Memang cukup membimbangkan apabila kanak-kanak yang masih kecil cukup berani memandu kenderaan sendiri. Namun terkini, polis menolak sebarang unsur mistik dikaitkan dengan kes kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang memandu sebuah kereta lebih kurang 2.5 kilometer (km) sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada malam Selasa.
Tahu Fungsi Pedal Minyak & Gear
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menolak dakwaan wujud isu mistik seperti ditularkan, sebaliknya siasatan mendapati kanak-kanak itu mengetahui fungsi pedal minyak dan gear.
Shariman berkata, berdasarkan siasatan yang dibuat, didapati kanak-kanak tersebut juga tahu dan menunjukkan bagaimana cara menurunkan brek kenderaan itu.
“Kanak-kanak tersebut juga menunjukkan cara menghidupkan enjin dan dapat menghidupkan enjin apabila diminta.
“Antara lain, kanak-kanak lelaki itu mampu menerangkan penggunaan gear kepada pegawai penyiasat trafik, selain tahu mengundur kereta,” katanya kepada pemberita pada Khamis.
Pemanduan Tidak Stabil
Tambah beliau, melalui pemeriksaan dashcam, pihaknya mendapati pemanduan kanak-kanak itu tidak begitu stabil ketika kejadian pada malam Selasa.
Ads
“Kadangkala, sedikit memasuki lorong bertentangan dan kadang ke kiri dan ke kanan,” katanya.
Ketika diminta mengulas sama ada kanak-kanak itu turut diambil keterangan, beliau menyatakan kanak-kanak tersebut ada dibawa ke balai polis trafik Langkawi oleh ibu bapa semasa keterangan ibu bapa diambil.
Menurut beliau, pihak polis telah menemubual awal kanak-kanak tersebut sebelum ini.
Unsur Mistik
Terdahulu dilaporkan kejadian kanak-kanak lelaki berusia enam tahun memandu sebuah kereta dikaitkan pula dengan unsur mistik.
Ads
Meskipun tidak dapat dipastikan kesahihan kisah berkenaan, namun rakaman audio perbualan suara kanak-kanak itu menceritakan kejadian tersebut kini tular di media sosial sejak malam Rabu.
Sebelum ini, seorang budak lelaki berusia enam tahun mengejutkan orang ramai apabila memandu kereta lebih kurang 2.5 kilometer (km) dengan membawa adiknya yang berusia tiga tahun untuk ke kedai di Langkawi sebelum terbabas dan melanggar sebatang tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada malam Selasa.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mingguan Wanita: Walau apa pun yang berlaku, orang ramai diharap jangan membuat spekulasi sendiri, serahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut. Paling penting sebagai mak ayah, pantau perlakuan anak-anak selalu.
Adilla Idris telah berkongsi kisahnya yang kini sedang menjalani kuarantin kerana positif Covid-19 di Hospital Sungai Buloh.
Menurut Adilla yang pernah mendapat jolokan ‘Ratu Keroncong Malaysia’ dan merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza Musim Pertama, dia dimasukkan ke Pusat Kuarantin Covid-19 Sungai Buloh pada 23 Disember.
Adilla Idris Jalani Kuarantin, “Doakan Saya Cepat Sembuh”
Menerusi laman sosial Facebook, penyanyi yang juga kakak ipar kepada Raja Azura, dia mendapat jangkitan dari seorang rakan.
“Good morning all…. Alhamdulilah hari ni dua hari sudah berada di pusat kuarantin Covid19 Sungai buloh. “Saya di sahkan positif selepas mendapat jangkitan dari seorang kawan. Saya tak ada apa-apa simptom pun cuma selsema dan sesekali batuk. “Alhamdulilah famili semuanya sihat dan negative. “Doakan saya cepat sembuh ya kawan-karan. “Buat kawan-kawan kalau pergi swab test dan disahkan positif, jangan panik ya. Bertenang dan rehatkan diri. Sebenarnya kat sini kita kena berehat and reda atas ketentuannya. InsyaAllah everything will be fine,” tulis Adilla.
“Menangis Bagai Nak Rak Masa Mula-Mula Tahu Positif”
Adilla yang terkenal dengan sikapnya yang ceria juga memberitahu dirinya berada dalam keadaan yang baik dan bersyukur kerana kakitangan hospital sangat baik dan banyak membantu.
Isteri kepada Tengku Ngah Putra Tengku Ahmad Tajudin dan ibu kepada empat cahaya mata ini turut menyatakan ketika mengetahui dirinya positif Covid-19 dia berasa cukup sedih dan di fikiran berlegar pelbagai masalah yang mendatang.
“Alhamdulilah dah masuk hari keenam kat sini, sedap sikit rasa badan. Hospital ni semua ada. Kalau ada masalah cepat-cepat nurse dan doktor akan bantu. Bertahun tak masuk hospital. Last dulu masa bersalinkan princess, 13 tahun dulu dah lamanya.
“Apapun pada semua kawan-kawan jika anda didapati positif jangan sedih sangat. Saya pun nangis bagai nak rak masa diberitahu positif.
“Dalam fikiran macam-macam fikir.But whatever it is just think for yourself first. You must be strong then only you can survived everything insyaAllah. Family first, Apapun cuma beritahu pada keluarga. Mereka akan memahami.
Akui Mampu Lalui Cabaran Ini
“Untuk orang luar memang akan pandang negatif tapi kita mampu lalui cabaran ini. Just ignore them. This is the time we will know whose our true friends.
“Pada saya alhamdulilah I have a lot of lovely and kind friends who not only love but care for me and my family. Terima kasih buat anda semua.
“Will keep posting insyaAllah. Just to let you know I’m fighting hard but still maintaining my cuteness everyday,” tulis Adilla yang masih ditahan di Pusat Kuarantin Hospital Sungai Buloh.
MW: Kami mendoakan agar Adilla cepat sembuh dan sentiasa kuat.
Wanita sarat hamil tujuh bulan meninggal dikelar mentua, gara-gara menolak ajakan hubungan intim. Kegilaan manusia yang tiada hati perut. Kematian seorang ibu muda, Fitria Almuniroh Hafidloh Diyanah, 23 menjadi viral di media sosial sejak semalam.
Mengandung tujuh bulan anak sulung, dirinya dan anak dalam kandungan disahkan meninggal selepas ditemukan berlumuran darah di rumahnya oleh suami, M Sueb Wibisono, 31 yang baru pulang dari kerja.
Wanita Sarat Hamil 7 Bulan Meninggal Dikelar Mentua
Ketika itu, Fitria masih lagi nyawa-nyawa ikan dan selepas jiran-jiran mendengar jeritan kuat suaminya yang menemukan isteri berlumuran darah di bilik tidur mereka, arwah dibawa ke Rumah Sakit RS Bhayangkara Pusdik Brimob.
Namun malang, dirinya gagal diselamatkan, begitu juga anak dalam kandungan yang turut sama mengikut ibunya. Jenazah kedua beranak ini sudah selamat dikebumikan semalam selepas bedah siasat dilakukan.
Gara-Gara Menolak Ajakan Hubungan Intim
Namun di sebalik kematian ngeri dikelar di leher, penangkapan bapa mentuanya, Khoiri Alias Satir (52) yang tinggal di Dusun Blimbing, Desa Parerejo, Daearah Pasuruan, Jawa membuatkan orang ramai marah dan memaki hamun suspek.
Ini kerana dari siasatan awal, suspek dikatakan mengelar leher menantunya kerana lapar dan makanan lambat terhidang namun siasatan mendalam mendapati Fitria AlMuniroh dikelar kerana menolak melakukan hubungan seks bapa mentuanya sendiri.
Ini berdasarkan baju dipakai oleh arwah koyak seolah direntap. Bahkan ketika ditahan polis, suspek ditemukan menyorok di rumah jirannya. Sudah menduda sejak beberapa tahun lalu, mereka tiga beranak tinggal bersama sebagai satu keluarga. Kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Mas Anizan Akui Rindu Anak Yang Menetap Di Luar Negara
Ibu mana yang tak menzahirkan rasa rindu bila terpaksa berpisah jauh dari anak. Tapi sudah menjadi lumrah anak gadis, usai mendirikan rumahtangga, berada di sisi suami adalah tempat paling afdal untuk dirinya.
Bagi Datin Mas Anizan, perkahwinan anak sulungnya, Mas Aliza atau mesra disapa Baby sememangnya menggembirakan dirinya. Meskipun terpaksa berjauhan, ia mengukuhkan lagi kasih sayang mereka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Hanya tinggal sendirian, tak berdaya.’ Sambutan aidilfitri sudah tidak bererti lagi. Benarlah apa lagi maknanya syawal bila kita tinggal sendiri tanpa keluarga di sisi.
Apatah lagi hidup dalam serba daif, pasti hari raya tidak jauh bezanya dengan hari-hari suram yang ditempuh setiap hati.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...