Tahniah diucapkan buat pelawak, pelakon dan juga penyampai radio Sinar, Angah Raja Lawak yang menyambut kelahiran cahaya mata perempuan keduanya bersama isteri, Amira Asyura Abd Razak.
Artikel berkaitan: Tidak Pernah Lelah Melayan Karenah Anak, ‘Me Time’ Sejam Sebelum Masuk Tidur Sudah Mencukupi
“Syukur, Bidadari Selamat Melahirkan Seorang Puteri” Angah Raja Lawak
Angah Raja Lawak Kini Punya Tiga Anak Perempuan
Angah mendirikan rumah tangga bersama Amira pada 19 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisyah yang kini berusia dua tahun.
Selain itu, Angah juga memiliki seorang anak perempuan Nurina Fasya, 17, hasil daripada perkahwinan terdahulu.
Puterinya Comel Macam Papa
Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, 42, berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya.
“Alhamdulillah, syukur bidadari saya (isteri) selamat melahirkan puteri kami yang sangat comel macam bapanya.
“Terima kasih semua atas doa dan ucapan kalian ya,” tulisnya.
Doa Dari Rakan Artis
Ini Antara doa sunnah yang diajar oleh Nabi SAW buat pelindungan anak-anak kita seperti mana yang di bacakan oleh Nabi Ibrahim AS pada anaknya Ismail dan Ishak.
إن أباكم كان يعود بها اسماعيل واسحاق: “Sesungguhnya bapa kamu (Nabi Ibrahim berdoa) minta perlidungan dari Allah Taala dengan doa ini kepada Ismail dan Ishak. Dengan doa:
أعود بكلمات الله التامة من كل شيطان وهامه ومن كل عين لامة A’udzu bikalimatillahi at-tammati min kulli syaithan wa haamihi wa min kulli ‘ainin laamah
Artinya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna (Alquran, Nama-NamaNya dan Sifat-SifatNya) dari segala ancaman Syaitan dan segala bahaya binatang berbisa serta segala kejahatan mata (penyakit ‘ain).
Sumber/Sumber Foto: Instagram angah_lawaking
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita