Syukur alhamdulillah plakon Zarina Anjoulie mengakui dia dan Eilyas Azhar atau Yas sudah kembali rujuk, tidak sampai sebulan selepas bercerai.
Seperti sedia maklum, sebelum ini Zarina telah menggemparkan industri seni apabila memaklumkan dirinya sudah bercerai dengan suaminya Yas. Selepas enam bulan mendirikan rumah tangga perkongsian tersebut ternyata mengejutkan ramai.
Untuk rekod, Zarina bersama suami Eilyas Azhar telah bernikah di Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan pada Julai 2020 selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.
Zarina Anjoulie & Yas Kembali Rujuk
Menurut Zarina keputusan itu dibuat selepas mereka memilih untuk mengetepikan ego dan bersetuju untuk memperbaiki diri dan rumah tangga.
Seperti mana yang dipetik menerusi portal mStar Zarina akui kini dia dan Yas telah kembali menjalani hidup bersama.
Ads
“Ya, betul (rujuk). Selepas berbincang, kami berdua nak perbaiki diri dan rumah tangga. Mungkin sebelum ini, sama-sama ego.
“Tetapi selepas berfikir dan berbincang, kami berdua rasa tak mahu putus asa dengan perkahwinan ini.
Ads
Doakan Yang Terbaik Buat Zarina & Yas
“Alhamdulillah, sekarang kami pun nak ke arah yang lebih baik, terutamanya dari segi agama… Nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa akan datang.
“Saya harap semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua,” luahnya.
Malah ramai yang dapat meneka hubungan Zarina dan Yas kembali pulih apabila Zarina memuat naik gambar menerima sejambak bunga.
“Anak abah tak kuat, terlalu sedih” Yana mohon doa agar diberikan kesembuhan kesihatan ayahnya. Sedihnya hati apabila melihat orang yang kita sayangi berada dalam kesakitan.
Dek kerana itu, Yana memohon agar diberikan kesembuhan buat ayahnya dan dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.
“Anak Abah Tak Kuat, Terlalu Sedih”
Mengetahui ada anggota keluarga yang sakit tentu bukan perkara mudah. Hati dan pemikiran akan berasa cemas berharap kesembuhan orang yang disayang.
Apatah lagi yang sedang berhadapan dengan kesakitan adalah orang tua kita. Saat inilah kita perlu menjaga dan membalas semua pengorbanan mereka dengan menjaga ayah yang dalam kesakitan.
Sebagai anak mohonlah doa kepada Allah agar diberikan kesembuhan kesihatan dengan selamatnya buat ayah tersayang.
“Selalu kalau yana habis stream atau kat mana mana berjumpa dengan orang ramai , yana akan akhiri dengan doa supaya sesiapa yang mendengar dan melihat yana live masa tu di beri kesihatan yang terbaik , hati bahagia dan di mudahkan segala urusan dunia akhirat..
“Yana tau kesihatan sangat mahal dan semuanya hadiah dari Allah.. dan sangat bermakna jika di kurniakan kepada hambanya.
“Mohon doa dari kalian sesiapa yang nampak pos ini untuk abah yana Hj Samsudin Bin Hj Jamuri supaya di mudahkan segala urusan nya dunia akhirat dan mohon ampun jika ada kesalahan yang pernah dibuat sama ada sengaja atau pun tidak sengaja.
“Yana sedar dalam dunia ini semua pinjaman dari Allah.. sampai masa bila bila Allah boleh ambik semula..
“Abah sedih ,yana bawa dia ke hospital, sebab dia kata kat sini tak tak dapat pergi masjid solat jumaat , tak dapat berjemaah 5 waktu ramai ramai kat rumah. dia suka jadi imam kat rumah lagi lagi ada isteri anak cucu semua berkumpul kat rumah.
“Yana sedih… bukan paksa dia ke sini nak halang buat semua tu.. tapi untuk pantau kesihatan nya.. mungkin dia tahu dia nak pergi? Dari bulan 9 dia asyik tanya berapa haribulan dan hari apa. Semuanya Allah maha mengetahui..
“Setiap kali yana sakit atau sedih jarang sekali yana bagitau orang ramai sebab memang tak suka, tapi hari ini anak abah ini tak kuat… terlalu sedih.. cuba menerima kenyataan.. memohan pertolongan dari Allah dan doa dari orang ramai cuba menjaga hati sentiasa dalam keredaan Nya . Dengan menyiap kan dan persiap kan diri..
“Anak abah ini tewas.. semoga kami sekeluarga semua kuat.. insyAllah.. terima kasih atas pinjaman setakat ini segalanya Allah. Alhamdulillah..
“Semoga kalian membaca ini dikurniakan kesihatan yang terbaik, dilimpahkan rezeki, hati bahagia dan dimudahkan segala urusan dunia akhirat. Allah ampunkanlah segala dosa ibu dan ayah kami.
“Kasihani mereka seperti mereka menjaga kami. Amin Allahuma Amin,” kongsi Yana Samsudin.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nikmati makanan tinggi kalori setiap hari, untungnya wanita ini masih kurus & sihat! Tak semua wanita bernasib baik seperti wanita ini, jarang-jarang berlaku.
Nikmati Makanan Tinggi Kalori Setiap Hari
Seorang wanita dari Britain menjadi sensasi internet kerana menikmati pelbagai makanan yang mengandungi sehingga 5,000 kcal kalori sehari namun dalam masa sama, masih mengekalkan saiz badan yang kurus, lapor akhbar Metro UK semalam.
Sabrina Moore, sering berkongsi di TikTok tentang bagaimana dia membelanjakan hampir £900 (RM5,107) sebulan untuk menikmati pelbagai makanan berkalori tinggi.
Tabiatnya itu bagaimanapun seolah-olah tidak memberi kesan kepada kesihatannya kerana dia mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) sebanyak 21 dengan ketinggian 180.3 sentimeter.
Untungnya Wanita Ini Masih Kurus & Sihat!
“Saya seorang yang kuat makan. Saya sering cuba untuk makan dalam kuantiti banyak seperti bapa kerana dia ialah idola saya. Keluarga kami merupakan penggemar makanan.
“Saya sering membungkus makanan atau keluar makan setiap hari pada waktu minum petang. Saya juga banyak memakan snek selain menikmati beberapa bar coklat selepas bersarapan,” katanya.
Selain itu, Moore berkata, dia sememangnya seorang yang kurus secara semula jadi.
“Saya memang kurus secara semula jadi dan tidak perlu pergi ke gimnasium,” ujarnya.
Disebabkan tabiat pemakanannya itu, Moore mengumpul lebih 341,000 pengikut di TikTok yang kagum dengan penampilannya. – AGENSI
Mingguan Wanita : Kurus bukan keutamaan, yang penting sihat. Paling penting dalam pengambilan makanan, jangan berlebihan bimbang kesihatan terjejas jika tidak dikawal dalam masa jangka panjang.
Seorang pengusaha alat komestik secara online iaitu Mohd Irfan atau lebih dikenali Sifu Cempaka parah, setelah menjadi mangsa samun dan tembak sekumpulan perompak di pejabatnya pada awal pagi tadi di Rantau Panjang Kelantan.
Mangsa, Mohd Irfan Abdullah, 26, ditemui lemah dan berlumuran darah di tingkat atas kedainya, sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Larikan Barang Kemas & Wang Tunai
Dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin itu, sekumpulan perompak melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM150,000 dan wang tunai RM8,000.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah, berkata anggotanya terpaksa memecahkan pinju jeriji yang dipercayai dikunci oleh suspek.
“Berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu didalangi tiga lelaki bertopeng yang menaiki kereta berwarna putih.
“Mangsa ditembak di betis dan kami turut menemui peluru sepanjang 9 mm di tempat kejadian. Kami percaya mangsa ditembak selepas diugut oleh penjenayah terbabit,” katanya ketika ditemui di sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, hari ini.
Aktif Buat ‘live’ Di Facebook
Abdullah berkata, mangsa menjalankan perniagaan dalam talian dengan menjual kosmetik, barang kemas dan pakaian, selain aktif membuat ‘live’ di laman sosial, Facebook.
“Gerakan memburu suspek giat dilakukan dan kita tidak menolak kemungkinan semua mereka sudah melarikan diri ke negara jiran,” katanya yang kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.
Sementara itu, abang ipar mangsa, Nordin Kadir, 51, berkata adik iparnya sempat menghubungi isterinya, Zuraida, 41, selepas ditembak sebelum mereka bergegas ke kedai berkenaan.
“Sebelum kejadian kami makan bersama-sama sebelum Mohd Irfan kembali ke kedai bersendirian.
“Mohd Irfan aktif menjual baju, barang kemas dan kosmetik secara dalam talian dan berpindah ke pejabat baru di situ, lebih setahun lalu.
“Adik ipar saya juga sering membuat ‘live’ video di Facebook sebagai satu cara memasarkan barang jualannya,” katanya.
Sifu Cempaka merupakan seorang pengusaha Kunyit Skincare dan seorang peniaga online di laman sosial. Mangsa sememangnya terkenal dengan perniagaan live di Facebook dan selalu menuunjukkan duit dan barang kemas yang banyak.
Mungkin kejadian ini merupakan iktibar dan pengajaran kepada peniaga agar lebih berhati hati dengan keadaan sekeliling.