Tahan Diri Sebulan Jumpa Anak-Anak, Tiga Kali Buat Ujian Sebelum Yakin Bebas Covid-19

Share

Pelakon cantik Fatin Afeefa menasihatkan agar orang ramai untuk lebih bertanggungjawab terhadap diri dan orang sekeliling dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Berpengalaman menjalani tempoh kuarantin, ibu tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia menceritakan pengalamannya seperti mana yang dipetik menerusi Sinar Plus Hiburan;

“Sebaik sahaja tiba di tanah air, saya terus membuat ujian saringan dan kuarantin diri selama 14 hari.

Akui Fatin, dia menjalani tempoh kuarantin dengan penuh disiplin selepas pulang dari Brazil pada Mac lalu, selain membuat ujian saringan Covid-19.

Selepas Lima Bulan Terpisah Kerana Covid-19, Ibu Ini Akhirnya Dapat Memangku Bayinya

“Terima Kasih Allah Memilihku Sebagai Pesakit Covid-19, Syukurku Merasa Nikmatnya” Ashraf Muslim

Disahkan Negatif Tapi Tak Berani Jumpa Anak-Anak

“Biarpun disahkan negatif pada ujian pertama dan kedua, saya masih belum berani berjumpa dengan keluarga dan anak-anak sehingga melakukan ujian kali ketiga untuk lebih yakin bebas daripada Covid-19.

“Hampir sebulan saya menahan diri untuk berjumpa mereka kerana tidak mahu memberi risiko sekiranya apa-apa berlaku pada saya.

“Jadi saya harap mereka yang diarahkan untuk kuarantin oleh kerajaan agar lebih bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri sendiri sehingga boleh membahayakan nyawa orang lain,” ujar Fatin.

Gembira Kehidupan Sekarang

Berbicara tentang dirinya, Fatin akui tidak mempunyai perancangan untuk kembali berumah tangga buat masa ini.

“Saya gembira dengan kehidupan sekarang kerana dapat memberikan lebih tumpuan pada anak-anak dan kerjaya.

“Ramai peminat suruh saya kahwin lagi, tapi semestinya saya takkan lakukan sesuatu semata-mata kerana mahu memuaskan hati orang atau menepis gosip yang melanda,” sambungnya.

Sumber Foto: Instagram Fatin Afeefa
Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/hiburan
Untuk pautan yang lebih menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Published by
Norhayati Binti Suboh