abby

Tanggungjawab seorang anak cukup besar apatah lagi dalam menjaga mak ayah yang semakin uzur dan meningkat usia.Kasih sayang, kesabaran dan sifat memahami daripada seorang suami amatlah dihargai dan menunaikan tanggunjawab ini.

Bertuah memiliki suami yang tidak berkira dalam serba serbi. Baik menolong urusan rumahtangga, menjaga anak-anak mahupun berbakti pada mak ayah mertua seperti mak ayah sendiri.

Bekas pelakon dan penyanyi Arbaiyah Abdul Manan,41 atau lebih dikenali Abby Abadi ada berkongsi rasa syukur kerana memiliki suami yang cukup memahami dalam membantunya menguruskan mak ayah abby yang sudah uzur.Salah satu rutin setiap hari yang suaminya, Muhammad Faizal Zakaria,44 sering lakukan adalah memandikan ayah Abby sendiri.

Berikut perkongsian di Instagram Abby Abadi;

“Jumaat yang berkah, Syukur ALLAH pilih dapat bantu suami @jaiezzany hari ni mandi ayah saya. Ayah saya tapi suami yang tiap-tiap hari mandikan, saya sheshekali jew”.

“Sebab apa macam tu, sebab suami pagi-pagi kalau nak cepat, dia naik motor hantar Baby besar pergi sekolah, lepas pada hantar Baby besar gi sekolah terus gi umah Mak Ayah kita hantar sarapan + mandikan Ayah. Bila naik kereta, baru semua ikut. Selalu kalau ada kerja, Suami kata takyah ikutlah sebab dia nak kejar masa (gi pasang cctv dsb)”.

“Bila sesekali je dapat mandikan ayah, rasa saya ni huhu… Syukur suami baik budi. Tak berkira pun bab-bab macam ni. Harap suami-suami sahabat saya disini pun rajin juga bantu isteri-isterinya jaga Mak Ayah kalau dah tak berdaya ye”.

IKLAN

Ps: Semoga tempat tertinggi milikmu di syurga nanti suamiku ye. Pastu dapat masuk syurga sebutlah namaku sama hihi..Esok shopping ye suami haha

View this post on Instagram

Ayah ? . Jumaat yg berkah, SyukUr ALLAH pilih dpt bantu suami @jaiezzany hari ni mandi Ayah Sy. Ayah Sy tp suami yg tiap2 hari mandikan, Sy sheshekali jew ? . Sebab apa mcm tu, sebab suami pagi2 kalau nak cepat, dia naik motor hantar Baby besar pergi sekolah, lepas pada hantar Baby besar gi sekolah terus gi umah Mak Ayah kita hantar sarapan + mandikan Ayah. Bila naik kereta, baru semua ikut. Selalu kalau ada kerja, Suami kata takyah ikutlah sbb dia nk kejar masa (gi pasang cctv dsb) . Bila sesekali je dpt mandikan Ayah, rasa Sy ni huhu… Syukur suami baik budi. Tak berkira pun bab2 mcm ni. Harap suami2 Sahabat Sy disini pun rajin juga bantu isteri2nya jaga Mak Ayah kalau dah tak berdaya ye ? . Ps: Semoga tempat tertinggi milikmu di syurga nanti suamiku ye. Pastu dpt masuk syurga sebutlah namaku sama hihi.. ? esok shopping ye suami haha ??

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Jaga Mak Ayah Satu Tanggungjawab

Sementara, pada posting lain Abby juga ada berkongsi mengenai tanggungjawab seorang anak menjaga mak ayah yang telah uzur.

“Macam ni ye cara-cara mandikan orang tua kita yang dah tak terdaya nak urus diri sendiri.Tak susah manapun. Sabun-sabun, gosok-gosok, garu-garukan sikit..jirus sampai bersih. Kalau berry, bayangkan basuh berry baby je. Hilang rasa geli loya dan sebagainya tu. Nak dengan tak nak je”.

IKLAN

“Suka nak share kat sini sebab ramai sangat takde hati nak ambil tanggungjawab ni. Kalau Mak Ayah orang tu satu hal juga. Ini Mak Ayah sendiri kot! Apalah yang susah sangat… kann? Masa kecik dorang dah susah payah untuk kita. Pagi petang siang malam kerja, nak cukupkan makan pakai kita. Bila mereka dah berusia & tak berdaya, giliran kita pula menguruskan mereka. Kan kata nak masuk Syurga, tapi Mak Ayah kenapa dibiarkan je?”

Hidup jangan banyak alasan. Tak tahu nak mandikan, belajar. Tak suka pada Mak Ayah sendiri? Balik awal… .Hidup ini penuh “TanggungJawab”. Bukan pada diri sendiri je.. Pada Mak Ayah, pada suami isteri, pada anak-anak, pada adik beradik, pada keluarga & semua umat manusia

Kalau kita beragama ISLAM, segalanya berkisar tentang dosa pahala.. jangan ambil agama itu ikut suka kita je… Solat tak tinggal, ALQURAN baca sampai hafal.. tapi tanggungjawab lain? Takpe Terabai? Itu yang silap tu. ISLAM itu wajib diambil seluruhnya. Bila kita faham ISLAM itu secara keseluruhannya, pasti kita akan rasa makna ”tanggungjawab” untuk menjaga Mak Ayah kita sangat bernilai disisiNYA..Usahakanlah.. sebelum terlambat.

IKLAN

Terima Kasih Suami ku sayang @jaiezzany yang berterusan bantu Saya uruskan Mak Ayah. Terima Kasih Abang.

View this post on Instagram

Macam ni ye cara2 mandikan orang tua kita yg dah tak terdaya nak urus diri sendiri ? . Tak susah manapun. Sabun2, gosok2, garu2kan sikit..jirus sampai bersih. Kalau berry, bayangkan basuh berry baby je. Hilang rasa geli loya dan sbgnya tu. Nak dgn taknak je… ? . Suka nak share kat sini sbb ramai sangat takde hati nak ambil tanggungjawab ni. Kalau Mak Ayah org tu satu hal juga. Ini Mak Ayah sendiri kot! Apalah yg susah sangat… kann? Masa kecik dorang dah susah payah utk kita. Pagi ptg siang malam kerja, nk cukupkan makan pakai kita. Bila mereka dah berusia & tak berdaya, giliran kita pula menguruskan mereka. Kan kata nak masuk Syurga, tapi Mak Ayah kenapa dibiarkan je? . Hidup jangan banyak alasan. Taktahu nak mandikan, belajar. Tak suka pada Mak Ayah sendiri? Balik awal… ? .Hidup ini penuh “TanggungJawab”. Bukan pada diri sendiri je.. Pada Mak Ayah, pada suami isteri, pada anak2, pada adik beradik, pada keluarga & semua umat manusia . Kalau kita beragama ISLAM, segalanya berkisar tentang dosa pahala.. jangan ambil agama itu ikut suka kita je… Solat tak tinggal, ALQURAN baca sampai hafal.. tp tanggungjawab lain? Takpe Terabai? Itu yg silap tu. ISLAM itu wajib diambil seluruhnya. Bila kita faham ISLAM itu secara keseluruhannya, pasti kita akan rasa makna ”tanggungjawab” utk menjaga Mak Ayah kita. sangat bernilai disisiNYA.. ? Usahakanlah.. sebelum terlambat . Terima Kasih Suami ku sayang @jaiezzany yg berterusan bantu Sy uruskan Mak Ayah. Terima Kasih Abang @danishhakimmmmm_ utk hari tlg mandi Atuk juga. Siap urut2 lagi mcm kat saloon hehe.. Teruskan ye Abang bila Mama/Abah, Papa Mummy dah tua nanti, mandikan juga tau ??

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

MW: Tahniah buat Abby Abadi dan suami kerana menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan sebaiknya, dengan menjaga pada mak ayah yang telah uzur. Semoga ramai yang dapat mencontohi sikap ini, serta menjadikan kita anak yang sentiasa merebut peluang berbakti kepada kedua mak ayah yang telah tua.

Sumber: Abby Abadi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI