Tahniah Eyra Hazali Hamil 5 Bulan, Suami Sangka Kejutan Satu Gurauan

Share

Tahniah Eyra Hazali Hamil 5 Bulan. Begitulah berita gembira yang dikongsi pelakon Eyra Hazali tentang dirinya yang kini hamil lima bulan.

Eyra dan suami Muhammad Haziq Nadzli bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Eyra dan suami yang juga merupakan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish, yang kini berusia setahun 5 bulan.

Tahniah Eyra Hazali Hamil 5 Bulan

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman rasmi Instagramnya, pemilik nama sebenar Hazirah Qasdina Hazali, 23, dilihat membuat kejutan istimewa dengan berkongsi kit ujian kehamilan keduanya kepada suami.

Pada mulanya suami Eyra menyangka ia adalah kit ujian lama dan kejutan itu hanya satu gurauan, namun Eyra  mengesahkan ia adalah kit ujian baharu.

“Saya baru menggunakan kit ujian kehamilan ini sebentar tadi. Hendak melompat teruja tetapi awak berada di dalam bilik itu,” luah Eyra.

Baca Disini Juga: Hamil Anak Kedua, Wanita Ini Mengidam Bersanding Sambil Diarak Keliling Kampung

Neelofa Kini Fasa Akhir Kehamilan, “Saya Mengharap Doa Orang Ramai Agar Memudahkan Urusan Bersalin”

Misha Omar Tangguh Rawatan Kesuburan Hamil Anak Kedua “Harus Membuat Pilihan Terbaik, Sedikit Pengorbanan”

Mingguan Wanita : Tahniah diucapkan buat Eyra dan suami.

Sumber / Sumber Foto : Instagram Eyra Hazali 

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en


YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh