Penyanyi terkenal dan disegani ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza seperti yang diketahui kini sedang hamil anak kedua.
Selebriti tersohor negara ini juga baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-42 pada 11 Januari yang lalu. Sememangnya wanita ini cukup beruntung kerana dikurniakan keluarga yang bahagia dan rezeki yang cukup murah.
Figura ini sememangnya disenangi ramai rakyat Malaysia terutamanya peminat setianya. Malah dia yang terkenal dengan peribadi yang baik akui tidak pernah putus berdoa. Ungkapan yang dikongsi juga memberi panduan buat semua.
“Syukur Allah berikan kesihatan, kekuatan sepanjang saya hamil anugerahNya yang kedua ini.
“Jangan putus asa berdoa.
“Banyak hikmah doa, sama ada Allah berikan apa yang kita minta atau Allah berikan dengan cara lain yang kita tidak sedar, mungkin kita sentiasa dilindungi atau dielakkan musibah serta Allah berikan ganjaran daripada doa kita sewaktu di akhirat kelak.
“Kuncinya, terus berdoa dan berdoa. Allah Maha Penyayang, jangan berhenti berdoa,” tulisnya.
Menerusi perkongsiannya di laman sesawang Facebook, Siti Nurhaliza juga berasa sangat terharu apabila team Siti Nurhaliza Productions (SNP) membuat kejutan harijadinya.
“Team saya di Siti Nurhaliza Productions diam-diam merancang kejutan di bilik bersebelahan dengan bilik persalinan saya ketika shooting.
“Terima kasih…walaupun setelah 11 hari berlalu dan saya tidak dapat meneruskan sambutan ini bersama-sama peminat tetapi SNP adakan juga momen yang bermakna ini.
“Terima kasih semua.
“Seliaan: Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. #snpteam”.
Baca Disini Juga:
Siti Dedah Bayi Lelaki Dalam Kandungan Kembar Aafiyah, “Terjadi Pada Waktu & Hari Yang Sama”
Bersalin Atas Perahu Ketika Redah Banjir, Anak Dinamakan ‘Siti Noor Banjiriah’
Pengiktirafan Buat Siti Nurhaliza, Tahniah! Terpilih Untuk Diabadikan di Walk Of Fame, Adelaide
Pada 11 Januari lalu, Siti juga melahirkan rasa bersyukur ke atas Ilahi kerana ibu tercinta melahirkan dirinya ke dunia ini.
“Alhamdulillah. Syukur. Terima kasih mak, Siti Salmah binti Bachik kerana melahirkan Siti. Terima kasih arwah abah, jaga dan didik Siti.
“Allah beri nafas, rezeki.
“Allah izinkan lagi di dunia ini, rezeki.
“Allah bagi sihat tubuh badan, rezeki.
“Allah kurniakan kasih sayang suami, Aafiyah, keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, rezeki.
“Rezeki sebenar di dalam kehidupan ini. Terima kasih Allah.
“Terima kasih semua di atas doa, ucapan, hadiah dan ingatan,” ungkap Siti Nurhaliza.
Sumber/Sumber Foto: Facebook Datuk Seri Siti Nurhaliza
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita