Taat pada suami bukan mutlak, lelaki tak boleh buat sesuka hati. Dalam perkahwinan, ketaatan isteri kepada suami sering ditekankan sebagai salah satu asas keharmonian rumah tangga.
Taat Pada Suami Bukan Mutlak, Lelaki Tak Boleh Buat Sesuka Hati
Konsep ketaatan ini sering disalahfahami sehingga ada yang menganggap isteri perlu mematuhi segala kehendak suami tanpa soal, walaupun ia melibatkan perkara yang bertentangan dengan agama, moral, atau prinsip kemanusiaan. Taat pada suami bukanlah mutlak, dan suami juga tidak boleh bertindak sesuka hati terhadap isterinya.
Saya bimbang dan risau hari ni apabila ramai lelaki yang ada cara berfikir macam ni. Tak kira suami jahat macam mana pun isteri kena taat…
Maka si lelaki dia buatlah apa yang dia nak buat seperti contoh langgan pelacur, ada skandal, berjudi, rampas duit isteri, tak bagi nafkah, edar dadah dan macam-macam lagi.
Tapi pada masa yang sama merasakan isteri wajib taat walau apa jua keadaan dia. Ketaatan pada suami adalah MUTLAK.
Maka diberilah contoh firaun dan Asiah untuk membenarkan hujahnya. Diberilah lagi contoh Nabi Noh yang baik tapi tetap isteri tidak taat.
Setiap hari saya di maki oleh beberapa lelaki hanya kerana saya menyatakan ANTARA punca kenapa ada isteri yang tidak taat pada suami adalah kerana suami tidak berfungsi sebagai suami dan tiada daya kepimpinan.
Kemudian saya dituduh menjadi punca penceraian mereka, menyebabkan perempuan untuk lawan suami, menyebabkan isteri jadi curang.
Ads
Terasa macam hebat sangat pula. Semua yang berlaku dalam keluarga dia, saya jadi punca. Sedangkan kenal pun tidak.
Pemikiran sebeginilah yang sangat saya risaukan dalam keluarga. Pemikiran submissive sebegini akan meletakkan isteri hanya menjadi objek, hamba dan bukan insan.
Kalaulah ketaatan pada suami adalah mutlak, mana mungkin Islam wujudkan penceraian. Apatah lagi Islam ada fasakh dalam perkahwinan. Ramai yang sibuk memberi contoh firaun dan asiah hanyalah semata untuk menyalahkan pasangan tanpa perlu muhasabah diri.
Kenapa nak ikut contoh Firaun dan Asiah sedangkan kita ada contoh Nabi Muhammad SAW dan para isteri Baginda? Pemikiran submissive sebeginilah yang melahirkan pendera dalam rumahtangga, menghasilkan anak-anak yang trauma dengan keganasan ayah, yang boleh buat apa sahaja.
Saya jelas dengan bagaimana Nabi SAW meletakkan ketaatan suami adalah hal yang sangat tinggi dalam keluarga. Bagaimanapun ianya bukan bersifat MUTLAK. KETAATAN YANG MUTLAK HANYA PADA ALLAH.
Ketaatan isteri kepada suami adalah sebahagian daripada konsep perkahwinan dalam Islam, tetapi ia bukanlah mutlak. Ketaatan ini bersyarat dan mesti berpaksikan kebaikan serta keharmonian. Sebagai ketua keluarga, suami perlu memimpin dengan adil, kasih sayang, dan tanggungjawab, bukan bertindak sesuka hati.
Ads
Perkahwinan yang harmoni tercapai apabila kedua-dua pihak memahami hak, tanggungjawab, dan batasan masing-masing, serta berusaha bersama untuk mencapai redha Allah SWT. Ketaatan yang sebenar adalah kepada Allah, bukan manusia.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jangan paksa anak belajar. Ada mak ayah dah tak sabar untuk hantar anak ke sekolah. Dengan harapan, anak dapat belajar dengan cepat dan skill pengetahuan setanding dengan anak-anak lain.
Namun, tak semua anak boleh terima dan pada usianya yang masih kecil dalam lingkungan 3 tahun, 4 tahun dan 5 tahun yang masih lagi dalam proses bermain-main.
Tak salah pun nak hantar anak ke sekolah tapi jangan paksa anak belajar. Biarlah dia belajar sambil bermain supaya tidaklah dia stres. Paling takut, dia cepat bosan bila sudah tiba masa untuk dia betul-betul belajar pada usianya.
Dalam perkongsian Normaliza Mahadi ada betulnya. Tak perlulah mak ayah risau anak tak pandai atau tak tahu, nanti esok-esok pandailah dia.
Pendapat peribadi saya sebagai mak
Umur 5 tahun mungkin terlalu awal nak dihantar ke sekolah. Terutamanya untuk anak-anak yang tidak pernah disediakan untuk berpisah dari ibunya. Anak yang tidak pernah dilatih berjauhan dan berdikari. Anak yang memang sepanjang masa berkepit sama ada dengan ibu atau bapa.
Sebenarnya umur 6 tahun pun hantar sekolah main-main aje. Apa halnya budak 6 tahun kena buat homework?
Jika tujuan hantar anak ke sekolah untuk belajar berkawan dan bersosial maka ini banyak jalan lain lagi. Ibubapa kena luangkan masa bawa anak ke taman permainan atau ke tempat lain untuk anak belajar
1. Tegur kawan
2. Berkongsi
3. Bertolak ansur
4. Mendengar arahan
5. Terima kekecewaan (bila kawan tak nak share mainan mereka atau sebagainya)
6. Menghargai kawan seperti ucap selamat tinggal dan beritahu kawan jumpa lagi nanti
Layan Ikut Kemampuan
Takut anak tak tahu membaca?
Saya tak layan anak ikut umur. Saya layan anak ikut kemampuan. Jika umur 7 tahun masih tak tahu baca. Tak tahulah. Jika pandai baca, Alhamdullilah.
Sebab saya melihat bagaimana anak-anak ini akan mengejar kawannya yang lain nanti. Dan tiba masanya mereka akan sama sahaja sama ada pandai membaca lebih awal atau lewat.
Fokus UTAMA anak umur 5 dan 6 tahun (jika anak adalah seperti kanak-kanak yang standard) adalah mentauhidkan Allah dan solat.
Supaya umur 7 tahun solatnya tip top. Dan umur 10 tahun solatnya sudah menjadi darah daging dan automatik tahu bila masuk waktu.
Jangan dera perasaan anak yang belum sedia ditinggalkan di sekolah. Jangan siksa perasaan mereka. Elakkan anak mempunyai trauma tentang sekolah. Kerana anak akan berada di sekolah selama 11 tahun. Bagilah mereka memandang sekolah sebagai satu institusi menimba ilmu bukan tempat yang menyedihkan.
Anak yang tidak dihantar lagi ke sekolah boleh dikendong sambil tanamkan aqidah sunah. Terangkan mengenai Allah itu satu. Tadabur AlQuran dengan anak. Bagitahu anak hidup ini semuanya bergantung kepada Allah.
Yang penting Allah. Dan Allahlah segalanya.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Biarlah anak lalui zaman kanak-kanaknya dengan bahagia dan gembira. Insya Allah, nanti pandailah dia.
Nama panggilan ini nampak simple je nak buat, tapi kesannya hebat. Malah Rasulullah SAW pun memanggil isterinya dengan gelaran yang indah-indah. Barulah rumahtangga barakah. Romantik pun romantik.. sweet pun sweet, tahap potong kaki punya.
Penting sebenarnya memanggil dan memuji isteri dengan gelaran atau panggilan terindah. Hati isteri akan jadi bertambah bahagia bila suami panggil dengan panggilan sayang, manja dan sebagainya. Rasa tenang sama pun iya.
Sebab itulah, wahai suami.. Ustaz Ebit Lew berpesan agar memuji dan memanggil isteri dengan panggilan yang paling anda sukai. Haa.. sama juga dengan isteri. Pun kena panggil suami dengan gelaran terindah yang baik-baik.
Puji Dan Panggil Isteri Dengan Gelaran Terindah
Aduh. Ya Allah tuhanku..sebak rindu semua ada. Dapat peluang berdua-duaan dengan bidadari sayang dalam kereta nak pergi ambil anak balik sekolah. Rasa bahagia pegang tangan. Nak berbual. Nak cakap i love u till jannah banyak-banyak kali. Makin hari makin rindu. Makin jatuh cinta sayang.
Ya Allah jagakanlah bidadariku ini supaya dapat kami bersama mendapat RedhaMu dan jannatulFirdausMu
Rumahtangga paling bahagia ialah rumahtangga Rasulullah saw. Jadilah orang paling baik dan romantik seperti Rasul saw… Bila pulang ke rumah baring atas riba isteri. Atau isteri baring di atas riba kita. Saling mengusap dahi dengan cinta dan kasih sayang. Setelah berpenat berjuang di luar sana. Dakapan pasangan yang kita cintai ialah tempat paling indah. Mengubat segala duka dengan izin Allah.. Rasulullah saw berpelukan menangis kerana keletihan dan diuji dengan pukulan, cacian, kesusahan yang amat dahsyat di luar sana.. rumahku syurgaku.baiti jannati. Memuji dan memanggil isteri atau suami dengan panggilan paling disukai.
Wahai bidadariku yang menawan, yang cantik, kekasih hati teman hidupku. Menemuimu dalam hidup ini perkara yang terindah. Kaulah bulan. Kaulah matahari. Kaulah kurnia Allah yang terindah dalam hidup ini..
Rasulullah saw memanggil isteri dengan gelaran dan panggilan terindah.
Berlemah Lembut, Lunakkan Suara Ketika Bersama Pasangan
Mengusap tangan dan peha pasangan. Sambil ucap dan lafazkan sayang. Saya cinta dan sayang awak sampai syurga. Saya ingin terbang bersama sayang dalam syurga.
Berlemah lembut dan lunakkanlah suara bersama pasangan. Perkataan dari hati yang mencintai dan bersyukur. Mereka bukan milik kita. Tapi amanah Allah yang untuk kita cintai dan bawa bersama ke syurga. Jangan sesekali berkasar, dengan wajah bengis, bahasa kasar semua orang lari darimu
Mandi bersama dan bergurau semasa mandi bersama. Rasulullah saw mandi bersama isterinya.
Dukung dan rapatkan pipi. Dengan kasih sayang dan manja. Bergurau dan sekali sekala main kejar-kejar dengan pasangan bagi yang sihat. Berlari bukakan pintu rumah atau kereta bagi pasangan. Berebut nak angkat barang atau anak semasa bersama. Bersama dengan manja dan kasih sayang.
Lumrah hidup berpasangan, pasti ada kurang dan lebihnya. Malahan sering kita merasakan pasangan kita bukan seperti yang diidamkan selama ini. Walaupun kita menganggap pasangan bukanlah yang terbaik tetapi tidak mustahil dia mampu menjadi pasangan yang sempurna jika kita cuba menerima baik dan buruknya.
Sebenarnya pasangan yang sempurna hadir bila kita yang lebih banyak memberi, bukannya ketika kita mencari. Oleh itu hargailah pasangan yang berada di sisi mak, ayah di kala susah dan senang.
Pasangan kita itu mungkin tidak sama macam pasangan orang lain…
Tapi itu tidak bermakna dia tidak boleh menjadi yang terbaik untuk diri kita…
Tak perlu cuba membandingkan seseorang yang mencintai, menyayangi dan mengasihi diri kita dengan yang lain… Dalam hidup ini, jangan terlalu cuba sangat untuk mengejar kesempurnaan kerana kesempurnaan itu tiada pada manusia…
2 kunci dalam perhubungan kita dengan si dia:
1. Cari persamaan 2. Raikan dan hormatilah perbezaan
Mungkin ada yang kata, pasangan kita ini cerminan kepada diri kita… Jika benar seperti yang dikata, maka jika pasangan tidak solat, maka anda pun tidak solat… Jika pasangannya panas baran, maka anda pun panas baran…
Cermin sifatnya memantul…
Apa yang ada pada diri kita, ianya tetap sama di dalam cermin yang kita lihat… Namun realitinya berbeza…
Ada yang memiliki pasangan tidak solat, tapi dia solat… Dia sentiasa menegur pasangannya untuk solat… Ada yang memiliki pasangan panas-baran, tapi dia jenis bersabar… Dia sentiasa cuba bersabar bila pasangannya hilang kawalan…
Kekurangan pasangan dilengkapi dan diisi dengan kelebihan yang ada pada diri kita sendiri… Justeru itu, lengkapilah sesiapa pun yang jadi pasangan kita pada hari ini dengan sifat-sifat serta sikap-sikap yang kita miliki pada diri kita sendiri supaya perhubungan itu mampu diteruskan dan dikekalkan hingga ke syurga Allah SWT.
Pasangan yang sempurna hadir apabila kita memberi, bukan mencari…
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...