Selepas insiden letupan gas di inap desa yang hampir meragut kebahagiaan mereka, penyanyi Syura Badron terus teguh berdiri di sisi suami tercinta, Muhammad Farizat, yang mengalami kecederaan melecur pada wajah, kaki, dan tangan.
Foto: Instagram @Syurabadron
Hari-hari yang dilaluinya bukanlah mudah, tetapi semangat juang seorang wanita yang setia dan kuat menjadikan setiap detik sebagai pembelajaran dan ujian yang perlu diharungi.
Berbulan berlalu, Syura bersyukur apabila melihat pemulihan suaminya semakin baik. Kulit wajah yang melecur kini semakin pulih, dan dia kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Namun, sebagai ketua keluarga, suaminya tetap meneruskan pekerjaan meskipun doktor menasihatkan supaya mengelakkan cahaya matahari untuk melindungi luka.
“Kami bersyukur kulit muka suami yang melecur sudah terkopek sendiri dan nampak macam tiada apa-apa kesan. Mujur juga kami terima rawatan daripada doktor yang bagus.”syura
Namun, tuntutan kehidupan memaksa suaminya sesekali mengabaikan pantang larang.
“Sebenarnya, dia tidak boleh kena matahari langsung. Tapi memandangkan lukanya dah semakin baik, ada kalanya dia ‘derhaka’ cakap doktor. Mujurlah sekarang banyak festival makanan dibuat pada waktu malam. Kalau perlu keluar siang, dia pastikan hanya pada waktu petang.”Farizat
Sebagai isteri, Syura memahami keperluan suaminya untuk terus mencari rezeki. Perasaan cemas itu ada, tetapi dia memilih untuk berdiri di sisi, menyokong dan menjaga suaminya sebaik mungkin.
Insiden letupan gas itu bukan sekadar ujian fizikal, tetapi juga mental. Syura mengakui masih fobia dengan kejadian tersebut, terutama kerana dia sendiri berada di tempat kejadian sewaktu insiden berlaku.
“Walaupun bukan saya yang terkena letupan itu, saya ada di situ. Suami apatah lagi… awal-awal dulu, dia langsung tak boleh nyalakan dapur. Dia akan minta pembantu buka api dulu, barulah dia berani memasak.”
Namun, dalam setiap ujian, ada pelajaran yang dipelajari. Kejadian itu menjadikan mereka lebih berhati-hati. Setiap kali ingin memasak, mereka akan memeriksa sistem pengaliran udara dan memastikan segala langkah keselamatan diambil.
“Kami ada beli dapur elektrik khas untuk suami, tapi dia kata tak puas masak guna dapur itu. Suhu dapur elektrik memang berbeza dengan dapur biasa.”
Ads
Itulah bukti bahawa kehidupan mesti diteruskan, walau apa pun dugaan yang mendatang.
Memilih Redha
Dalam keadaan begini, ramai yang mungkin memilih untuk menuntut pampasan atau mengambil tindakan undang-undang. Namun, Syura dan suaminya memilih jalan yang lebih tenang dan penuh redha.
“Keluarga kami pun marah sebab kami tak ambil apa-apa tindakan terhadap pemilik rumah inap itu. Tapi bagi saya, tak boleh nak salahkan mereka 100%.”
Malah, pemilik inap desa itu datang melawat dan meminta maaf di hospital, dan itu sudah cukup buat Syura dan suaminya. Satu-satunya perkara yang mereka minta hanyalah bayaran semula penginapan sepanjang tempoh mereka berada di sana.
“Kami cuma minta ‘refund’ sepanjang hari kami menginap di situ. Itu saja.”
Ads
Seorang Wanita, Seribu Kekuatan
Dalam apa jua keadaan, Syura membuktikan bahawa seorang wanita bukan sekadar pasangan, tetapi juga pendorong dan pelindung dalam diam. Dia tidak meminta simpati, sebaliknya memilih untuk bangkit dengan ketabahan.
Suaminya semakin pulih, luka semakin sembuh, dan kehidupan perlahan-lahan kembali seperti biasa. Insiden ini mungkin meninggalkan parut, tetapi lebih dari itu, ia meninggalkan pengajaran tentang kesabaran, keikhlasan, dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.
Untuk rekod, pada 25 November lalu, Syura berkongsi keadaan suaminya, Muhammad Farizat dimasukkan ke hospital selepas mengalami luka lecur yang teruk pada bahagian muka, kaki dan tangan. Keadaan Farizat semakin beransur pulih malah pembalut di bahagian wajahnya sudah dibuka selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Difahamkan kejadian itu berlaku sewaktu mereka berada di sebuah rumah inap di Perlis.
Elok sangatlah suburkan amalan bersedekah terutama di hari Jumaat. Tak kisahlah pada mak ayah, nenek atuk, anak-anak mahupun makcik pakcik yang ada di sekeliling kita. Berkat sedekah duit ringgit atau apa saja itu nanti kita juga yang rasa.
Formula sedekah itu sejak dari dulu lagi tak pernah berubah. Satu kau sedekah, Sepuluh Allah beri semula dekat kita. Tapi ada lagi yang rugi tak ambil peluang.
“Ni sajalah nak nasihat kat muda mudi generasi XY budak-budak hipsters la ni… kalau time ghaya ni, buat yang dah bekerja dah ada gaji… duit raya sediakan jugaklah kat orang-orang tua makcik pakcik kita.”
Jangan Dok Kata Tak Dak Duit.. Tak Cukup Duit
Pesannya lagi, ketika menghulur sumbangan raya itu, janganlah cuma beri pada mak ayah semata. Jika ke rumah orang-orang lebih tua hulurlah mana mampunya untuk mereka. Lagi-lagi orang-orang tua yang dah tak mampu bekerja ni.
“Janganlah dok harap depa nak bagi kat kita lagi… la ni turn kita pulak yang bagi balik kat depa… sebab masa kita kecik, depa dok tanggung kita bagi macam-macam walaupun bukan mak pak kita.. apa salahnya bagi duit raya… bukan banyak pun.”
“Sebab depa la ni dah tua mana larat nak kerja… ini semua berkat jugak untuk masa depan kita.. sat gi depa doakan untuk kita jugak.. jangan dok pikiaq mak pak masing-masing ja.. mak sedara pak sedara pun fikirkan juga naa… yang budak-budak tu sekurang-kurangnya ada makpak lagi yang bekerja,”
“Jangan dok kata tak dak duit tak cukup duit… macam mana nak ada duit kalau 10 hinggit pun berkira.” Tulis Azrinaz yang semakin berseri-seri selepas mengumumkan berita kehamilannya baru-baru ini.
Sebagaimana yang dikongsikan @salimahabibi melalui hantaran video suaminya, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre pemberian duit raya yang dilakukan di Malaysia ini bukanlah diambil dari budaya bukan Islam. Malah perbuatan ini telah diamalkan para ulama’ zaman berzaman.
“Kita betulkan pandangan semula tentang duit raya yang kita bagi pada Hari Raya. Ada yang sebarkan bahawa ia adalah ditiru daripada budaya ang pau dari masyarakat Cina, sedangkan sebelum itu lagi ia telah diamalkan para masyaikh.”
“Niat sunnah. Niat sedekah dapat pahala.”
MW : Jom gandakan pahala kita terutama di hari Jumaat bulan Syawal penuh barakah. Bersedekah dengan penuh keikhlasan.
Atas inisiatif sendiri penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2013, Amira Othman turut melakukan ujian saringan Covid-19. Nasihat Amira tolonglah jaga diri masing-masing tatlakala virus yang boleh mengancam nyawa ini sedang mengganas.
Selepas Alif Satar disahkan positif Covid-19, ramai selebriti yang mempunya kontak rapat dengan penyanyi terkenal itu melakukan ujian saringan.
Nasihat Amira Duit Boleh Dicari
Seperti mana yang dikongsi menerusi enteri di akaun Instagram miliknya, walaupun tidak ada kontak rapat dengan Alif namun Amira berasa sangat bertanggungjawab sebagai orang yang sama-sama kena kuarantin.
“Hari ini saya ada shoot dengan @globalstationsb sepatutnya tapi atas kebaikan bersama saya terpaksa lepaskan kerja ni walau saya tak ada close contact dengan Abg Alif.
“Tapi still saya rasa bertanggungjwb sebagai orang yang sama-sama kena quarantine sebab melibatkan orang lain in case apa-apa hal kan.
“Duit boleh cari, kesihatan & nyawa kita ni Allah bagi kenalah jaga elok-elok,” nasihat Amira.
Nasihat Amira, Jangan Salam Atau Peluk Bagi Yang Perempuan!
Amira juga berpesan dan memberi nasihat kepada semua agar menjaga diri sendiri.
“So stay safe everyone! Jangan salam-salam or peluk-peluk bagi yang perempuan. Please jaga diri masing-masing.
“Minta maaf pada pihak production team yang terpaksa delay harini sebab tunggu result saya.
“InsyaAllah semua yang baik-baik… ada rezeki lain nanti insyaAllah” tulis Amira.
lovemeknis Miyaaaaa!!! InsyaAllah semoga semua baik2 Amin
aswinorash Insyaallah all will be fine …Aaminn
waniabdrashid ini adalah keputusan yg bagus.. rezeki ada dimana2 dik.. Allah s.w.t jaga kita..
bougasbeautynana Amin. Take care & stay safe ️️
Amira Sangat Displin Dalam Penjagaan Kesihatan
Sebelum ini MW pernah menemubual Amira sebagai penghias kulit muka depan majalah. Amira akui dia sangat menitikberatkan penjagaan kesihatan.
“Saya sendiri ada pengalaman di mana sebelum ini ada tumbuh seperti biji di sekitar payudara bila tekan ketulan itu tak rasa apa. Cuma saya akan rasa sedikit dengut apabila rasa dengan tangan.
“Memandangkan saya ni jenis yang prihatin dan sering berjumpa doktor terutama yang berkaitan dengan kesihatan diri jadi saya ambil keputusan untuk scan.
“Bila scan memang doktor beritahu ada kuman dan nasib baik saya cepat sedar jika tidak nanah tersebut akan pecah dan kemungkinan besar perlu lakukan pembedahan.
“Syukur doktor berikan saya rawatan segera dengan memberi saya makan ubat antibiotik. Dan alhamdulillah tak ada yang serius dan pulih seperti biasa,” kongsi Amira yang turut berdisplin dalam penjagaan kesihatan.
Walaupun sibuk dengan kerjaya seni namun Amira menegaskan dia tidak pernah lupa untuk melakukan aktiviti kecergasan.
“Sibuk bagaimana pun saya tetap akan bersenam. Saya ni jenis yang suka berenang, biasanya akan berenang pada waktu malam. Bila saya punya masa luang pula saya akan berjogging,” kata penyanyi ini.
Fasha Sandha maafkan jururawat,”kali ini saja, pastikan fakta sebelum tulis” tuduh dirinya kurus kerana buat bariatik. Wajar jika Fasha Sandha naik angin. Ini kerana media sosial sering menjadi medan “membuka fitnah” apatah lagi yang sering menjadi mangsa adalah golongan selebriti.
Ekoran dikatakan kurus kerana membuat pembedahan bariatik, Fasha Sandha tampil memberi penjelasan panjang lebar dan menuntut seorang jururawat @sizuka_momoshi / HANIS SYAFIQAH membuat permohonan terbuka kepadanya mengenai tuduhan dia kurus disebabkan melakukan pembedahan bariatik itu.
Sebaiknya buatlah research dan kajian sebelum buat tuduhan dan andaian.
Bariatic atau jenis pembedahan berkaitan dengannya hanya boleh dibuat sekiranya, BMI melebihi daripada sepatutnya, 28 keatas ( kategori obese) dan juga sekiranya seseorang itu berpenyakit. (Darah tinggi / gastric/ atau sakit2 lain)
Sebelum ni BMI sy 25.5 dan saya di kategori OVERWEIGHT dan bukan obese dan saya tidak mempunyai apa2 penyakit Alhamdulillah.
Saya TIDAK akan judge atau memandang rendah pada orang yang melakukan bariatic kerana ada beberapa orang terdekat saya yang terpaksa melakukan bariatic kerana faktor kesihatan dan nasihat doktor, termasuk ibu sy sendiri pada Feb 2020 kerana obes/ darah tinggi dan sakit lutut kronik. Saya yang MEMBAYAR kos RM25,000 untuk procedure tersebut dan saya juga yang menjaga ibu ketika itu.
Saya tidak akan judge atau pandang rendah kerana mungkin suatu hari nanti saya juga akan memerlukan treatment tersebut.
Penurunan berat badan saya bukan cepat, ianya mengambil masa lebih 6 bulan. Sekarang saya hanya jaga pemakanan saya exercise dan malam-malam ambil berryfull.
Hanya itu saya perlukan buat masa sekarang…
Jadi jika sesiapa ada masalah hati, atau mungkin iri hati atau tak puas hati dengan pencapaian saya ini, boleh beli Berryfull sekarang dan cuba. Mana tau, lepas beberapa bulan boleh jadi macam saya.
“Kali Ini Saja, Pastikan Fakta Sebelum Tulis” Dirinya Kurus Kerana Buat Bariatik
Kepada penulis ni, atau siapa yang berkaitan dengan penulisan komen ni saya bagi masa 24 jam untuk tampilkan bukti atau buat permohonan maaf secara terbuka. @sizuka_momoshi . Misi HUKM mana yang menyebarkan berita palsu? Saya jaga ibu saya 3 tahun lalu, alih-alih buat cerita saya buat bariatic.
Saya harap perkara ni boleh dijadikan pengajaran agar jangan mudah nak gunakan sosial media untuk menyebarkan berita palsu sebelum mendapat kesahihan. Terima kasih.
Ekoran dari penjelasannya ini dan meminta jururawat berkenaan meminta maaf secara terbuka, tak sampai 24 jam ia dikongsikan di instagramnya, jururawat berkenaan meminta maaf kepadanya kerana menulis komen tanpa bukti sahih.
Dah kahwin, mak mentua pulak tak sebulu, serba tak kena dengan menantu. Apa nak buat bila dah macam ni? Ini jawapan yang dikongsikan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre, Pendakwah Bebas dan perkongsian daripada Puan Yanti Yushilla.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...