“Syukur Alhamdulillah Atas Doa Semua”, Pelakon Lisdawati Selamat Bersalin Anak Ke-4 Pada Usia 40 Tahun!

Share

Tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon Lisdawati,40 dan suaminya, Fauzi Nawawi,45 yang baru sahaja menimang cahayamata keempat mereka malam tadi.Tidak seperti kebanyakan para selebriti yang suka mengumumkan kehamilan di awal trimester, bagi Lisdawati lebih selesa ‘merahsiakan’ kehamilan tersebut sehinggalah bayi selamat dilahirkan.

Pengumuman kelahiran bayi lelaki mereka dikongsikan didalam akaun Instagram Lisdawati sendiri apabila memuat naik, tag bayi memaparkan maklumat kelahiran bayi.Lisda telah melahirkannya secara normal (SVD) di Hospital Pakar Al Islam pada jam 10.23 malam tadi dengan berat bayi 3.54kg.

Disamping gambar tersebut; Lisda turut berkongsi kapsyen pendek  “Syukur Alhamdulillah Atas Doa Semua..”

Didalam posting sebelum ini, Lisdawati juga ada memohon maaf jika ada sebarang kesalahan mahupun kesilapan dirinya, serta meminta agar mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

“Assalamualaikum semua.. dikesempatan ini saya nak minta maaf pada semua yang mengenali diri kerdil ini . Jika ada kesilapan atas kekhilafan saya sebagai hamba Allah swt.Mohon seribu kemaafan.Doakan saya di permudahkan segala urusan.”

Ramai yang mendoakan pelakon ini selamat bersalin tidak kurang juga mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi keempat tersebut.

Terdahulu, pasangan bahagia ini telah 11 tahun mendirikan rumahtangga dan memiliki 3 orang anak, Nur Aina Farhana, 10 dan Nur Aina Fazneesya, 9 dan Ahmad Nur Fyrdaus,4. Mingguan Wanita mendoakan semoga dengan kehadiran cahamata keempat ini menambahkan lagi rezeki dan kebahagiaan buat keluarga ini.

Sumber: Lisdawati

Published by
Suhaidah Abd Wahab