Pernah sebelum ini viral tentang tabung duit yang menggunakan nilai warna yang berbeza-beza sehinggakan menjadi kegilaan orang untuk terus menyimpannya. Sehingga kini pun, masih ada yang teruskan simpanan ini. Hebat.
Ada yang mula dari awal tahun dan akan buat kiraan pada penghujung tahun. Memang meriah betul. Biasanya warna duit yang jadi pilihan tentulah RM5, warna hijau, merah untuk RM10 dan oren untuk RM20.
Semua ini bergantung pada kemampuan masing-masing. Kalau rasa ia tidak membebankan, boleh diteruskan. Maklum sahaja, tabung duit ini tidak langsung digunakan dan boleh dikatakan ia sebagai tabung kecemasan. Kadang-kadang, bila dah kumpul banyak-banyak rasa sayang pula untuk gunakan kembali.
Sebenarnya, banyak manfaat yang boleh kita dapat, bila kita biasakan untuk menyimpan terutamnya bila berlaku kecemasan. Tak perlulah kita rasa sampai ‘terseksa’ semata-mata untuk menyimpan tapi bolehlah buat sekadar yang boleh.
Tak mampu menyimpan warna untuk nilai yang besar, cukuplah yang biru atau hijau. Itu pun dah cukup menarik. Begitulah yang diamalkan oleh Dr. Erna Nadia yang berusaha untuk mendisiplinkan diri dalam menyimpan tabung kecemasan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Wanita Ini Kongsi Sebelum Beria Nak Beli Emas, Kena Ada TABUNGAN TUNAI Dulu
Lelaki Ini Kongsi Tips Mudah Cara Simpan Duit Dalam Tabung Bajet, Boleh Dapat RM780 Setahun!
Info Lebih Menarik DI SINI
Alhamdulillah tabung hijau oren tahun ni, RM 3550.00
Semuanya sudah selamat masuk bank hari itu. Inilah saya.
Cara saya ajar diri untuk disiplin adalah dengan tabung hijau oren. Kena buat juga supaya saya sentiasa beringat.
Ini adalah tahun kelima saya dan pada tahun lepas paling tinggi hampir RM4000.
Tahun ini sebab memang kerja saja, jarang langsung keluar ke mana mana, duit jarang guna dan jarang keluarkan jadi saya rasa sebab itu tidak lebih banyak dari tahun lepas
Apa yang saya belajar adalah:
Setiap kali dapat duit hijau dan oren, memang saya tak guna. Terus asing ke tepi. Terus simpan.
Kalau withdraw duit dapat semua warna oren, saya akan simpan juga sebab pada saya dengan cara itulah saya ajar disiplin diri.
Biar nampak selekeh, asalkan ada simpanan.
Dari bergaya sini sana tapi hutang keliling pinggang. Tak mahulah begini.
Nota kaki : Maybe boleh mula tabung purple sebab jarang dapat duit purple.
MW: kalau dah masuk tabung tu, jangan pula ‘gatal-gatal’ nak ambil. Biasanya, kalau dah mula ambil, lain hari nak ambil lagi. Itu namanya tak disiplin dirilah.
Sumber: Dr. Erna Nadia
Sikit sikit asal jadi bukit
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita