Pasangan

Taja Baju Pengantin 20 Pasangan Asnaf & Mualaf, Pemilik Jenama Popular Belanja Bakal Pengantin Honeymoon Percuma Di Bali!

Share

Betul kata orang, rezeki mendirikan rumahtangga ni sememangnya ada dan berlaku tanpa disangka-sangka! Baru- baru ini, jenama baju Melayu ternama, Bulan Bintang menaja busana pengantin terdiri daripada 20 pasangan asnaf dan kurang berkemampuan dalam program Tanyalah Ustaz: Akad 40 yang bersiaran  di salah sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini.

40 pengantin ini terdiri daripada golongan asnaf, kurang berkemampuan dan mualaf yang masih menjinakkan diri untuk mempelajari tentang agama Islam telah diraikan dalam sebuah majlis akad nikah yang istimewa pada 25 Mei lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Menurut pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi Azmi atau mesra disapa Meri, jenama itu gembira dapat menjadi sebahagian daripada detik penting 20 pasangan yang mendirikan mahligai bahagia mereka di majlis terbabit.

“Syukur Alhamdulillah, kami gembira dan berbesar hati dapat memberikan sumbangan terhadap 40 pengantin ini. Semua pasangan ini menggayakan koleksi pengantin terbaharu Bulan Bintang With Love (BBWL).

“Kami difahamkan 40 pengantin ini terdiri daripada golongan asnaf, kurang berkemampuan dan mualaf yang masih menjinakkan diri untuk mempelajari tentang agama Islam, jadi kami rasa bersyukur dapat berkongsi rezeki dengan mereka.

“Ini hanya sumbangan kecil jenama Bulan Bintang kepada mereka yang memerlukan dan kami gembira dapat menghulurkan bantuan. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat,” kata Meri.

Taja Percutian Bulan Madu

Dalam pada itu, bersempena koleksi busana pengantin BBWL, Bulan Bintang berbesar hati menaja percutian bulan madu untuk pasangan bertuah ke Bali!

Dengan pembelian pakej busana pengantin lelaki dan wanita BBWL koleksi Adeline, ⁠Alessia, ⁠Elaina dan Fionna, anda layak menyertai pertandingan ini dan berpeluang memenangi percutian bulan madu 3 hari 2 malam di Nyuh Bali Villas beserta tiket penerbangan pergi dan balik!

Juga Baca:

https://www.mingguanwanita.my/saya-jadi-anxiety-takut-nak-baca-mesej-saya-trauma-pengasas-bulan-bintang-sanggup-keluar-kos-perbaiki-mutu-produk/

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Rosmah Idayu