Tabur SERBUK KUNYIT, Racun Semulajadi Elak Semut Hurung Tanaman!

Share

Serbuk kunyit sering digunakan dalam masakan namun sebenarnya ia juga boleh digunakan untuk tanaman bagi mengelakkan semut dan serangga perosak. Bukan apa, ada tanaman tertentu memang suka dihurung semut. Bila tabur serbuk kunyit begini ia mampu menjadi ‘racun serangga’ semulajadi.

Baca perkongsian daripada Cherie Sis Noriza

Kebaikan serbuk kunyit pada tanaman kita.

1. Racun Serangga Semulajadi Elak Semut Pada Tanaman

Tanaman kita kadang-kadang ada semut suka hurung kan. Kadang-kadang depa buat umah depa. Kadang depa berkumpul meeting ramai-ramai kat tanaman kita. Boleh je spray racun serangga tapi tak elok laa pulak kan jadi. Gunakan serbuk kunyit ini.

Caranya:

Semut tak suka bau kunyit, jadi taburkan serbuk kunyit pada pangkal tanaman, atas tanah dan keliling tanaman.

2. Kurang Rasa Kegatalan Digigit Semut

Tengah syok berkebun, tetiba kena gigit pula dengan semut atau serangga. Jadi cara mudah ambil serbuk kunyit dan campurkan sedikit air jadikan macam pes. Sapu dekat bahagian yang kena gigit.

Pes serbuk kunyit ini mudah diserap oleh lapisan kulit, jadi ia boleh mengurangkan rasa kegatalan.

3. Elak Dahan Rosak

Bukan itu sahaja ia juga dapat melindungi dahan yang dicantas menjadi rosak. Setiap kali melakukan cantasan pada dahan pokok, ia akan membuatkan bahagian dalaman pokok terbuka.

Jadi ambil serbuk kunyit ini dan campurkan sikit air, kemudian sapu pada bahagian yang dicantas tadi. Sapu rata-rata agar tiada bahagian dahan yang terdedah lagi. Sekaligus ia dapat mengelakkan dahan tanaman dari rosak.

Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.

Mesti Baca:Tanam KUNYIT Dalam Tayar Menjadi Sungguh, Bersusun Isi Puas Hati Berbaloi!
Baca Lagi Di Sini:Sapu KUNYIT Pada Batang Hidung, Rawatan Alternatif Sembuhkan DEMAM SELESEMA Kucing


Artikel Menarik:JUS KUNYIT Remedi Turun Temurun Keluarga, Minum Pekat Lebih Bagus!

Mingguan Wanita: Banyak kegunaan serbuk kunyit rupanya selain digunakan dalam masakan. Boleh cuba tip yang dikongsikan ini nanti.

Sumber:Cherie Sis Noriza

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab