‘Syukur Alhamdulillah’ Ayat Yang WAJIB Kita Ucap Setiap Hari, Hati Pasti Tenang

Share

Setiap hari berapa ramai yang ucap syukur alhamdulillah. Ucapan ini bukan hanya dilafazkan apabila memperoleh sebarang berita gembira semata-mata tapi segala apa yang kita lakukan kenalah diakhiri dengan kata-kata ini.

Perkataan yang cukup bermakna bagi kita sebagai seorang umat Islam. Ucapan syukur alhamdulilah sebagai tanda kita bersyukur dengan apa yangtelah berlaku sebelum dan selepas ini.

Biarlah kata-kata ini menjadi rutin dalam kehidupan seharian kita. Seperti apa yang dikongsikan oleh Khairul Hakimin Muhammad ini. Mudah-mudahan dengan lazaf ini membuatkan hati kita sentiasa tenang dan bahagia.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Setiap Orang Ada PELUANG KEDUA, Bersyukurlah Dan Belajar Jadi Lebih Baik

Tak Payah Nak BANDINGKAN Dengan Orang Lain Sebab REZEKI Kita Tak Sama, Bersyukurlah

Info Lebih Menarik DI SINI

Syukur Alhamdulillah, Lafazkan Sebagai Rutin

Walaupun kita sudah berada di hujung bulan Januari 2021, masih belum terlambat untuk kita ubah dengan disiplin bercakap 5 ayat bersyukur setiap hari wajib kita buat:

1. Bangun pagi: “Syukur alhamdulillah Allah hidupkan hari ini untuk kita perbaiki apa kesilapan dan kesalahan semalam.”

2. Sebelum solat: “Syukur alhamdulillah masih dapat solat kepadaMu Ya Allah. Ampuni aku Ya Allah.”

3. Selepas solat: “Syukur alhamdulillah selesai dapat tunaikan solat waktu ini, terimalah taubat dan berilah aku keampunan atas apa sahaja dosa yang telah aku berbuat Ya Allah.”

4. Berjumpa dan melihat wajah ahli keluarga / team / pasukan / kawan atau sesiapa yang kita kenal: “Syukur alhamdulillah Ya Allah kau masih beri nikmat orang-orang ini ada di sisi aku.”

5. Apabila ada sedikit wang: “Syukur alhamdulillah, masih ada sesuatu untuk membeli, untuk memberi dan untuk memiliki. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah.”

Ada banyak lagi perbuatan yang kita buat setiap hari, kita syukuri.

Berbasikal, bersukan, makan bersama keluarga, hadiri kelas, ada sahabat baik, ada rakan atau keluarga beri ilmu dalam group whatsapp dan sebagainya. Semuanya wajib kita syukuri.

Dari sekecil-kecil hal kepada benda besar, bersyukur! Bersyukur! Bersyukur!

Kawan-kawan,

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Belajar bercakap dengan Allah. Semasa nak keluar dari rumah, semasa bangun tidur, semasa dah balik ke rumah, semasa dah duduk nak buat kerja, cakap kepada Allah “Ya Allah, aku bersyukur atas apa sahaja pemberianMu hari ini, terima kasih Ya Allah.”

Hati tenang, jiwa sejahtera dan kita seronok dapat berbuat baik kerana kita tahu Allah sangat dekat dengan kita.

Begitulah.

MW: Inilah tanda kita sentiasa bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan.

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad,
Terima kasih semua, alhamdulillah terima kasih Ya Allah.

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora