Dalam memasak, setiap orang mempunyai air tangan tersendiri. Sedap atau tidak hanya orang merasai sahaja. Begitu juga dengan masakan isteri untuk diberikan kepada keluarga tidak akan sama dengan ibu sendiri atau mentua.
Sebab itulah, sebagai suami tidak perlulah nak bandingkan masakan isteri dengan ibunya. Masing-masing ada citarasa dan cara tersendiri. Kadang-kadang, suami sekadar bergurau tetapi perasaan seorang isteri tnetulah tidak mampu untuk menerimanya.
Sepatutnya, suami hargai atas usaha yang dilakukan oleh isteri untuk ‘mengikat perut’ suami. Mungkin sebelum ini isteri tidak pandai memasak tetapi demi suami dia sanggup belajar memasak untuk dihidangkan kepada suami dan keluarga.
Malah, ada juga isteri yang belajar cara memasak makanan kegemaran suami dengan mentua, walaupun hakikatnya tidak akan sama dengan ibunya yang masak.
Usah bandingkan masakan isteri dengan ibu sebab keadaan ini boleh membuatkan isteri tertekan dan rasa kecil hati. Hargailah pengorbanan isteri yang sanggup bersusah payah dan ‘mandi peluh’ di dapur.
Inilah perkongsian Imam Muda Hassan tentang bagaimana tabiat suami yang mungkin dirasakan normal tapi tidak bagi seorang isteri terutamanya dalam membandingkan masakan isteri dengan ibunya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nak Bagi Masakan Sedap, Bukan Hanya Letak Garam Gula Tapi Bacalah Doa Ini
Sambal Ayam Penyet ‘Ngosek’, Rasanya Tak Pedas Sangat, Senang Buat
Info Lebih Menarik DI SINI
Mungkin di kalangan pembaca yang melihat posting ini berhadapan dengan situasi seperti di atas, apa pun keadaan, jangan terus dirundung sedih dan dukacita kerana sikap dan sifat manusia berbeza antara satu sama lain.
Ada beberapa tabiat suami yang mungkin ‘normal’ baginya, tetapi ia sebenarnya ‘tidak normal’ pada isteri.
Antaranya:
1. Suami mengkritik masakan isterinya secara terus (direct). Ia mungkin dilihat perkara yang normal baginya, tetapi sebenarnya ia mengundang luka yang mendalam pada hati si isteri.
2. Ada sesetengah suami yang mengkritik masakan isterinya secara tidak terus (indirectly), tapi bahasa yang diungkapkan sangat pedih bagi si isteri. Ia mungkin kelihatan normal bagi suami tapi tidak bagi isteri.
3. Suami yang selalu membanding-bandingkan masakan isterinya dengan masakan orang lain. Ia mungkin normal bagi suami tetapi tidak bagi isteri.
4. Ada juga suami yang selalu membanding-bandingkan masakan isterinya dengan ibunya. Ia mungkin normal bagi suami tetapi sangat tidak normal bagi si isteri, bahkan ia sangat memberi tekanan emosi yang mendalam pada isteri.
Perkara ini dilihat seperti isu kecil dalam rumah tangga, tetapi ia bakal menjadi besar apabila dipendam sekian lama oleh isteri.
Tambahan pula, bila mana suami yang mengelak masakan isterinya gara-gara masakan isterinya tidak sama dengan masakan ibunya. Perbuatan ini sangat besar impaknya pada emosi seorang isteri.
2 perkara yang perlu diperhatikan dalam isu ini:
Amalkan 2 perkara ini untuk mengatasi isu ini:
1. Upgrade communication skills. Boleh attend online seminar, baca buku atau bahan bacaan yang berkenaan.
2. Kena selalu amalkan mesyuarat antara suami isteri. Tidak perlu formal, mesyuarat boleh dibuat semasa di meja makan, di bilik tidur, selepas ‘bersama’ dan boleh juga melalui whatsap. Cuma perlu diambil perhatian, gunakan laras bahasa yang betul dan ayat-ayat yang betul.
Perbaiki Diri
#jiwatenang
MW: Setiap orang baik isteri atau ibu sendiri mempunyai air tangan yang berbeza. Tak perlu nak bandingkan. Syukurlah isteri masih mampu ke dapur untuk berikan hidangan tebaik buat suami dan keluarga.
Sumber: Imam Muda Hassan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita