Tabik Pada Mak Yang Ada Anak Rapat-rapat, Bukan Mudah Nak Jaga Tanpa Mengeluh Tapi Kalau Mampu Itu Hebat!

Share

Bila sudah bergelar mak, topik sampingan bila jumpa kawan-kawan, tidak akan sah kalau tak bercerita tentang anak-anak. Macam-macam ragam yang anak buat. Ini belum masuk abang kacau adik, adik nangis dan pelbagai peristiwa yang melucukan.

Pengalaman Mak Ada Anak Rapat-rapat

Bercakap tentang anak ni, saya cukup respek pada mak-mak yang lahirkan anak rapat-rapat. Macam mana mereka handle dan melayan kerenah anak-anak, menyiapkan keperluan dan memasak untuk keluarga.

Bukan apa, saya sendiri yang melaluinya boleh ‘naik angin’ dan hilang sabar bila ada anak-anak yang bergaduh, masa yang sama adik merengek nak susu… macam-macam lah. Mujurlah ada anak yang dah besar, bolehlah minta tolong layankan adik-adiknya. Tapi, bila anak yang besar pun terlibat dalam pergaduhan ini, mahunya suara ‘tarzan’ akan keluar.

Anak sulung, kedua dan ketiga, jaraknya antara 2-3 tahun. Jadi, bila adik dah keluar, diorang masih boleh dikawal lagi. Tapi bila anak saya nombor 4 dan nombor 5 jaraknya agak dekat (beza setahun lebih). Apalagi, abang nombor 4 mulalah buat ‘geram’ kat adiknya. Tak boleh bayangkan mak-mak yang anaknya berderet dan jaraknya dekat. Memang salute la.

Pernah juga saya alami bila mana, anak nombor 4 mula buat hal, ayahnya pujuk tak dilayan, abang dan kakak pujuk pun tak jalan. Si kecil pula menangis minta disusukan. Mana satu mahu dilayan. Haru biru. Akhirnya, dua-dua dok ‘bertempek’ dengan mamanya.

Jangan Mengeluh

Walau bagaimanapun, jangan mengeluh bila Allah kurniakan anak-anak ini (walaupun rapat-rapat). Ada juga orang tanya ‘tak rancang kehamilan ker?’. Pada saya, walaupun kita merancang macam mana sekalipun, bila Allah kata kun fa ya kun …kita terimalah dengan redha. Semua tu Allah sudah tahu kita mampu laluinya. Kehadiran merekalah rezeki untuk kita sekeluarga.

Buat Muhammad Adib Iman b. Asmawal, selamat ulang tahun yang ke-2 pada 13 Disember 2017. Moga menjadi anak yang soleh dunia akhirat. Sayang Anak Mama.

Published by
Nora