Tahi Telinga, Tak Perlu Pun Buang Melainkan Dua Sebab Ini!

Share

Tahi telinga boleh menjadi gangguan kalau sampai satu tahap dia sudah tersumbat. Malah tahi telinga tersumbat ini biasanya berlaku apabila anda jenis suka menggunakan putik kapas untuk membersihkan telinga, memaksa tahi telinga bergerak lebih ke dalam liang telinga dan berkumpul.

Biasanya orang yang suka guna headphone atau earphones juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk pengumpulan berlebihan kotoran telinga.

Jadi boleh ke kita teruskan guna putik kapas untuk membuang kotoran dalam telinga? Haaa… jawapan ini ada dalam perkongsian Dr. Ezairy M.Sallih tentang tahi teliga.

Patut Ke Buang Tahi Telinga

Sebab itu doktor selalu pesan tak elok amalkan tabiat mengorek telinga. Tak kira sama ada menggunakan besi, cotton bud dan apa sahaja.

Ear wax, cerumen atau tahi telinga yang cuba dibuang itu ada fungsinya sendiri. Apa fungsi dan istimewanya cerumen ini?

1. Ini akan membentuk lapisan asid ‘acidic coat’ yang mengandungi lysozyme. Sangat penting untuk mencegah jangkitan kuman bakteria dan fungal.

2. Ear wax atau tahi telinga mengandungi juga lapisan lipid ‘lipid-rich cerumen’. Ia bersifat hydrophobic dan mencegah pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga.

3. Cerumen juga berfungsi menghalang segala kotoran dan bendasing dari luar.

Jadi, tidak perlu dibuang MELAINKAN dua sebab iaitu:

1. Mengalami kurang dengar.
2. Sakit akibat cerumen yang terlalu keras ‘impacted ear wax’

Ini akan berlaku sekiranya anda berterusan amalkan tabiat ini. Gegendang telinga ‘ear drum’ boleh mengalami kebocoran!

Published by
Nadia