
Tabiat pelik seorang lelaki di China yang gemar menghidu stoking busuknya setiap hari akhirnya membawa padah apabila dia mengalami jangkitan kulat yang teruk pada paru-parunya.
Mirror Online melaporkan, setiap hari lelaki berasal dari Zhangzhou, tenggara China itu akan menukar baju yang bersih dan selesa namun tetap akan menghidu stoking yang dipakainya sepanjang hari selepas pulang daripada bekerja.
Tabiat pelik tersebut mengundang padah, menyebabkan paru-parunya dijangkiti kulat yang terdapat pada stoking yang terbentuk akibat kakinya yang berpeluh.
Dia mengalami batuk teruk dan kesukaran bernafas hingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital bahagian kes kecemasan.

Laporan perubatan pada imbasan X-ray paru-paru lelaki ini mengesahkan jangkitan itu berpunca daripada ketagihannya menghidu stoking setiap hari.
Ketagihan pada bau stoking pernah dilaporkan media di beberapa negara, pada awal tahun ini, seorang lelaki di Amerika Syarikat dilaporkan sanggup membayar sejumlah wang kepada wanita untuk mendapatkan stoking busuk yang dipakai mereka.
MW: Macam-macam lah tabiat pelik-pelik yang ada di dunia ni. Bahayanya boleh mengundang padah dan jejaskan kesihatan! .
Sumber: Sinar Harian & mirror Online
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Redza & Bella Hanna Selamat Bernikah “Tidak Ada Fasa ‘Declare’, Bila Serius Bawa Beli Cincin”

Isi Kandungan
ToggleRedza & Bella Hanna Selamat Bernikah. Bagaikan satu kejutan apabila mengetahui perkhabaran perkahwinan pelakon Redza Rosli dan hos Hlive Bella Hanna.
Pasangan yang berjaya menyembunyikan hubungan cinta mereka itu, telah selamat bernikah petang tadi. Tidak disangka pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta yang sama-sama dibintangi Redza dan Bella telah menyatukan pasangan ini.
Redza & Bella Hanna Selamat Bernikah
Pasangan sama cantik sama padan itu telah selamat bergelar pasangan suami isteri di Forest Valley Hall, Cheras, Kuala Lumpur berwalikan bapa Bella sendiri, Rosman Abdullah dan disaksikan oleh jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.
Pada majlis tersebut Redza telah menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM3,000 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Manakala pihak pengantin perempuan telah menerima lima dulang hantaran dari pengantin lelaki dan dibalas tujuh.
Tak Nak Berkawan Lama-Lama
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Redza menjelaskan dirinya dan Bellas sudah lama berkawan.
“Kami cuba untuk terus bersama dan bawa ia ke fasa lebih serius. Kalau boleh memang tak nak berkawan lama-lama.
“Sepanjang perhubungan ini, kami tidak ada fasa seperti ‘declare’ sebagai pasangan kekasih. Ia berjalan secara semula jadi saja.
“Sampai satu tahap, saya terus bertanya pada Bella adakah dia serius. Selepas itu, saya terus bawa dia pergi beli cincin. Ketika itu kami saling meluahkan perasaan. Bagi saya, apa yang penting adalah sudah mengenali hati budi,” ungkap Redza.
Tanggungjawab Besar Sebagai Suami
Kini selepas bergelar suami, Redza akui tanggungjawabnya semakin besar.
“Selesai akad, segalanya sudah menjadi tanggungjawab saya yang mana ia bukan tugas mudah. Malah, di sebalik tanggungjawab itu perlu ada keikhlasan agar kehidupan baharu yang dibina ini berlangsung dengan baik dan mendapat keredaan Allah SWT,” ungkap Redza.
Baca Disini :Lelaki Termasuk Yang Dah Kahwin Memang Suka Tengok Perempuan Lain, Sekadar Pandang, Itu Normal
Sumber : Harian Metro & Facebook TV3 Malaysia
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bapa Along Spoon Sudah Reda Kematian Along,”Saya Sudah Maafkan Apa Yang Terjadi Dulu…”

Isi Kandungan
ToggleBapa Along Spoon Sudah Reda Kematian Along, “Saya Sudah Maafkan Apa Yang Terjadi Dulu…” Bapa penyanyi terkenal era 1990-an, Allahyarham Along Spoon iaitu Shafiee Mohd Yusof, 75, mengaku sudah memaafkan individu disabitkan dengan kesalahan membunuh anaknya pada 26 Disember 1999.
Bapa Along Spoon Sudah Reda Kematian Along
Individu yang dimaksudkan ialah Mohamed Ya’cob Demyati yang juga bekas anggota polis. Shafiee atau mesra disapa Pak Engku berkata, dia juga sudah merelakan pemergian anaknya selepas hampir 25 tahun meninggal dunia biarpun pada awal sukar menerima kenyataan.
“Saya sudah maafkan Mohamed Ya’cob atas apa yang terjadi dulu. Ini semua adalah ketentuan Allah. Pada awalnya, saya rasa tidak boleh terima, tetapi itu kesilapan saya.
“Selepas sekian lama saya reda dan cakap ‘Ya Allah, kaulah yang paling berkuasa dan aku terima segalanya’,” katanya ditemui dalam satu majlis, di sini.
“Saya Sudah Maafkan Apa Yang Terjadi Dulu…”
Ditanya sama ada dirinya mempunyai keinginan untuk bertentang mata dengan Mohamed Ya’cob, Shafiee memberitahu, dia enggan berbuat demikian, namun terbuka sekiranya individu terbabit mahu berjumpa atau memohon maaf.
“Saya tiada keinginan nak jumpa. Hati ini sudah terluka, itu dia (Mohamed Ya’cob) punya hal. Tetapi kalau datang hendak minta maaf, saya terima dan tiada masalah.
“Kalau saya sendiri hendak jumpanya, mungkin tidak perlulah,” jelas Shafiee yang dilihat sebak saat berbicara mengenai Allahyarham Along.
Pada 16 November tahun lalu, Mohamed Ya’cob yang disabitkan dengan kesalahan membunuh Along atau nama sebenarnya, Sabi’ul Malik Shafie dibebaskan dari Penjara Kajang selepas selesai menjalani hukuman penjara selama 33 tahun.
Mahkamah Persekutuan dilapor meminda hukuman daripada penjara sepanjang hayat kepada penjara 33 tahun ke atas Mohamed Ya’cob. Pindaan hukuman berkuat kuasa mulai tarikh tangkapan tertuduh, iaitu pada 4 Januari 2000.
Dalam pada itu, Shafiee menegaskan, dia menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa dalam menentukan balasan setimpal terhadap individu terbabit.
“Setakat ini, Mohamed Ya’cob tiada datang minta maaf. Perasaan saya apabila pesalah sudah lepas tidak mengapa. Dia lepas di dunia, tetapi esok di akhirat jawablah.
“Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Kalau ikutkan, jika ketika itu saya sihat dan gagah perkasa, saya juga mahu tunggu depan penjara (pada hari Mohamed Ya’cob dibebaskan),” katanya.
Mengikut pertuduhan, Mohamed Ya’cob yang juga anggota cawangan pengawal pengiring di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ketika itu, didakwa membunuh Along, 19, di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, jam 1 pagi 26 Disember 1999.
Allahyarham Along yang popular dengan lagu Rindu Serindu Rindunya sebelum itu dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999.
Polis kemudian menemui rangka manusia diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.
Sumber: Berita Harian Harian Metro
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Khairul Aming Pilih Bebas Hutang & Simpan Duit “Pergi Kedai Tengok Mahal, Saya Letak Balik”

Isi Kandungan
ToggleKhairul Aming pilih bebas hutang dan simpan duit. Jutawan muda yang juga cukup terkenal dalam video masakan, Khairul Amin Kamarulzaman menerusi perkongsian terbaru yang tular di aplikasi TikTok menjelaskan dirinya lebih gemar memilih kehidupan bebas hutang dengan mengamalkan konsep penyimpanan duit yang selesa dan mempunyai jaringan keselamatan kewangan kukuh.
Malah Khairul juga memilih untuk melabur dalam perniagaan sambal yang diusahakan.
Khairul Aming Pilih Bebas Hutang & Simpan Duit
Tidak seperti jutawan lain, Khairul turut mendedahkan Cuma satu pinjaman wang daripada bank yang dimilikinya adalah kereta peribadinya, Perodua Bezza.
“Saya memang jenis suka melabur dalam bisnes, duit daripada bisnes akan berkembang untuk bisnes semula.
“Bab bisnes saya tidak berkira, contoh jika staf nak pakai atau beli mesin ini, okey beli. Tetapi kalau saya nak beli barang sendiri, pergi kedai ini, tengok mahal, saya letak balik,” kongsinya.
Nak Tidur Tenang
Malah Khairul yang masih bujang itu turut menyatakan lebih suka membuat pembelian aset yang memberi pulangan wang semula seperti mesin sambal baik berbanding membeli kereta atau rumah mewah.
“Saya nak tidur tenang, itu saja. Sudah enam tahun tak cukup tidur, berhempas pulas buat perniagaan. Tapi nak kata tidur tenang, tidak juga sebab ada tanggungjawab baru.
“Saya kena fikir yang baru pula iaitu jaga prestasi perniagaan, pendapatan dan staf sebab saya jenis tak boleh duduk diam.
“Kalau untung rendah, saya akan buat sesuatu untuk menaikkannya semula, buat video atau apa-apa sahaja,” sambungnya.
Mingguan Wanita: Allahu suka betul dengan kebijaksanaan Khairul Aming
Mesti Baca: Khairulaming Tunai Janji, Tutup Kilang 5 Hari Bawa 60 Staff Bercuti Di Langkawi!
Baca Lagi Di Sini: Buat Sendiri Kerabu Maggi Thai, Resipi ‘Mengidam’ Khairul Aming, Kecur Air Liur!
Artikel Menarik: Lebih 700 Botol Terjual, Wanita Tampil Mengaku Palsukan Sambal Khairulaming
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber Foto : Insatgram Khairul Aming
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI