Tahun Baru Mulakan Simpan Duit Tanpa Beban, Kena Konsisten Setahun Dapat RM3300

Share

Tahun baru mesti macam-macam azam yang ditanam dan kalau boleh ingin realisasikan sebaik mungkin. Biasanya azam yang sentiasa tertunda tentulah nak kuruskan badan. Begitulah.

Tak kurang juga azam tahun baru untuk menyimpan duit dan kalau boleh tak nak ‘tarik-tarik’ dalam tabung. Biarkan sehingga setahun. Tunggu dan lihat hasilnya.

Apa kata tahun baru ini, kuatkan azam dengan simpan duit tanpa beban. Praktikkan secara konsisten, mesti jadi.

Ini yang dikongsikan oleh Nur Nilam Sari dalam memberi tip menyimpan duit tanpa beban. Paling penting, sedar tak sedar RM3300 boleh terkumpul untuk tempoh setahun.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Masuk TAHUN BARU Perbaiki Diri Dan Ibadah, USAHA Mengundang Redha Allah

Cantiknya, Rumah Usia 30 Tahun Diberi ‘Nafas Baru’, Loteng Tu Memang WOW!

Info Lebih Menarik DI SINI

Tahun Baru Simpan Duit

2022 jom kita saving = dapat total RM3300 tanpa sedar

Tip SIMPAN DUIT TANPA BEBAN

RM1 – Setiap hari masuk dalam tabung. Total setahun RM 365. Jadi, genapkan sedikit lagi bagi RM400
RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun RM500
RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan RM1000
RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan RM500
RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember) Total setahun RM300
RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November) Total setahun RM600

TOTAL keseluruhan simpan setahun RM3,300. Dah boleh plan nak bercuti kat mana-mana

Mingguan Wanita : Nampak macam mudah kan. Ingat, bila dah nampak macam banyak, jangan sesekali nak ‘tarik’ ye. Sabar dan kumpul.

Sumber: Nur Nilam Sari

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora