Minggu Keunggulan Taiwan tahunan kembali lagi! Tahun ini, ia menampilkan tema “Taiwan Excellence Wanderland Pop-Up Store,” di mana maskot Fu Bear akan membawa anda menjelajahi keindahan produk Keunggulan Taiwan!
“Taiwan Excellence Wanderland Pop-Up Store 2024” akan diadakan dari 12 hingga 17 Jun selama enam hari berturut-turut di tingkat bawah, Centre Court Concourse, One Utama Shopping Mall.
Acara ini bertujuan untuk menyediakan persekitaran interaktif dan menghiburkan kepada orang ramai, membolehkan mereka mengalami dan memahami produk inovatif dan berkualiti tinggi buatan Taiwan dengan lebih dekat.
Terdapat 32 jenama Taiwan yang mengambil bahagian mempamerkan 60 produk premium merentasi empat kategori: elektronik dan komunikasi, sukan dan rekreasi, gaya hidup dan kesihatan, serta kehidupan di rumah. Jenama-jenama terkenal kepada pengguna tempatan seperti BenQ, Transcend, Acer, dan VICTOR akan hadir, mempamerkan produk elektronik dan sukan yang dipercayai.
Ads
Produk Bermutu Tinggi Taiwan
Selain itu, akan ada produk Taiwan yang sangat disyorkan seperti e+ Autoff dari Yztek, penapis air mudah alih sekecil ibu jari dari Mbranfiltra, Pemacu Keras Luar Mesra Alam PCR dari ADATA, dan pemampat mikro vakum terkecil di dunia VAGO dari Big Good Design. Produk-produk ini melambangkan keunggulan pembuatan Taiwan dalam inovasi, reka bentuk, dan kualiti.
Untuk menepati tema “Wanderland,” tempat acara akan dihiasi dengan suasana yang berwarna-warni dan ceria dengan maskot “Fu Bear” membawa anda ke setiap sudut, menjadikannya taman permainan yang sempurna untuk kanak-kanak dan tempat yang ideal untuk ibu bapa mencipta kenangan keluarga yang berharga.
Ads
Semasa acara, akan ada pelbagai segmen interaktif di mana orang ramai boleh mengambil bahagian dalam permainan dan aktiviti yang menyeronokkan, dengan peluang untuk memenangi hadiah yang menarik. Selebriti dan pempengaruh juga akan memeriahkan acara, berkongsi produk Taiwan Excellence kegemaran mereka dan berinteraksi dengan orang ramai sambil memberikan hadiah.
Ads
Maskot Fu Bear Jadi Tarikan
Acara kemuncak sudah pasti adalah maskot “Fu Bear.” Sebagai duta kebajikan dan duta kegembiraan, Fu Bear akan memainkan pelbagai peranan. Sebagai duta kebajikan, Fu Bear akan dibuka untuk diadopsi, dengan semua hasil disumbangkan kepada badan kebajikan kanak-kanak. Sebagai duta kegembiraan, Fu Bear akan membuat tarian kilat yang comel di tempat acara, berinteraksi dengan orang ramai dan menyebarkan kegembiraan.
“Taiwan Excellence Wanderland Pop-Up Store 2024“ bukan sahaja merupakan pentas untuk mempamerkan produk premium Taiwan tetapi juga acara besar untuk menyebarkan kasih sayang dan kebahagiaan. Semua orang dialu-alukan untuk turut serta, menerokai daya tarikan Taiwan Excellence, dan menikmati masa yang menyenangkan dan bermakna bersama Fu Bear.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Program realiti, Akademi Qurra 2024, minggu keempat menyaksikan dua peserta melangkah meninggalkan pentas Akademi Qurra 2024 iaitu Tilmizah Athiyyah dan Tilmizah Firza.
Minggu keempat Akademi Qurra 2024 menyaksikan Tilmizah Athiyyah mendapat markah 82.50% . Meskipun tersingkir, Tilmizah Athiyyah melahirkan rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk berada di pentas Akademi Qurra 2024.
“Pembabitan selama empat minggu cukup indah kerana saya banyak meluangkan masa dengan al-Quran. Jika saya tak sertai program ini, saya tak macam ini.
Saya anggap penyingkiran ini bukanlah penamat. Biarpun saya banyak menangis kerana tidak mahir tetapi saya anggap itu sebagai pembelajaran,” ujarnya yang ditemui pada sidang media usai minggu keempat Akademi Qurra 2024 sabtu lalu.
Seorang lagi peserta yang tersingkir, Tilmizah Firza pula mendapat markah sebanyak 81.50%. Firza turut melahirkan rasa sedih untuk meninggalkan keluarga baharu di Akademi Qurra 2024 memandangkan ukhuwah dengan tilmiz dan tilmizah yang lain sangat rapat.
Ditanya mengenai penyingkiran dua peserta pada minggu keempat, penerbit Akademi Qurra 2024, Saifulizzam Mohd Lizah berkata pihak produksi juga terkejut dengan keputusan penyingkiran dua orang tilmizah sekaligus di minggu keempat.
“Saya sebenarnya terkejut juga dengan dua penyingkiran yang kita buat. Untuk minggu keempat ini, kita dah terangkan kepada semua peserta yang mereka perlu melonjakkan diri ke tahap lebih tinggi.
Bila kita lihat Tilmizah Firza, sepanjang tiga minggu sebelum dia sangat konsisten tetapi minggu ini dia agak tersesat jauh. Jadi juri terpaksa potong markah yang banyak.
Tilmizah Athiyyah, dua minggu dia berada pada kedudukan yang terbawah. Kita dah masuk minggu keempat, pastilah minggu seterusnya akan lebih mencabar,” ujarnya.
Dihoskan oleh Raqib Majid, Akademi Qurra 2024 turut menampilkan Mudarris Ammar Mukhlis, Mudarrisah Suhailah Zulkifly dan Mudarrisah Nadia Hashim yang bertindak selaku tenaga pengajar.
Program yang ditayangkan pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam menampilkan juri tetap Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman dan dibantu oleh Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim serta juri jemputan untuk minggu keempat iaitu Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi Bin Abdullah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penangan ilmu dalam bidang perniagaan telah membuktikan seramai 33 usahawan dibimbing secara dekat bersama Mentor, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta pada bulan lalu!
Kongsi Dr Azizan, yang juga pernah menerima anugerah NONA Men’s Best Mentor Award berkata pencapaian berkenaan membuktikan bahawa bangsa usahawan masih boleh berkembang meskipun dalam keadaan yang mencabar pada tahun ini.
“Saya dan RichWorks International tak bina usahawan capai jualan RM1 juta dalam 3 minit tapi kami bina 58 usahawan capai RM10 juta dan lebih 300 capai RM1 juta pada tahun lalu.
Sementara itu, beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Khairulaming di atas kejayaannya mencipta sejarah apabila jualan Dendeng Nyet Berapi mencapai lebih RM1.2 juta dalam tempoh tiga minit 39 saat, sebaik dilancarkan di platform TikTok Shop.
“Tahniah Khairulaming kerana menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang dengan saya boleh katakan 99 peratus persediaan menjadikan tiga minit itu kejayaan,” Azizan Osman
99 peratus persediaan menjadikan tiga minit itu kejayaan
Tambah beliau, kejayaan itu tak berlaku sekelip mata tapi terdapat fasa-fasa dan proses persediaan dilakukan termasuk pembelajaran dan kegagalan yang dialami sebelum itu.
“Jika anda lebih bersedia untuk main ‘permainan’ ini, anda akan ada peluang lebih tinggi untuk menang.
“Apa saya nak katakan di sini adalah kefahaman sangat penting untuk seseorang usahawan bersedia untuk mencapai sasaran mereka,” jelasnya.
Dr. Azizan berkata, meskipun ketika pasaran ‘lemah’ tapi orang tetap membeli cuma persoalannya mereka membeli dengan siapa.
Sementara itu, beliau mengulas mengenai hantaran netizen mengenai produk Jajan Jijan yang dikatakan gagal, sebenarnya ia satu kejayaan dibuat sebagai kajian kes dalam satu kelas lebih kurang 10 tahun dulu.
“Saya tunjukkan kepada peserta macam mana saya membina jenama dari kosong, bagaimana nak keluarkan produk hingga boleh dijual.
“Bila kami lancarkan dalam kelas itu, lebih kurang 11,000 peket dijual dalam masa 30 minit,” ujarnya.
Dalam pada itu, RichWorks juga akan mengadakan bimbingan perniagaan bersama Dr. Azizan buat usahawan terpilih yang ditaja 100 peratus pada 21 Februari ini.
Mohon sekarang di richworks.com/businesscoaching/med.
Tidak lengkap sambutan Aidilfitri tanpa kehadiran sampul raya sebagai pemberian ikhlas untuk kanak-kanak dan seisi keluarga. Ada di kalangan anda yang gemar mengumpul sampul raya? Koleksi sampul raya Converse Malaysia ini sesuatu yang tidak boleh dilepaskan!
Converse Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Monkiddo, jenama ilustrasi Malaysia yang terkenal dengan ciptaan yang penuh warna dan
imaginatif, untuk kempen Raya eksklusif.
Kerjasama ini bertujuan untuk menyemarakkan musim perayaan dengan gabungan seni dan gaya yang unik, mempamerkan warisan budaya yang kaya dan kreativiti moden Malaysia.
Monkiddo, ciptaan Lim Jayee yang berbakat, telah menawan hati para peminat seni dengan
ilustrasi monster fantasi dan naratif yang menarik. Kolaborasi jenama ini dengan nama-nama terkenal seperti Rhinoshield, Atmos, dan Kejap Food telah mengukuhkan reputasinya sebagai perintis dalam menggabungkan budaya tempatan dengan daya tarikan global.
Budaya Malaysia
Raya ini, Converse Malaysia dan Monkiddo menjemput orang ramai untuk merayakan semangat perayaan melalui koleksi edisi khas yang menampilkan ilustrasi khas Monkiddo di kedai Converse yang terpilih. Koleksi ini merupakan penghormatan kepada kepelbagaian budaya Malaysia, menawarkan pandangan segar dan kontemporari terhadap motif Raya tradisional.
“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Monkiddo untuk kempen Raya ini,” kata Wakil Converse Malaysia.
“Seni unik mereka dan hubungan mendalam dengan budaya Malaysia menjadikan mereka rakan kolaborasi yang sempurna untuk merayakan musim perayaan ini bersama komuniti kami.”
Lim Jayee, pencipta di sebalik Monkiddo, menyatakan keterujaannya untuk kerjasama ini, dengan menyatakan, “Bekerjasama dengan Converse Malaysia adalah impian yang menjadi kenyataan. Ini peluang untuk mempamerkan ilustrasi kami di platform global dan merayakan kepelbagaian budaya Malaysia sempena Raya.”
Kempen Raya Converse Malaysia x Monkiddo akan menampilkan filter AR eksklusif di laman
media sosial Instagram, acara eksklusif, dan pemasangan interaktif yang mengajak peminat untuk menyelami dunia Monkiddo. Pemasangan ini akan tersedia di kedai Converse terpilih dan dalam talian, menawarkan cara unik untuk merayakan Raya dengan gaya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...