Ada caranya untuk bersihkan kotoran degil atas dapur supaya kembali jadi berkilat macam baru beli. Hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di dapur sahaja. Bukan apa biasanya, selepas memasak, memang akan ada kesan minyak hitam yang melekit selain sisa sisa masakan yang melekat di celah dapur.
Ramai bertanya dan nak tau cara untuk kilatkan dapur seperti baru. Saya nak kongsikan tips kali ni.
Baking Soda
Garam
Tisu Dapur
Cuka
Cecair Pencuci Pinggan
1. Tabur atas dapur baking soda dan garam.
2. Selepas itu tuang sabun cuci pinggan dan lumur bagi samarata ke semua tempat.
3. Kemudian tutup guna tisu dan tuang cuka. Pastikan cuka meresap dan basah.
Insha Allah senang bersih kotoran degil atas dapur nanti.
Tip ini boleh digunakan untuk kilatkan kuali juga.
Semoga Bermanfaat.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:Rendam Berus Keluli Dengan Sabun Mandi, PETUA Periuk Berusia 22 Tahun Masih Cun Melecun!
Mesti Baca: Cara BETUL Jaga Periuk Stainless Steel, Boleh Tahan Sampai Ke Anak Cucu!
Artikel Menarik:Tukang Masak Kongsi 3 Barang PENTING, Sental Periuk Belanga Jadi Bersih Berkilat!
Mingguan Wanita:Jadi buat mak-mak yang nak bersihkan dan kilatkan dapur supaya nampak macam baru, boleh cuba petua mudah yang dikongsikan ini.
Sumber: Dapur Pak San
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita