akan dipentaskan bermula hari ini dan esok di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka, Menara DBP bakal menyaksikan Ogy memegang watak sebagai isteri kepada seorang tokoh politik yang pernah berkuasa sehingga menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan mental.
Melalui sesi terapi kumpulan, wanita berkenaan tidak bersendirian, sebaliknya ditemani beberapa individu lain yang juga cuba melepaskan diri daripada trauma dan bebanan hidup.
Ads
Singkap Kisah Setiap Watak
Di Sebalik Topeng menggunakan latar belakang sesi terapi sebagai medan menyingkap kisah setiap watak yang penuh adegan rahsia.
Dalam masa sama, teater itu turut menekankan kepentingan mencari bantuan dan memahami kesakitan emosi adalah sebahagian kehidupan yang perlu diatasi, bukan disembunyikan.
“Masyarakat kita masih lagi canggung dan kurang faham kepentingan merawat masalah itu sendiri, dalam dialog monolog pembuka ada menyebut “aku sihat, aku tak sakit” dan itu sendiri menunjukkan dia sendiri tidak sedar dirinya perlu dirawat.
“Saya berharap teater ini juga dapat membantu masyarakat kita ini memahami kepentingan sistem sokongan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kesihatan mental dan emosi” katanya.
Ads
Sementara itu, pengarahnya Zainorhisyam Samudin berkata, dia berharap pementasan ini dapat membuka mata masyarakat terhadap kepentingan sokongan emosi.
“Teater ini adalah sebuah experimental kepada situasi sebenar yang berlaku dalam kehidupan kita.
“Dalam teater ini kita persembahkan pelbagai latar kehidupan yang membawa kepada gangguan mental itu sendiri yang mana ada sosok narsisitik, penagih dadah, scammer, wanita yang melalui dugaan dihina dan dikecam, pemerdagangan manusia dan mangsa penderaan.
“Semua ini berlaku di sekeliling kita dan kita tekankan pada pengakhirannya kepentingan sistem sokongan dari semua pihak” katanya.
Selain Ogy, teater terbabit turut dilakonkan oleh Rayden Ahmad, Luqman Muqri, Leesha MK, Nor Azila, Gibran Agi dan Ard Omar.
Tiket untuk menyaksikan teater Di Sebalik Topeng kini dijual pada harga RM54, RM104, dan RM154, dan boleh didapati melalui www.iLassoTickets.com.
Tarik diri dari Muafakat Nasional. Terbaru Ummi Nazeera menerusi akaun Instagramnya mengumumkan penarikan diri dari Muafakat Nasional iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
Langkah Ummi itu disokong oleh para netizen, malah menerusi ruangan komen salah seorang pengikutnya menyatakan kesyukuran.
“Alhamdulillah, kami suka umi sebagai pelakon, jangan campur bidang lain, tambahan politik…… merosakkan karier. Anda aktres yg bijak” aishahmatakat
Tarik Diri Dari Muafakat Nasional
Ummi seperti mana dipetik menerusi akaun Instagramnya juga berterima kasih atas kesudian Muafakat Nasional melantik dirinya dan mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO.
“Setelah mengambil kira kegusaran dari peminat-peminat Ummi yang disayangi serta dari pihak-pihak berkepentingan, saya Ummi Nazeera mengambil keputusan untuk menarik diri dari Muafakat Nasional, sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
“Ummi akan terus fokus berkarya dalam industri seni dan juga fokus kepada keluarga Ummi.
“Terima kasih atas kesudian Muafakat Nasional melantik Ummi dan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO.
“Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua,” kongsi Ummi.
Sebelum ini pada 15 Disember lalu, Presiden Muafat Nasional, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Ummi bersama Jamal dan Datuk Seri Eizlan Yusof adalah antara 30 individu yang dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN).
Mereka yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti profesional, ahli akademik, pempengaruh serta melangkaui parti politik yang akan membantunya menggerakkan pertubuhan NGO berkenaan.
Ibu Aliff Aziz luah rasa sedih, kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak tidak dapat ditandingi dengan apa sekalipun. Apa yang berlaku kepada anak lelakinya sememangnya sangat berat. Namun ibu kepada Aliff Aziz serahkan Semua ujiannya kepada Allah.
Terbaru ibu Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil menerusi Insta Storiesnya meluahkan rasa sedih atas apa yang berlaku terhadap anaknya. Seperti yang diketahui umum, Aliff Aziz telah ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.
Ibu Aliff Aziz Luah Rasa Sedih
Akur dengan kejadian yang berlaku, Siti Hafiza berkongsi luahannya;
“Ada hari akan rasa sedih dan ada hari gembira, jangan putus asa. Apabila hidup susah, ingatlah bahawa tiada yang kekal.
“Anda telah melalui hari-hari yang baik sebelum ini dan anda akan merasainya lagi selepas ini dengan rahmat-Nya,” katanya.
Doa Jalan Terbaik
Hafiza turut meluahkan dan percaya doa adalah jalan terbaik merawat segala perkara dihadapi ketika ini. Akurnya berkongsi masalah dialami juga dapat membantu mengurangkan beban di dalam dada.
“Berhenti berasa risau. Mulakan dengan berdoa dan anda akan merasakan nikmat damai turun ke atas anda. Yakinlah pada Allah.
“Lebih baik bercakap dengan orang tentang masalah anda untuk mendapatkan pandangan dan kepastian mereka. Terima kasih juga kepada Allah atas segala-galanya,” sambungnya lagi.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon cantik Fatin Afeefa menasihatkan agar orang ramai untuk lebih bertanggungjawab terhadap diri dan orang sekeliling dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Berpengalaman menjalani tempoh kuarantin, ibu tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia menceritakan pengalamannya seperti mana yang dipetik menerusi Sinar Plus Hiburan;
“Sebaik sahaja tiba di tanah air, saya terus membuat ujian saringan dan kuarantin diri selama 14 hari.
Akui Fatin, dia menjalani tempoh kuarantin dengan penuh disiplin selepas pulang dari Brazil pada Mac lalu, selain membuat ujian saringan Covid-19.
“Biarpun disahkan negatif pada ujian pertama dan kedua, saya masih belum berani berjumpa dengan keluarga dan anak-anak sehingga melakukan ujian kali ketiga untuk lebih yakin bebas daripada Covid-19.
“Hampir sebulan saya menahan diri untuk berjumpa mereka kerana tidak mahu memberi risikosekiranya apa-apa berlaku pada saya.
“Jadi saya harap mereka yang diarahkan untuk kuarantin oleh kerajaan agar lebih bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri sendiri sehingga boleh membahayakan nyawa orang lain,” ujar Fatin.
Gembira Kehidupan Sekarang
Berbicara tentang dirinya, Fatin akui tidak mempunyai perancangan untuk kembali berumah tangga buat masa ini.
“Saya gembira dengan kehidupan sekarang kerana dapat memberikan lebih tumpuan pada anak-anak dan kerjaya.
“Ramai peminat suruh saya kahwin lagi, tapi semestinya saya takkan lakukan sesuatu semata-mata kerana mahu memuaskan hati orang atau menepis gosip yang melanda,” sambungnya.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...