Syurga Neraka Bukan Keputusan Kita, Tak Gerunkah Tayang Aset Di Media Sosial

Share

Syurga neraka bukan keputusan kita, tak gerunkah tayang aset di media sosial tanpa ada rasa malu semata-mata demi sebuah konten.

Kadang-kadang dirasakan masyarakat kita terlalu sakit hingga tidak mampu membezakan yang baik atau yang buruk.

Sebaiknya yang tua buatlah cara orang tua, tunjukkan contoh yang baik-baik pada yang muda. Ini tidak dia pula melebih buat video mengundang keceman orang. Nauzubillah!

Syurga Neraka

Luah Akhi Fairuz Al-Jengkawi,

Saya tak tahu nak mula tulis dari mana, tapi ketahuilah budaya melucah ini sudah menyerap masuk dalam pemikiran masyarakat dengan dahsyat sekali!

Semuanya bermula dengan apa yang mereka anggap sebagai gurauan. Ya, walau ia lucah tapi ramai saja kata jangan terasa hati sangat, aku buat lawak, tak boleh gurau duduk surau.

Bukan Keputusan Kita

Lama-kelamaan ia dinormalisasikan. Bermula sembang sesama kawan-kawan di kedai kopi dan pejabat, kemudian menjengah ke pentas lawak di televisyen dan kini berebut-rebut manusia hasilkan konten sebegini di media sosial.

Demi secebis konten! Malu ditolak tepi.

Yang menampar punggung itu bukan tak pernah buat kontroversi. Sudah banyak kali! Yang ditampar punggung pun sama. Bukan muda lagi, sudah tua pun masing-masing. Macam tak ada akal duduk layan ‘jenaka’ bodoh begini.

Dah ramai yang tegur, bagi nasihat, tapi tak jalan. Ustazah Asma Harun yang tegur pun kena sound semula. Dia bo layan setiap teguran yang diberi. Bila kena panggil dengan SKMM, baru berubah nada.

Baca Di Sini:

Rupanya Pelajar Sekolah Paling Ramai Layan Sesawang Lucah, Mak Ayah Patut Ikut Saranan Cikgu Ini Sebelum Makin Parah

Mak-Mak Terlalu Sibuk, Jangan Sampai Anak Jadi Mangsa Jenayah Seksual Alam Siber

DUNIA Sangat Mencabar, Membesarkan ANAK Zaman Dulu & Sekarang Tak Sama!

Tak Gerunkah

Bila marketing seperti itu dilihat mampu menaikkan jualan produk, maka individu ini akan terus melakukan aksi sedemikian rupa.

Kebodohan sebegini seolah-olah tidak ada penghujung hingga muncul pula video beberapa orang lelaki meraikan majlis perkahwinan kawannya dengan menghadiahkan kondom serta item berkaitan kepada pasangan di jinjang pelamin.

Tayang Aset

Siap rakam video dan sebarkan lagi. Biadap! Tidak ada akhlak!
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika engkau tidak malu maka lakukan apa saja sesuai kehendakmu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan al-Mujahirin.

Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam. Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya.

Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya: ‘Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’. Sedangkan dia telah tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan dari dirinya.'” (Riwayat Al-Bukhari. No 6069)

Di Media Sosial

Ini zaman bukan sahaja manusia semakin hilang rasa malu, bahkan mendedahkan aib mereka sendiri di media sosial dengan penuh rasa bangga.

Jauhi video lucah!
Berhentilah menonton pornografi!
Ia barah serta dadah yang akan merosakkan otak!

Sikit-sikit ia masuk dalam pemikiran manusia hingga mengubah cara bercakap, bersembang, melihat wanita, melihat lelaki lain dan akhirnya lahir perilaku tak bermoral.

Semoga Allah selamatkan kita serta zuriat keturunan kita dari kebodohan sebegini. Amin.

Mingguan Wanita : Mak ayah berhentilah menormalisasikan budaya lucah sedari anak, kecil. Jangan anggap biasa, dari biasa menjadi luar biasa itu yang kita bimbang.

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat