fazley

Semalam, Datuk Fazley Yaakob, 40, dan isterinya, Datin Azrene Soraya Ahmad Aziz berkongsi beberapa muat naik luahan rasa mengenai anggota keluarga isterinya yang menyalahgunakan kuasa ketika memegang tampuk pemerintahan negara. Luahan itu menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat di media sosial dan rata-rata, terkejut dengan perkongsian itu.

Menerusi posting terbaru, Fazley ada memuatkan penghargaan buat isteri tersayang Azreen yang dipanggil ‘Adik’ diatas pengorbanannya selama ini serta sanggup mengharungi susah senang bersama. Malah lebih istimewa Fazley juga mendoakan agar isterinya dikurniakan dengan ganjaran syurga serta terus tabah dalam kehidupan.

Berikut antara perkongsian tersebut;

Thank you Adik sayang, @azrene_ahmad sentiasa berdiri teguh di belakang abang, walau pun abang teruk di cerca, dimaki dan dihina dari awal kita berkahwin. “Syurga isteri di bawah telapak kaki suami”.. maka abang doakan syurgalah tempatmu nyawaku. Segala pengorbanan adik buat abang dan anak-anak, jasa adik pada arwah bapak dan uwan, bakti adik pada ibu @rsd.umi , serta kasih sayang adik yang tak putus putus pada ibu kandung adik sendiri malahan sentiasa mendoakan beliau di dalam solat. Tabahlah isteri ku, Allah maha adil Maha mendengar! Bertahanlah nyawaku ❤️

Ads

Sementara itu memetik laporan Harian Metro penyanyi dan cef selebriti, Fazley menjelaskan mengenai muat naik yang dikongsikannya dan isterinya, Azrene di Instagram mereka semalam tidak bertujuan untuk mengaibkan sesiapa.

“Apa yang saya dan isteri saya kongsikan di Instagram kami semalam, bukanlah untuk membuka aib sesiapa”.

“Sebaliknya ia adalah untuk menjawab persoalan yang bertubi-tubi diajukan kepada kami sepanjang 13 tahun saya berumah tangga dengan isteri,” katanya.

Fazley, menerusi video yang dimuat naik ke Instagramnya juga berterima kasih kepada mereka yang membaca kenyataanya dan isteri.

Ads

“Terima kasih kepada semua yang membaca ‘post’ saya dan isteri di media sosial.

“Saya ambil peluang ini untuk mendoakan kesejahteraan kita semua dan negara kita, Malaysia yang baru. Kita semua sudah bersuara,” katanya.

Terdahulu, pasangan ini telah 13 tahun mendirikan rumahtangga, dikurniakan dengan 4 orang anak iaitu 3 anak lelaki Ahmad Fariedz Shah (Payish)10, Ahmad Fieradz Shah (Piyash),9, dan Ahmad Firudz Shah (Piyush),7 dan seorang anak perempuan Alayna Selma 7 bulan.

“Syurga Isteri Di Bawah Telapak Kaki Suami, Maka Abang Doakan Syurgalah Tempatmu Nyawaku,” Datuk Fazley

Ads

Semoga Fazley dan isteri tabah menghadapi dugaan yang diberikan. Semoga segalanya berakhir dengan baik-baik sahaja.

Sumber: Fazleyyaakob & Hmetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI