Tidak dinafikan memang sedih apabila memikirkan cukup berbeza manyambut Ramadan dan Syawal kali ini. Sudahlah terpaksa berkurung di dalam rumah, rindu kampung halaman juga makin menebal setelah sekian lama tak berjumpa keluarga.

Walaupun tak mudah, mak ayah perlu bersyukur masih ada rezeki untuk menyambut Ramadan dan Syawal dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Biarpun sedih jangan sesekali menyalahkan dan mempersoalkan takdir yang berlaku.

Ikuti perkogsian Ezatul Marini ini:

Macam Mana Nak Sambut Syawal Dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Hari ini 8 Ramadan (ketika artikel ini ditulis). Rata- rata kita semua sudah biasakan diri, maknanya sudah mampu “adjust” garis masa seharian ikut keadaan terkini. Ada yang masih mencari rentak. Ada yang sudah mula dilanda “panic attack” atau keresahan dek terlalu lama terpaksa melalui keadaan terhad sebegini.

Pertamanya, kita harus ucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya harungi keadaan serba terkawal ini. Saya sendiri, semasa fasa 1, masih baik-baik sahaja. Memasuki fasa 2 ada sedikit gundah memikirkan bila semua ini akan tamat. Kita kini sudah memulakan fasa 4 dan nampaknya setiap hari banyak kita dengar penurunan kes baharu dan penambahan kes pulih.

Alhamdulillah, syukur pada Allah.

Membaca tulisan kawan-kawan yang memperkatakan kemungkinan PKP disambung lagi saya jadi beremosi, jadi tertekan. Marah juga barangkali.

Dalam perutusannya, Perdana Menteri telah dengan jelas menyuarakan larangan pergerakan rentas negeri untuk balik kampung. Maknyanya sahihlah Syawal ini kita semua bakal beraya sendiri-sendiri.

Baca ini:

Meriah Syawal, Tapi Jangan Lupa Jaga Solat Dan Aurat Mak Ayah Yang Sakit

8 Ragam Syawal, Seronok Berkumpul Bersama Sanak Saudara

IKLAN

Lakukan Persediaan Ini Untuk Sambut Raya Dalam PKP

Ini bermakna senarai yang sudah saya rangka dalam kepala sebelum ini tentang apa yang patut saya buat andai PKP disambung hingga melewati Ramadan dan Syawal akan tergunapakai:

1. Pujuk hati
Siapa tak sedih terpaksa menghadap bulan Ramadan dan Syawal dalam keadaan PKP? Yang tradisinya balik kampung, mantai segala menjelang Ramadan dan Syawal pasti merasai hibanya.

Kita sudah 8 malam melalui solat terawih sendiri- sendiri di rumah. Tahniah diucapkan kepada barisan imam-imam yang berjaya memimpin solat sunat terawih ini bersama keluarga. Kenangan mahal yang tidak selalu dirasa.

Tiada pasar Ramadan. Biarpun tidak terasa meriahnya Ramadan kerana semuanya serba tersekat, namun sudah 8 hari juga kita berjaya melaluinya. Masih ada aktiviti jual-beli dalam talian.

Kaedah pujuk hati paling utama, syukur. Syukur kerana Allah masih rezekikan kita sambut Ramadan dan Syawal walau keadaannya sangat berbeza. Sabar, jangan sampai mempersoal takdir Tuhan.

Sebenarnya tempoh Fasa 1 dan 2 merupakan pra- persediaan. Kita sudah berdikit-dikit belajar bagaimana melalui kehidupan seharian selama 28 hari yang lalu. Tiada yang pelik, tambah saja lagi beberapa minggu, insyallah kita tetap baik-baik sahaja.

Yang penting, jaga diri, kekal berkuat tubuh dan emosi dan yakin, Allah tahu yang terbaik untuk kita.

2. Berjauhan dari yang tersayang, mampukah saya?
Insyallah kita mampu, yakinlah kita mampu. Mula-mula memanglah sayu pilu, nanti semuanya akan dilalui dengan perasaan biasa.

Pasti, saya pasti kita sedih tidak dapat melalui apa yang kita biasa buat. Iftar bersama, balik kampung menjengah ibu bapa, uihhh sapalah yang tidak hiba, tetapi keadaan memerlukan begitu, siapalah kita nak membantah.

Tahun ini bakal jadi sejarah, Ramadan dan Syawal disambut serba sederhana dan seadanya. Rohnya jangan sampai dipadamkan. Cuma kita sama-sama raikan dalam keterbatasan. Indah kan?

3. Apalah Ramadan tanpa juadah yang istimewa?
Selama hari ini kita tidak pernah sediakan juadah istimewa ke untuk keluarga? Ramai dari kita tunjuk bakat dan kebolehan memasak di rumah.

Panjangkan kelangsungan itu pada Syawal nanti. Insyallah, Syawal ini pasti istimewa juga kerana keluarga kecil kita dapat berkumpul bersama meraikannya.

Yang sendirian, saya pasti ada cara untuk hilangkan kesedihan dan kesayuan yang dirasai. Tiada apa yang mustahil dengan izin Allah

4. Kasihan keluarga di kampung, macam mana persiapan mereka?
Insyallah, selama ini kita dijaga penuh kasih dan sayang oleh Allah. Dikirimnya orang-orang baik yang selalu sedia membantu untuk mudahkan dan ringankan urusan kita dan keluarga tak kira di mana berada.

Lapang dada, percaya semuanya akan baik-baik sahaja. Habis PKP nanti andai ada rezeki dan kesempatan dan keadaan sudah benar-benar selamat, bolehlah kita pulang jenguk keluarga yang terpisah oleh jarak.

5. Manfaatkan teknologi
Selama PKP ini pun kita sudah biasakan diri guna teknologi untuk berhubung dengan sanak keluarga. Makanya nanti di pagi Syawal, ayuh kita buat yang sama.

Yang penting, kita lapangkan dada. Ya, saya akui, perasaan sedih memang berbuku dalam dada terutamanya buat yang tidak ada pengalaman beraya tanpa keluarga terdekat. Tapi kita sangka baik dengan aturan Allah ya!

Allah tidak pernah kejam dengan hambaNya. Allah uji kita kerana kita semua mampu.

#StayStrongMalaysia
#KitaJagaKita
#TiadaYangSalahPadaTakdirAllah

Sumber: Ezatul Marini

MW: Semoga perkongsian dapat membuatkan mak, ayah lebih bersedia menyambur Ramadan dan Syawal di rumah masing-masing. Jika keadaan pulih, insyallah kita berpeluang menjenguk keluarga. Buat masa gunakan teknologu untuk dekatkan hubungan yang terpisah beribu batu.