Tabur Bawang Putih, AYAM GORENG Sedap Bau Wangi, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam!

Share

Tabur Bawang Putih, AYAM GORENG Sedap Bau Wangi, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam!Ada pelbagai resipi ayam goreng yang boleh mak-mak cuba. Namun resipi ringkas ayam goreng yang dikongsikan ini cukup mudah dan sangat membuka selera.Apatah lagi dimakan dengan nasi panas.

Ikut resipi oleh Novelis Affieyza Isahak ini kongsikan sebagai panduan;

Ayam Goreng Viral.Baru nak cuba sebab ada tengok satu video ni. Mudah dan ringkas. Siap ada yang kata sedap gila.

Lagipun ada penggunaan bawang putih ketika menggoreng. Mesti wangi.Bila dah rasa, memang sedap, rangup di luar, lembut di dalam dan sangat harum baunya.

Beberapa ulas bawang putih yang dimasukkan ketika ayam digoreng, sedap dimakan. Adiklah yang kata sebab Cik Fieyza tak makan sebarang bawang-bawang selain yang ditumbuk halus. Pernah sekali tertelan bawang putih yang terlindung dek sambal tempe, dan dan rasa nak demam. Serik betul. Cik Fieyza kongsi resipi yang digunakan jika ada yang nak cuba buat.

Bahan-Bahan:

1 biji Telur
1 biji Bawang merah besar
3 ulas Bawang putih
1 inci Halia
2 sudu Sos tiram
Kiub pati ayam (cairkan : ikut anggaran ayam banyak mana)
Serbuk perasa dan gula
2-3 sudu Tepung ubi

Cara Membuat:

1. Kisar telur, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus.

2. Kemudian, curahkan bahan kisar ini atas ayam.

3. Campurkan dengan Sos tiram, Kiub pati ayam, Serbuk perasa dan gula, serta tepung ubi.

3. Gaul dengan ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi baik.

4. Campurkan pula dengan tepung ubi.

6. Gaul rata semua.

5. Goreng macam biasa. Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.

Ikutkan video asal, ayam digoreng dua kali untuk dapatkan lebih kerangupan. Tapi Cik Fieyza goreng sekali saja sampai betul-betul garing.

Siap! Selamat Mencuba.

 

Mesti Baca:Tak Payah Masuk Setitik Minyak Pun, Ayam Goreng Sedap Tetap Garing!
Baca Lagi Di Sini:DADA AYAM Goreng Kunyit ‘Seksi’, SEDAP Makan Dengan Ulam Timun, Kicap & Sambal Lada!
Artikel Menarik:Resipi Ayam Goreng Serai Thai SEDAP, Tabur Hirisan Daun Limau Purut!

Mingguan Wanita: Sedapnya resipi ayam goreng yang viral ni.. Memang nampak rangup di luar dan lembut di dalam. Makan dengan nasi panas pun dah cukup menyelerakan. Boleh cuba nanti.

Sumber: Novelis Affieyza Isahak

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab