Tengahari tadi telah berlangsungnya rancangan Program Bual Bicara Mingguan Wanita. Hari ini telah mengupas topik mengenai Anak Tahfiz Confirm Masuk Syurga?

Salah seorang Pendakwah Ustaz Mohd Fakhrurrazi Hussin atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Fakhrul telah dijemput menjadi tetamu. Beliau yang juga salah seorang pelajar tahfiz berasa sangat bersyukur kerana kesemua adik beradiknya telah dihantar menuntut ilmu di sekolah tahfiz.

“Kami adik beradik sembilan orang, Mak dan ayah hantar dari kecil ke sekolah tahfiz. Adik beradik kami mak dan ayah hantar ke sekolah tahfiz yang berlainan. Ada yang di hantar ke Pakistan, Turki, Sudan, Perak dan saya ke Kelantan.

“Alhamdulillah adik beradik diberikan nikmat Allah dan diberi rezeki sebagai hafiz Al Quran. Dari situ kami gabungkan sistem-sistem yang dibelajar dan gabungkan semua keparakan dengan membuka sebuah akademi tahfiz sendiri yang diberi nama Akademi Al-Quran Amalillah Shah Alam (AKMAL).

IKLAN

“Zaman saya habis saja sekolah tahfiz kebanyakkannya jadi ustaz. Sebab jadi ustaz banyak line pekerjaan yang boleh dilakukan. Bagi mereka yang nak jadi doktor atau jurutera tak boleh tinggalkan aliran perdana,” ungkap Imam Muda.

“Tak Ada Sesiapa Yang Boleh Kata ‘Confirm’ Masuk Syurga, Itu Kerja Allah” – Imam Muda Fakhrul

IKLAN

 

Hanya Allah Yang Tentukan

IKLAN

Bersesuaian dengam isu yang dikupas Imam Muda ditanya adakah dengan menghantar anak ke sekolah tahfiz akan menjamin anak itu masuk syurga?

“Anak tahfiz confirm masuk syurga? Sebenarnya cerita masuk syurga atau neraka confirm tak confirm itu kerja Allah. Tak ada sesiapa yang boleh kata confirm masuk syurga. Cuma tahfiz mengamalkan Al-Quran. Mereka adalah ahli-ahli Al-Quran kerana dekat dengan Al-Quran. Orang yang mahir baca Al-Quran, perjuangkan Al-Quran, istimewa di sisi Allah,” jelas Imam Muda.

Ikuti ulangan siaran ini pada jam 8 malam di Astro Prima dan Astro Prima HD.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI