Syukur alhamdulillah plakon Zarina Anjoulie mengakui dia dan Eilyas Azhar atau Yas sudah kembali rujuk, tidak sampai sebulan selepas bercerai.
Seperti sedia maklum, sebelum ini Zarina telah menggemparkan industri seni apabila memaklumkan dirinya sudah bercerai dengan suaminya Yas. Selepas enam bulan mendirikan rumah tangga perkongsian tersebut ternyata mengejutkan ramai.
Untuk rekod, Zarina bersama suami Eilyas Azhar telah bernikah di Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan pada Julai 2020 selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.
Menurut Zarina keputusan itu dibuat selepas mereka memilih untuk mengetepikan ego dan bersetuju untuk memperbaiki diri dan rumah tangga.
Seperti mana yang dipetik menerusi portal mStar Zarina akui kini dia dan Yas telah kembali menjalani hidup bersama.
“Ya, betul (rujuk). Selepas berbincang, kami berdua nak perbaiki diri dan rumah tangga. Mungkin sebelum ini, sama-sama ego.
“Tetapi selepas berfikir dan berbincang, kami berdua rasa tak mahu putus asa dengan perkahwinan ini.
“Alhamdulillah, sekarang kami pun nak ke arah yang lebih baik, terutamanya dari segi agama… Nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa akan datang.
“Saya harap semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua,” luahnya.
Malah ramai yang dapat meneka hubungan Zarina dan Yas kembali pulih apabila Zarina memuat naik gambar menerima sejambak bunga.
Baca Disini Juga:
Kes Penceraian Selesai, Zarina Ucap Terima Kasih Atas Sokongan & Kata-Kata Semangat
Selamat Bernikah, Syanie Akui Bukan Senang Buka Hati Selepas Dua Kali Perkahwinan Terlerai
Majlis Akad Nikah Diadakan Di Hotel, Dewan Kini DIBENARKAN
Sumber: mStar
Sumber Foto: Instagram Zarina Anjoulie
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita