Tak Adil Ukur Hidup Kita Dengan Neraca Tertentu, Banding Dengan Hidup Orang lain

Share

Sesungguhnya, tak adil ukur hidup kita dengan neraca tertentu, banding dengan hidup orang lain yang lebih kaya, senang atau selesa daripada diri sendiri.

Sedangkan susah atau senang itu adalah ketentuan daripada Allah. Dan sudah tentu senangnya seseorang, pasti akan datang dengan ujian yang mak ayah tidak pernah jangka.
Ikuti perkongsian Intan Dzulkefli ini dan fahami apa yang cuba dia sampaikan.

Tak Adil Ukur Hidup Kita Dengan Neraca Tertentu

Siapa pernah rasa ‘down’ apabila lihat kehidupan orang lain smooth saja?

‘Bestnya jadi orang kaya. Nak sedekah pun duit banyak. Hendak bantu orang memerlukan pun senang. Nak masuk kelas atau seminar personal development harga beribu pun lelap mata saja terus bayar.’

‘Kita ini kalau simpan berbulan duit pun belum tentu mampu nak bayar begitu.’

Beginilah.. Jika kita ukur hidup kita dengan neraca tertentu, contohnya dengan banding dengan hidup insan lain, insan yang kita cemburui atau insan yang kita kagum, malah dengan insan yang kita sayang, percayalah, kita ibaratnya seperti tidak adil dengan diri sendiri.

Jika dengan compare hidup kita dengan mereka dapat menjadikan kita lebih syukur, lebih redha, baguslah, alhamdulillah. Namun, jika ia membuatkan kita rasa diri sendiri looser, tak ada hala tuju hidup, tak ada harapan hidup, berbaloikah?

Baca Juga Di Sini :

Usah Banding SURIRUMAH Dengan ISTERI BEKERJA Sebab Cerita Hidupnya Tak Sama

Hidup Ini Pilihan, Nak Bahagia & Gembira, Jangan Bandingkan Dengan Orang Lain

Tak Perlu Sibuk Dan Bandingkan Kehidupan Orang Lain. BAHAGIALAH Cara Kita

Banding Dengan Hidup Orang lain

Ada orang, dengan ada kehidupan bahagia, mewah, mudah tercapai segala hajat, lelap mata bayangkan itu ini, alhamdulillah tiba-tiba Allah sampaikan hajat, semua ini membuatkan dia bertambah syukur, amal bertambah laju, dakwah bertambah kencang, menjadikan dia memandang akhirat dengan pandangan lebih besar. MasyaAllah.

Namun, ada orang akan ‘react’ sebaliknya. Mungkin apabila dia diberikan hal yang sama, menjadikan dia riak, rasa diri sendiri magnet rezeki, Allah sayang dia lebih dari orang lain yang hidup ‘stuck’ buat apa semua tak menjadi. Dia rasa dia lebih baik dari orang lain. Astaghfirullah.

Oleh itu, Allah tak beri dia jalan rezeki yang sebegini.

Maka, sebenarnya bila Allah tentukan kita di bawah, susah, seringkali ‘stuck’ mungkin untuk kita selalu beringat dan sentiasa ingat kepada-Nya, kuatkan tawakal dan rasa syukur pada-Nya.

Sebabnya ramai orang mudah rasa syukur, tawaduk, baik, zuhud bila diberikan hidup yang sederhana, kesusahan mencari sesuap nasi dan sebagainya.
Namun, berapa ramai yang boleh kekalkan syukurnya, tawaduknya, sabarnya apabila berada atas kekayaan, kejayaan demi kejayaan, kemahsyuran dan sebagainya?

Cara Bertemu Allah Berbeza

Ada orang bertemu Allah apabila dia berjaya.
Ada orang bertemu Allah apabila dia gagal.
Ada orang bertemu Allah apabila dia gembira.
Ada orang bertemu Allah apabila dia berduka.
Ada orang bertemu Allah apabila dia sihat.
Ada orang bertemu Allah apabila dia uzur.
Ada orang bertemu Allah apabila dia bujang.

Ada orang bertemu Allah apabila dia bahagia dengan pasangan.

Manakala ada pula yang bertemu Allah apabila melalui jalan penceraian.

Ada orang Allah tentukan perlu bayar beribu-ribu (sebab dia mampu) untuk ke kelas agama, seminar ilmiah agar dapat mereka temui semula tujuan hidup, fokus semula hidup.
Ada orang Allah tentukan ‘bayarannya’ mungkin dengan diuji satu persatu kesusahan, kegagalan, ‘stuck’ agar mereka temui semula diri, bina semula jati diri, 100% letak keyakinan kepada Tuhan.

Allah Telah Tentukan Yang Terbaik

Semua ini misteri. Yang kadang kita tak faham apa hikmah ketentuan Allah. Dicari sebab tak jumpa, dicari hikmah rasa susah untuk terima.

Hakikatnya kita perlu sentiasa pasak dalam hati, apa sahaja Allah tentukan kita hingga hari ini, itulah yang terbaik untuk kita.

Apa Allah tentukan untuk orang lain, itulah yang terbaik untuk mereka.

Jika hingga saat ini kesusahan, kesedihan, kepayahan, keletihan yang kita rasai itu membuatkan kita makin kuat tawakal dan tak putus doa kepada Allah, mungkin itulah sebenarnya rahmat dan kasih sayang Allah berbanding jika kita ‘diangkat’ ke keadaan yang lebih baik.

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, Maka Allah akan Menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikan-Nya rezeki yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan cukupkan keperluannya,” At-Thalaq, ayat 2-3

Mintalah pada Allah dengan sungguh-sungguh. Minta Allah berikan yang terbaik dari sisi-Nya untuk kita walau kita rasa tak sebagus rezeki orang lain, tak semudah jalan orang lain. Tetapi itulah yang paling bagus, paling ‘fit’ untuk diri kita.

Belajarlah Bersyukur

Belajarlah bersyukur apabila yang kita rancang Allah tentukan sebaliknya, kerana apa yang kita nak sangat-sangat itu mungkin jalan yang buruk untuk hidup dunia akhirat kita. Kita tak tahu..

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui,” Al-Baqarah, 216

Kita ni tak tahu apa-apa pun. Allah Yang Paling Mengetahui segalanya.

Sangkalah baik pada Allah. Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Sangka baik dengan Allah, kita takkan rugi. Sangka baik dengan Allah, dan rasai ketenangan yang datang.

Yakinlah, dan jangan sesekali putus asa dengan kehidupan pemberian Tuhan.

#intandzulkefli
#selfreminder

Mingguan Wanita : Bagaimana pun kehidupan mak, ayah… belajarlah bersyukur kerana mungkin ia adalah yang terbaik buat masa sekarang.

Sumber : Intan Dzulkefli

APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?

Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.

Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.

• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?

Teringin ikut jejak mereka?

Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!

Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.

Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster

Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat